Nak hilangkan masalah eyebag bawah mata, boleh cuba tip cantik daripada wanita ini, yang mana dia hanya menggunakan uncang teh beberapa minit untuk dapatkan mata yang segar kembali.
Kebaikan Guna Uncang Teh Untuk Mata
Apa faedah menggunakan tea eyes mask? Menurut Farah Farzana, uncang teh ini mampu membantu untuk appearance of of our eyes by reducing dark cirlces, puffiness and also redness. Boleh juga untuk merawat irritation dan lain-lain.
Guna Eye Mask Hilangkan Mata Panda
Okay, macam mana nak gunakan tea eye mask ni? Cukup senang, jom tengok apa bahan utama yang diperlukan untuk membuat eye mask di rumah:
Ads
Uncang teh Cotton pad
Pastikan cotton pad yang diguna sedikit tebal dan keras supaya cotton tak lembik ketika penyerapan air.
Guntingkan cotton pad bulat sehingga menjadi ke pada dua bahagian, tujuan utama adalah supaya senang untuk pakai di bawah mata.
Ads
Koyakkan tea bag jika menggunakan tea bag, kemudian tuang tea ke dalam cawan dan masukkan sedikit air panas dan biarkan selama 10 minit.
Kuantiti air hendaklah mencukupi untuk cotton pad yang digunakan. Jangan gunakan air terlalu banyak.
Selepas 10 minit tuangkan air dan hampas tea ke dalam bekas cotton pad dan biarkan air menyerap dan eye mask dah sedia untuk digunakan.
Sebenarnya tak semua produk buat kulit cantik berseri. Dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh sebuah laman produk kosmetik online di Amerika, wanita menggunakan purata 16 item kecantikan sehari.
Dari pencuci wajah sampailah krim mata dan sebagainya. Namun hakikatnya tak semua produk kecantikan yang dikatakan terbaik untuk kulit dan kecantikan diri ini berbaloi untuk dibeli.
Ada antaranya yang tak memberi perubahan pada kulit walaupun digunakan dalam jangka masa panjang termasuklah 6 item kecantikan berikut
Krim malam selalunya mengandungi komponen seperti retinol yang tidak berfungsi pada waktu siang kesan daripada cahaya mata hari. Ia sebenarnya tidak perlu jika kita menjaga kulit dengan baik kulit pada siang hari. Lebih dari itu harga krim malam ini juga agak mahal
Bintik hitam ini muncul akibat pengumpulan bakteria dan kulit mati pada bahagian dalam liang roma. Pore strip bagaimana pun hanya menarik kotoran di bahagian permukaan kulit.
Ini juga boleh menyakitkan sekali gus menarik lapisan perlindungan yang perlu untuk kulit. Selain hanya membuang kotoran bahagian atas, pore strip ini juga tidak mencegah untuk blackhead berlaku sekali lagi. Jadi lebih baik anda membeli pembersih wajah jenis gel bersama asid salicylic berbanding pore strip.
Kulit bahagian leher adalah cukup lembut dan nipis. Ia memerlukan pelembap yang banyak. Namun tidak perlulah hingga memberi krim khusus untuknya. Krim muka biasa pada waktu siang sudah mencukupi.Oles krim dari bawah ke atas.
Kalau lihat iklan penyembur ini berfungsi untuk memastikan kulit wajah selalu lembap ketika siang hari dan memberi kesan segar. Namun pakar kulit pula berpendapat sebaliknya.
Lembapan dari kulit akan disejat bersama dengan air semburan yang akhirnya akan menyebabkan kulit kering. Semburan yang didakwa untuk melembapkan itu sebenarnya tidak berlaku. Lebih merugikan harga produk ini agak mahal.
Kononnya ia adalah untuk menyerap lebihan minyak pada wajah. Sebenarnya tisu biasa pun memberi kesan yang sama cuma kesan minyak itu tidak dapat dilihat sebagai jika menggunakan kertas tersebut.
Anda mungkin menyangka lebih tinggi jumlah SPF lebih baik perlindungan dari sinar matahari. Tapi kadar perlindungan SPF yang terbaik adalah antara 15-50 saja. Tak perlu lebih.
Dapat sesuatu dalam perkonsian kali ini? Jadi selepas ini anda boleh betulkan rutin kecantikan harian ya! Barulah kulit anda cantik tanpa cela.
