Nak kulit lebih cantik dan segar, bakuchiol mungkin menjadi pilihan yang tepat untuk dicuba. Bila baca kebaikannya, sangat membantu buat kulit kita awet muda tanpa secalit mekap dan bantu pudarkan jeragat.

Bakuchiol Menjadi Begitu Popular?

Kebaikan Bakuchiol Dalam Rutin Kecantikan, Awet Muda dan Bantu Pudarkan Jeragat

Sejak dua menjak ini, bakuchiol telah menjadi topik hangat yang sering diperbincangkan oleh peminat skincare. Mungkin ramai yang tidak begitu familiar dengan bahan ini dan bertanya-tanya apakah kesannya pada kulit.

Kebaikan Bakuchiol Pada Kulit Wajah

Bukan sekadar trend semata-mata, tetapi juga kerana kebaikan-kebaikan yang ditawarkannya tetapi dapat memperbaiki kulit tanpa risiko dan iritasi yang sering dikaitkan dengan retinol.

Ads

1. Melawan Tanda-tanda Penuaan

Kolagen adalah protein penting untuk menjaga kulit dan bakuchiol telah terbukti dapat meningkatkan kadar kolagen dan elastin dalam kulit. Penggunaan bakuchiol secara berterusan selama beberapa minggu telah menunjukkan pengurangan yang ketara dalam garis halus dan kedutan.

2. Menjaga kelembapan kulit

Kandungannya juga boleh membantu dalam meningkatkan kadar iaitu protein yang membawa air ke lapisan kulit. Ini menjadikannya bahan yang ideal untuk mengekalkan kelembapan kulit dan mengatasi masalah kulit kering. Dengan kulit yang sentiasa terhidrasi, kekuatan penghalang kulit atau skin barrier juga akan terjaga dengan baik.

3. Lebih Selamat

Berbeza dengan retinol, yang kadang-kadang boleh menyebabkan iritasi pada kulit sensitif, bakuchiol dikenali sebagai pilihan yang lebih selamat. Ini sesuai untuk kebanyakan jenis kulit, termasuk kulit sensitif kerana tidak menyebabkan reaksi yang tidak diingini seperti kemerahan atau kering.

Ads

4. Kurangkan Bintik Hitam

Bakuchiol juga dikenali kerana sifatnya yang mampu mengurangkan pembentukan melanin atau pigmen pada kulit. Bila kadar melanin tinggi, kulit terlihat kusam hingga timbul bintik-bintik gelap. Dengan manfaat bakuchiol ini, membantu mengurangkan bintik-bintik gelap, meninggalkan kulit lebih merata dan berseri.

5. Kurangkan Masalah Jerawat

Bakuchiol tidak hanya merawat tanda-tanda penuaan tetapi juga membantu mengurangkan masalah kulit seperti jerawat. Sifat anti-radangnya membantu mengurangkan peradangan di kulit, manakala kawalan sebumnya sesuai untuk kulit yang cenderung berminyak. Kombinasi penggunaan bakuchiol dengan salicylic acid sebanyak 1%, maka jerawat berkurang hingga 67%.

Ads

Cara Pakai Siang atau Malam?

@lemira_k1m Replying to @DaLin SEJUJURNYA kita ikut keselesaan skin kita,bukan pakai skincare ikut suka tanpa kita study bab kandungan skincare yang kita pakai ! Macam kim retinol pun dan try bakuchiol pun dah. Tapi skin kim lagi behave ngan bakuchiol sebab bakuchiol boleh mix dengan VITC. Setiap kandungan ada kelebihan dan ada kekurangannya. Tak semua skin sesuai apply bahan aktif ni. Tapi kalau nak skin awet muda,bebas kedut,bebas jeragat kena bermula dari awal bagi baja yang cukup dekat skin. Korang nan dapatkan bakuchiol boleh grab dekat kedai tiktok kim yer #bakuchiol #retinol #purging #skincare #tipsandtricks #tipsglowing #fypシ゚viral ♬ original sound – Kim Beautystore

Jadi mungkin anda boleh tambah bakuchiol untuk pastikan kulit sihat dan tolak masalah garis halus di wajah. Jom cuba sama-sama!

Sumber video: Iemira

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI