Hilangkan Parut Jerawat Guna Air Rendaman Oat, Glowing Jadinya!

Share

Bukan senang nak hilangkan parut jerawat dalam masa yang singkat, malah ada yang sanggup ke Spa habiskan duit beratus semata-mata nak dapatkan kulit glowing.

Namun anda tentu akan teruja dengan satu petua kulit cantik ini, yang mana hanya menggunakan beberapa bahan dapur untuk dimasukkan dalam botol dan terus spray ke muka. Apa yang best, jika konsisten amal, kulit boleh sihat tanpa masalah parut.

Hilangkan Parut Jerawat

Jom tengok macam mana nak buat!

BAHAN-BAHAN:

  • Oat yang tiada perisa
  • Air mineral

CARA-CARA MEMBUAT:
1. Rendam oat dalam air semalaman. Letak dalam bekas.

2. Esok paginya cuci muka guna air rendaman oat itu. Jika hendak lebih senang, letak dalam botol spray.

3. Spray pada wajah guna air rendaman oat tersebut kemudian bilas. Perubahan yang boleh dilihat ialah kulit kurang berminyak dan parut makin pudar, kulit pun cerah

.

4. Apabila kulit mengalami alahan, buat hal naik jerawat dan sebagainya, cuci muka dengan air oat ini.

 

5. Lakukan 2-3 kali seminggu. Daripada guna cleanser yang harsh, pedih dan keringkan kulit waktu, lebih baik waktu pagi guna air oat.

6. Jangan berharap kesan seawal 24 jam sebab ia menggunakan bahan natural. Dalam produk skincare banyak sahaja guna oat memang membantu mencantikkan kulit wajah.

Haaa.. tetapi anda kena sabar ya. Biasanya kalau menggunakan bahan-bahan semula jadi, kesannya agak lambat. Namun kalau selalu buat, memang kulit akan cantik tanpa parut!

Sumber: Intan Syafinas

Published by
Nadia