Kalau nak hilangkan parut jerawat dengan selamat dan berkesan, anda boleh cuba tip ini yang hanya memerlukan dua bahan yang mungkin sudah ada dalam peti rumah, tinggal nak sebatikan dan jadikan masker.
Apa kelebihan masker ini? Okay jom baca dan semak perkongsian saudari Nurul Jasmine ini.
Hilangkan Parut Jerawat
Bahan-bahannya:
1. Yogurt
2. Kunyit
Caranya:
Ambil satu sudu besar yogurt dan masukkan dalam bekas.
Ads
Masukkan kunyit dan gaul sebati.
Nampak tak hasilnya? Kemudian boleh lah anda jadikan masker dan sapu pada wajah sebelum tidur.
Ads
Ini contoh yang anda boleh buat, amalkan secara konsisten, ya!
Ads
Antara kebaikan mask kunyit dan yoghurt ini antaranya ialah;
1. Dapat mengurangkan jerawat sebab sifat kunyit antioksidan.
2. Boleh mengurangkan skin irritation dan mengurangkan kedutan.
3. Boleh menjadikan muka lebih glowing jika konsisten!
4. Boleh mengurangkan bekas hitam parut jerawat dan mencerahkan kulit.
Selamat Mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular satu video tentang penjagaan wajah dengan menggunakan bedak sejuk moden, cara ini terbukti boleh mencerahkan wajah.
Jadi kalau kalau sesiapa nak kulit cerah, putih dan bersih, cuba tip ini ya.
Kelainan bedak sejuk ini ialah menggunakan air sengkuang, yang mana sudah ada kajian memang boleh mencerahkan wajah.
Okay, jom tengok macam mana teamonmalaysia buat bedak sejuk moden ini dengan mudah.
Beras
Sengkuang
Cara nak buat bedak sejuk moden ini senang sahaja, mula-mula rendam dulu beras satu malam (12 jam) untuk bagi kembang. Kemudian anda boleh kisar atau tumbuk sampai halus.
Selepas itu ambil sengkuang tadi dan potong halus-halus. Tumbuk untuk dapatkan dia punya air, kalau nak mudah kisar sahaja (masukkan sedikit air).
Biarkan selama 6 jam sehingga ia mendap dan asingkan air sengkuang, ambil bahagian yang sudah mendap sahaja. Masukkan 2 sudu air sengkuang ke dalam bekas beras yang sudah ditumbuk dan bulatkan menjadi kecil-kecil.
Anda boleh jemur dulu dalam 3-4 jam ikut cuaca, dan anda boleh pakai setiap hari. Serius, nanti anda dapat tengok kulit jadi jauh lebih cerah dan bersih hasil pakai bedak sejuk moden ini, tau!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pakai toner sangat penting untuk kunci kelembapan pada wajah dan ini merupakan salah rutin harian penjagaan kulit wajah.
Kalau ikutkan toner berfungsi untuk memberikan kesegaran pada wajah dan membersihkan kekotoran yang tidak mampu dibersihkan oleh pencuci muka. Melainkan anda pakai berus muka, itu mungkin betul dah betul-betul bersih.
Cara Pakai Toner Yang Betul
Untuk anda yang masih kurang mahir bab pakai toner, jemput baca perkongsian ini supaya anda dapat kulit yang diidamkan.
Guna Kapas Muka
Ramai yang biasa menggunakan kapas muka apabila memakai toner. Tetapi tak semua toner sesuai dengan teknik ini. Teknik ini sesuai untuk toner yang bersifat hydrating. Contohnya, Simple Soothing Facial Toner.
Toner perlu dituang ke atas kapas muka dan sapu secara menyeluruh ke wajah dan leher. Penggunaan toner mengikut teknik menggunakan kapas muka ini dapat membersihkan kekotoran yang tersisa pada kulit wajah selepas mencuci muka. Ini secara tidak langsung dapat membantu membersihkan kulit wajah.
Guna Tapak Tangan
Teknik yang seterusnya ialah menggunakan tapak tangan. Sebaiknya anda pilih toner yang bersifat hydrating atau soothing yang tidak mengandungi alkohol, AHA atau BHA.
Letakkan toner ke atas tapak tangan, gosok tapak tangan dan sapu ke wajah dengan teknik “dab” atau menepuk wajah. Teknik ini bertujuan untuk menghidrat kulit dan bukannya untuk membersihkan kulit.
Tapak tangan mempunyai haba yang membantu toner untuk meresap ke dalam kulit dengan lebih cepat.
Buat Toner Sebagai Mask
Teknik menggunakan toner dengan betul yang seterusnya ialah jadikan toner sebagai mask. Letakkan toner pada kapas muka sehingga basah di kedua-dua bahagian. Kemudian, pisahkan kapas tersebut sehingga nipis kepada dua bahagian. Seterusnya, letakkan kapas tersebut ke atas kulit wajah yang kering. Biarkan dalam 15 minit.
Teknik ini sesuai dilakukan apabila kulit mengalami kekeringan di sebahagian kecil kulit wajah. Oleh itu, toner yang sesuai digunakan adalah bersifat melembapkan (hydrating).
Jadikan Toner sebagai Face Mist
Teknik yang seterusnya ialah jadikan toner sebagai facial mist. Gunakan botol spray yang kecil seperti botol face mist supaya mudah dibawa ke mana-mana.
Masukkan toner yang bersifat hydrating separuh botol kecil face mist. Kemudian, tambahkan air bertapis separuh botol kecil face mist. Nisbah yang boleh digunakan ialah 50:50. Jika kulit masih kering, lebihkan sahaja toner berbanding air.
Goncang botol face mist yang sudah dicampur toner dengan air bertapis. Kemudian, semburkan pada wajah anda jika wajah terasa kering.
Bilas Wajah Menggunakan Toner
Teknik menggunakan toner dengan betul yang terakhir ialah membilas wajah dengan menggunakan air dan hydrating toner. Masukkan air ke dalam besen kecil sebanyak 250 ml dan campurkan sedikit toner.
Teknik ini amat sesuai untuk kulit yang mengalami kekeringan walaupun selepas mencuci wajah. Jadi, teknik ini dapat membantu mengembalikan kelembapan pada kulit wajah.
Dengan cuaca yang panas dan kering sepanjang tahun, kulit anda pasti jadi kering dan boleh jadi masalah jeragat. Semoga perkongsian cara pakai toner ini dapat membantu anda untuk menjaga kecantikan dan mengekalkan kelembapan kulit.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mesti ramai yang nak kulit glowing sebelum raya, bukan? Kalau betul nak, anda kena mula amalkan jus kunyit ini untuk selarikan dengan pemakaian set penjagaan wajah harian.
Minum sejuk-sejuk sangat sedap, boleh juga buat minum macam jamu. Owh ya, anda boleh minum sebelum tidur. Buat sendiri setiap minggu resepi yang dikongsi oleh saudari Omol ini.
Sekurang-kurangnya kita tahu dan yakin, air jamu yang kita buat sendiri ini confirm organik tak ada letak bahan pelik-pelik selamat untuk diminum. Halal toyyiban lagi.
Halia
Kunyit
Lobak merah
Lemon
Selain itu boleh buang angin dalam badan juga. Anda patut cuba try sebab ni cara orang dulu-dulu nak dapatkan skin cantik. Kita detox our skin dari dalam selain pakai skincare harian.
Keberkesanan this glow shot setiap orang tak sama. Ada orang cepat dapat effect glow skin, ada jugalambat. Bergantung.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!