Putih lambang kesucian. Warna putih juga membawa erti tersendiri kerana kita yang bakal mencorakkan ia menjadi kanvas berwarna.
Bagi pasangan pengantin baru ini bersepakat memilih putih sebagai warna untuk menggayakan busana di majlis pernikahan.
Walaupun dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun tidak membatasakan pasangan Mas Aliza dan Faruq Azran untuk mendirikan rumah tangga.
Selepas dua kali ditunda kerana PKP, majlis pernikahan anak perempuan sulung Mas Anizan berlangsung jam 12 tengah hari Jumaat lalu di Pejabat Agama Shah Alam.
Dengan sekali lafaz, Mas Aliza Ali yang anggun dengan persalinan Man Kajang, sah bergelar isteri kepada juruterbang bernama Faruq Azran.
Kata pelakon era 1990-an itu, perancangan majlis dibuat sekitar seminggu lalu.
“Selepas majlis akad nikah dibenarkan untuk dilaksanakan di negeri Selangor sejak 1 Julai lalu, saya mula memikirkan cara untuk mempercepatkan majlis ini.
“Tapi memang akur, kehadiran di pusat agama itu hanya membabitkan tiga orang saja iaitu pengantin lelaki dan wanita serta anak kedua saya, Mohd Masli Daniel Ali sebagai wali.Saya hanya menunggu di dalam kereta saja kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat ditetapkan.
“Ikutkan majlis tunang dan nikah buat kali pertama dirancang pada 21 Mac lalu. Kemudian kedua majlis itu dianjak pula ke 12 Jun. Tapi akhirnya hanya majlis nikah saja diadakan hari ini. Kita utamakan akad nikah dulu, majlis resepsi menyusul kemudian apabila segala galanya reda selain dibenarkan penganjuran acara kahwin,” katanya.
Kata pelakon drama Sara Sajeeda itu, hanya cincin dan gelang tangan menjadi tanda termeterai majlis pernikahan.
“Selepas majlis pernikahan,pasangan pengantin balik ke rumah mereka untuk mengabadikan gambar kenangan.
“Tak apalah janji mereka sudah sah ikatan. Dengan keadaan semasa segala serbi ada kekangan memang tak dapat buat apa apa,” katanya.
Ditanya mengenai perasaannya melepaskan anak sulungnya yang mesra disapa Baby membina keluarga sendiri, pelakon kelahiran Teluk Intan, Perak itu mengakui perasaannya bercampur baur.
“Sedih ada, bahagia dan gembira pun bertandang. Sedih kerana saya sudah sah menyerahkan tanggungjawab sebagai ibu kepada menantu. Lepas ini saya yakin Faruq pula dapat menjaga Baby dengan baik.
“Paling menyeronokkan kerana bertambah ahli keluarga baru. Insya-Allah selepas setahun tiga bulan mereka kenal, saya yakin Faruq akan membahagiakan Baby,” katanya.
Selain Mas Aliza dan Mohd Masli Daniel Ali, pelakon itu turut dikurniakan anak bernama Ariana Marissa.
Oleh sebab pandemik Covid-19 masih belum reda dan kita sangat digalakkan untuk menjaga kawalan kendiri dengan SOP ditetapkan seperti kerap mencuci tangan, guna hand sanitise dan juga memakai pelitup muka.
Selain itu dikatakan penggunaan nano mist spray juga turut dipraktikkan sebagai langkah pencegahan daripada dijangkiti virus ini jika masuk premis tertentu.
Namun adalah tindakan seperti itu selamat? Menyedari akan perkara tersebut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato Seri Dr. Noor Hosham Abdullah atau lebih popular dengan panggilan DG Hisham tampil memberikan penjelasan.
Menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan, ‘Isu Keselamatan dan Keberkesanan Nano Mist Spray Sebagai Alat Disinfeksi’, beliau memberikan penjelasan yang cukup baik berkenaan penggunaan alat tersebut.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil berat isu yang dibangkitkan berkaitan keselamatan dan keberkesanan penggunaan nano mist spray sebagai alat disinfeksi ini.
Secara asasnya ia adalah alat penyembur yang menghasilkan titisan halus bersaiz nano. Ia digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk kosmetik, wangian dan pelbagai kegunaan domestik serta industri, bergantung kepada spesifikasi alat dan jenis cecair yang digunakan.
Menurut KKM juga penggunaan alat sebenarnya semburan nano mist bagi tujuan disinfeksi tidak menggantikan keperluan nyahkuman permukaan secara manual.