Bintang atau influencer Instagram, Asyalliee kongsi kesalahan bersolek yang selalu orang ramai buat. Owh ya, wanita ini pernah viral dengan memuat turun video “macam cantik je, macam comel je”.
Haa… sejak itu dia telah mencipta nama di media sosial dan kini mempunyai lebih sejuta pengikut di Instagram.
Cara solekan Asyalliee sentiasa mendapat perhatian warganet kerana ianya kelihatan cantik. Sering berkongsi tip dan banyak lagi menerusi laman media sosialnya.
Asyalliee berkongsi pendapat tentang lima kesalahan yang dilakukan ketika bersolek. Bermain dengan teknik solekan dan solekan memang menyeronokkan, tetapi sila berhati-hati, jika teknik atau kaedah solekan anda salah, anda mungkin kelihatan lebih tua daripada umur sebenar anda.
Ada tak yang tak ambil berat persiapan sebelum makeup, tak cuci muka, tak pakai moisturizer atau foundation? Jangan lakukan ini kerana ia hanya akan membuat solekan kusam dan menyumbat pori-pori anda.
Anda perlu tahu tentang serum, pelembap, asas dan pengelupasan, apatah lagi alat yang betul untuk memastikan solekan kelihatan cantik dan kekal selesa.
Mana-mana wanita atau gadis yang memakai solek tidak mahu mempunyai “caked-face.” Terlalu banyak “foundation” akan menyebabkan muka anda menampakkan garis halus atau kedutan, atau mengurangkan “kecerahan” wajah.
Tip semasa pembelian foundation adalah, calit di bahagian jawline anda kerana itu adalah warna kulit muka sebenar anda. Bukan meletakkannya di bahagian tangan.
Jika anda mempunyai kulit yang sedikit gelap, anda harus mengelak daripada memilih warna yang lebih terang daripada warna kulit anda, jika tidak, muka anda akan kelihatan kelabu. Sebaliknya, pilih warna yang menyempurnakan warna kulit anda untuk kelihatan “sempurna.”
Peminat solek mesti biasa dengan istilah “contour,” bukan? Jika anda baru mendengarnya, kontur adalah teknik yang digunakan untuk membentuk dan menyerlahkan struktur muka atau badan.
Fungsi kontur adalah sama seperti yang diterangkan dalam definisinya, yang terdiri daripada memberikan wajah rupa yang lebih jelas atau berstruktur dan menekankan ciri muka atau badan. Manakala highlight pula bertujuan untuk menyerlahkan atau mencerahkan kawasan wajah yang ingin ditonjolkan.
Jika melakukan silap apabila membuat contour ianya akan merubah muka anda 100 peratus. Dan ianya membuatkan solekan anda nampak tidak cantik.
Memilih kombinasi warna gincu yang sesuai untuk bibir adalah sangat penting dan dititikberatkan.Warna gelap gincu adalah dilarang. Kerana warna gelap tidak mendedahkan bentuk penuh bibir kita.Ia hanya memberikan ilusi bibir yang lebih kecil dengan jumlah yang kurang dan bersinar”.
Jadi pilih warna terang atau neutral untuk bibir anda… merah jambu, ungu atau merah terang akan sesuai.Ini mewujudkan fullness dan menjadikan kita kelihatan lebih muda.
Tambahan Asya lagi, pemilihan gincu yang betul akan menaikkan aura seseorang.
Loose powder ialah sejenis bedak dengan tekstur halus digunakan untuk “set” foundation dan concealer, menjadikan solekan tahan lebih lama.
Pada masa yang sama, bedak tabur boleh menyumbat pori-pori anda, menjadikannya kurang kelihatan, menjadikan kulit anda kelihatan lebih licin.
Walau bagaimanapun, bedak tabur hanya mengandungi bahan serbuk dan tidak mempunyai faktor pelembab atau perlindungan matahari.
Produk ini juga sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak atau berjerawat selepas setiap penggunaan solekan mereka.
Ramai yang beranggapan jika memiliki kulit kering mereka tidak perlu menggunakan loose powder. Ini adalah silap besar, kerana inilah yang akan menyebabkan solekan bercapuk.
Harap pembaca Rapi boleh gunakan tip yang diberikan Asyalliee sebaiknya untuk melawa di rumah dan pergi majlis yang boleh mengubah seri anda nanti!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.