Kulit Putih & Cerah Tak Bermaksud Sihat. Ini Kriteria Wanita Perlu Ambil Tahu Elak Masalah Kulit!

Share

SOALAN

Doktor, setiap orang mengimpikan kulit yang menawan, mulus dan bersinar. Jadi, bolehkah doktor kongsikan maksud ciri-ciri kulit yang sihat dan cantik? Adakah ia berlandaskan kepada indikator cerah semata-mata?

JAWAPAN:

Secara umumnya, kulit yang cerah menjadi satu idaman ramai orang terutamanya dalam kalangan kaum wanita. Namun, jika disebut memiliki kulit putih menunjukkan seseorang cantik dan sihat, ia hanyalah tanggapan semata-mata.

Sebenarnya, kriteria untuk melihat sama ada kulit itu sihat ataupun sebaliknya bukan sekadar cerah sahaja.

Sebaliknya, indikator lain yang dirujuk dan perlu diambil kira adalah memiliki warna kulit yang mempunyai tona sekata (konsisten), permukaan kulit yang tidak kasar dan bebas daripada jerawat serta jeragat.

Selain itu, kulit yang sempurna juga perlu memenuhi ciri elastik yang baik atau dalam erti kata lain, sentiasa anjal.

Ingat, kulit yang sihat akan mempengaruhi faktor keselesaan individu itu (tidak gatal) dan sentiasa yakin apabila berhadapan dengan orang ramai.

Secara ringkasnya, pecahan kulit boleh dikategorikan kepada lima iaitu:

  1. Kulit yang normal
  2. Kulit berminyak
  3. Kulit kering
  4. Kulit sensitif
  5. Kulit kombinasi

Justeru, setiap individu perlu tahu jenis kulit yang dimiliki mereka agar dapat menjaganya dengan teratur, sistematik, rapi dan tertib terutamanya dalam aspek pemilihan produk-produk penjagaan wajah.

Seperkara yang ingin saya tekankan, tidak cukup tidur, mengambil makanan tinggi yang tinggi gula sebenarnya adalah salah satu punca jerawat mudah ‘membanjiri’ wajah seseorang. Jangan panik, elak picit jerawat secara drastik

BERSAMA Dr Muhammad Che Hafiz Che Baharum
Doktor Perubatan dan Estetik Klinik Regalion

Sumber: Sinar Plus

Artikel Berkaitan:

Bahaya ADHD Penghidap Hilang Fokus Berterusan. Lelaki Kongsi Pengalaman Teruk Bertahun Alaminya

Kerap Bersih Telinga Guna Cotton Bud Hingga Keluar Nanah. Gadis Menangis Cerita Gegendang Telinga Pecah!

“So Sweet…” – Uqasha Senrose Pengantin Terpaling Cantik Gayakan Dress Putih ‘Top To Toe’ Di Majlis Nikah

IKLAN