Kecilkan Liang Pori Guna Aloe Vera, Madu Dan Serbuk Kayu Manis

Share

Jika nak kecilkan lian pori yang terbuka di wajah, anda memang kena rajin pakai masker dan toner. Tetapi ada cara jimat poket yang sangat membantu untuk merawat masalah jerawat dan buat pori muka lebih halus.

Haa… tip yang dikongsikan oleh @teamon dalam video tiktoknya, memang fokus cara nak kulit cantik bersih dan berkilau ala gadis korea.

Kecilkan Liang Pori Guna Aloe Vera, Madu Dan Serbuk Kayu Manis

Hanya guna 3 bahan ini saja sudah boleh buat kulit anda cantik menawan, cukup ada aloe vera, madu dan serbuk kayu manis saja.

Caranya:

1. Ambil isi aloe vera (kalau tak ada yang original boleh juga guna yang siap diproses seperti gel)

 

2. Kemudian, masukkan satu sudu madu dan satu sudu serbuk kayu manis.

 

3. Kacau sebati dan boleh saja tepek pada kulit wajah.

4. Boleh jadikan masker dan pakai selang sehari dan elakkan pakai setiap hari.

5. Hasilnya kulit berkilat, pori lebih halus dan wajah lebih cerah.

Jangan lupa cuba kalau anda mengalami masalah yang sama, ya!

Sumber: teamon (@tiktok)

Published by
Nadia