Tular video pelakon Liyana Jasmay tanpa mekap di media sosial yang dilihat sedang makan dengan wajah yang penat.
Dalam video yang dikongsikan, Liyana, 36, turut memberitahu dia tidak cukup tidur kerana sibuk menjalani penggambaran.
“Bila belum tidur lebih dari 16 jam. Dapat makan burger sedap, nak menangis! Semalam penat berlakon, kena rasuk, lebam kaki, telinga berdarah, mata kabur. Tapi alhamdulillah untuk semuanya. Saya sangat bersyukur,” tulis Liyana dalam TikTok.
Video yang dikongsikan pelakon filem Papadom itu kemudiannya meraih perhatian pengikutnya dalam media sosial, apabila rata-rata memuji sifatnya yang bersahaja, malah tidak kisah untuk mempamerkan wajahnya tanpa secalit solekan walaupun berstatus seorang selebriti.
Liyana juga tidak menggunakan sebarang ‘filter’ pada aplikasi telefon pintarnya untuk menutup cela dan jerawat yang ada pada wajahnya.
“Antara artis yang berani tampil tanpa solekan. Tidak menipu. Awak sungguh ‘authentic’ (tulen),” tulis seorang pengikutnya.
“Saya nak beritahu awak sesuatu. Awak sungguh cantik walaupun tanpa solekan. Serius, sangat cantik! Sayang awak,” puji seorang peminatnya.
“Elok tak ada ‘control’ cantik walaupun artis. Jadi diri sendiri apa salahnya,” ujar seorang lagi netizen.
Namun, Liyana tidak terlepas daripada menerima beberapa komen jelik daripada netizen yang mengutuk wajahnya apabila disamakan seperti pembantu rumah atau bibik.
“Ini baru bibik yang sebenar,” kata seorang netizen.
“Ya Allah macam mana suami dia boleh suka?” ujar seorang lagi pengguna TikTok.
Sebelum ini, Liyana pernah dikecam netizen kerana warna kulitnya yang dikatakan semakin gelap berbanding sebelum ini.
Namun, dia tidak marah apabila dilemparkan kata-kata sebegitu malah mengakui takut untuk melalui kesan sampingan sekiranya mengambil suntikan suplimen pemutihan kulit.
Malahan Liyana juga bersyukur, suaminya, Fathuddin Mazlan tetap menerima dirinya seadanya tanpa mengira warna kulit.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cerita tentang kecantikan, pelakon wanita, Yana Samsudin ada kongsikan tip cantik dan sempat tinggalkan pesanan ‘manis’ buat anda yang jenis suka bermekap.
Terserlah aura seorang ibu, Yana sebenarnya mengelakkan diri daripada melakukan solekan tiap hari. Nak tahu kenapa? Jom kita selongkar…
Haa.. Pasti anda tertanya-tanyakan? Apakah satu perkara yang perlu dielakkan menurut Yana tu?
Jelas Yana, muka akan lebih ketara kelihatan kusam sekiranya anda kerap menggunakan solekan yang tebal untuk menatarias wajah setiap hari.
Memanglah solekan akan naikkan seri tetapi jika selalu sangat mekap nanti wajah akan hilang aura ‘wow’ itu waktu membawa wajah ‘bogel’.
“Kalau nak bersolek, pastikan tak bersolek setiap hari. Sebab orang yang dah selalu make-up setiap hari ni, bila tak pakai make-up, orang akan nampak muka anda automatik kusam dan tiada seri (dull).
“Tapi kalau anda tak nak muka kusam, gunalah Nivea Luminous 630, sebab dia mencerahkan dari dalam,” katanya sambil berseloroh mempromosikan produk, sebagai duta Nivea.
Selain itu, Yana juga mengingatkan hijabi di luar sana agar memastikan wajah dicuci dengan sebersih-bersihnya setelah mengenakan solekan untuk mengelakkan berlaku masalah kulit yang tidak diingin seperti jerawat atau breakout.
Ini kerana umum sedia maklum bahawa setiap alat solekan mengandungi kimia yang tidak baik untuk kulit wajah. Jika tidak dibersihkan sebaiknya.
“Bila anda make up, anda mesti remove make up tu bersih-bersih.
“Lepas tu jangan lupa anda kena gua skincare yang lengkap. Maksudnya kena ada pencuci. Lepas pencuci kena ada Toner, Serum dan Cream. Skincare kena lengkap!,” ujarnya lagi.
Haa… selepas ini jangan lupa ikut petua cantik Yana Samsudin ini ya, pastikan rajin cuci muka dan mekap nipis-nipis sudah lah. Janji ada serinya. Paling penting jangan skip pakai skincare!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak mudah nak hilangkan jeragat dan whitehead yang mula membiak di wajah tetapi kalau di biar kulit wajah anda lagi teruk jadinya.
Namun nak jaga kulit wajah ini tak semestinya perlu labur duit beribu-ribu semata-mata untuk mendapatkan produk kecantikan jenama terkenal.
Sebenarnya, dari zaman mak kita dulu-dulu dah ada petua nak cantikkan kulit dengan hanya menggunakan bahan yang ada di rumah.
Seperti yang dikongsi oleh saudari Marina Saringat ini, dengan hanya menggunakan bahan alami dia mampu pudarkan masalah jeragat dan whitehead.
Hilangkan Jeragat Dan Buang Whitehead
Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya:
1. Sebiji limau tak kisah sama ada limau kasturi/purut/lemon (kalau lemon, hiris dengan halus sebab hanya diperlukan jusnya sahaja).
2. Satu sudu kecil tepung gandum. Kalau tak ada, guna tepung beras pun boleh. Asalkan berasaskan tepung.
3. Perahkan jus limau dan campurkan bersama tepung.
4. Gaul sebati.
Cara Menggunakannya:
1. Pastikan sebelum lumur pada muka, bersihkan muka terlebih dahulu. Kemudian, barulah sapu perlahan-lahan di seluruh bahagian muka.
2. Amalkan tiga kali seminggu dan pakai dengan konsisten. Nanti lama-lama anda akan nampak whitehead berkurangan. Malah jeragat memudar dan lama kelamaan kulit pun jadi bersih.
Nak cantikkan kulit tak susah, bukan? Cuma perlukan mood rajin dan bahan-bahan di atas. Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.