Beliau menjelaskan lagi keberkesanan penggunaan nano mist spray untuk disinfeksi bergantung kepada keupayaan alat tersebut untuk menghasilkan semburan yang sekata pada permukaan, jenis dan kepekatan larutan disinfeksi digunakan serta tempoh masa pendedahan,” jelasnya.
Tambah Noor Hisham, pada masa ini, beberapa larutan disinfeksi sedia ada seperti larutan yang mengandungi:
1. Alkohol 70 hingga 90 peratus
2. Hydrogen peroxide
3. Thymol
4. Quarternary ammonia
5. Larutan berasaskan klorin
*kesemua larutan ini berkesan bagi membunuh virus SARS-CoV-2 di permukaan.
Satu fakta yang perlu diketahui tentang nano mist spray adalah larutan disinfeksi yang digunakan adalah bertujuan untuk nyahkuman di permukaan persekitaran dan tidak sesuai digunakan secara langsung ke atas manusia.
“Ini adalah kerana, sesetengah larutan disinfeksi ini boleh menyebabkan iritasi pada mata, kulit, saluran pernafasan dan juga sistem pencernaan,” katanya.
Jom ketahui rejim kecantikan pelakon cantik, Bella Dowanna Halim, kulitnya nampak sihat walau tanpa mekap. Ramai yang suka tengok!
Bukan hanya kerana bakat lakonannya tetapi kecantikan yang dimilikinya juga menjadi perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya di kaca televisyen.
Menerusi portal Eh!, Bella berkongsi beberapa produk kecantikan yang diamal dan setakat ini sangat membantu buat kulit wajahnya sihat tanpa cela. Haa.. pastikan anda rajin ikut 5 langkah ini kalau nak cantik!
Bella memulakan rutin cantiknya dengan memastikan wajahnya bersih dari sisa solekan. Dia memilih remover pad dari Hatherine, yang di anggap lebih mudah dan berkesan. Dengan jadual kerjanya yang padat, Bella merasakan penggunaan toner pad lebih praktikal, membantu menghapuskan solekan dengan cepat, saiznya yang kecil, mudah untuk dibawa kemana-mana.
Memiliki kulit sensitif dan kombinasi, Bella berhati-hati dalam memilih produk pembersih muka. Dua pencuci muka kegemarannya adalah Avocado Ceramide Moisture Barrier Cleanser dari Glow Recipe dan Vinopure dari Caudalie. Bella menggunakan secara bergilir mengikut ‘mood’ pada hari tersebut.
Avocado Ceramide Moisture Barrier Cleanser terkenal dengan kemampuannya untuk membekalkan kelembapan, manakala Caudalie Vinopure pulaberfungsi untuk membersihkan rajah secara lembut sambil merawat pori-pori.
Serum adalah komponen penting dalam rutin penjagaan kulit Bella. Dia mempunyai tiga serum kegemaran yang digunakan bergantung pada keperluan kulit pada hari tertentu. Apabila kulit terasa kering, dia memilih serum dengan tekstur lebih pekat seperti Caudalie Vinoperfect atau Estée Lauder Advanced Night Repair.
Sebaliknya, pada hari-hari lain, dia menggunakan serum yang lebih ringan seperti Innisfree Vitamin C Green Tea Enzyme Brightening Serum yang membantu mengekalkan kelembapan sepanjang hari.
Memiliki kulit wajah kombinasi, Bella memerlukan penjagaan khusus untuk menyeimbangkan kawasan kering dan berminyak pada wajahnya. Bella berpendapat, jangan selalu menukar sesuatu produk jika kulit kita sudah serasi dengannya.
Pelembap harian kegemaran yang digunakannya adalah, Dr Jart+ Cicapair yang memberikan kelembapan mendalam pada kulit. Dia juga sering melakukan teknik layering bersama produk lain seperti Dr Jart+ Vital Hydra Solution untuk menambah kelembapan pada kulitnya.
Pelindung matahari adalah langkah terakhir dan penting dalam rutin kecantikan. Bella memilih sunscreen dari Dr Dennis Gross kerana teksturnya yang ringan dan cepat menyerap ke kulitnya, memberikan perlindungan yang diperlukan tanpa rasa berat.
Dia juga sering bergilir-gilir bersama sunscreen dari Melixir Vegan Airlift untuk memastikan kulitnya sentiasa terlindung dari sinaran UV.
Ya, itu sahaja rutin kecantikan kulit wajahnya buat masa ini. Jika anda masih mencari set penjagaan wajah yang selamat untuk kulit, mungkin boleh cuba 5 produk ini juga.