Hilangkan Masalah Bibir Kering Guna Lip Balm Homemade, Berkesan!

Share

Tak selesa nak pakai lipstik kalau bibir kering sampai menggelupas, jadi anda kena ambil peduli untuk merawat masalah tersebut dengan menggunakan produk atau petua lama.

Namun kadang kalau guna produk tertentu juga boleh memudaratkan lagi dan tidak sesuai dengan bibir kita. Hah, kalau nak bibir merah semulajadi, tak perlu guna produk mahal pun sebenarnya. Cukup hanya guna beetroot dan vaseline pun dah cukup.

Hilangkan Masalah Bibir Kering Guna Lip Balm Homemade, Berkesan!

Kalau ada mengalami bibir mengelupas, kering dan gelal, boleh cuba tip ini. Hanya guna lip balm dari beetroot.

Lagipun, semua orang tahu manfaat beetroot ini sangat bagus untuk kulit, berikan merah bibir semulajadi dan cerahkan kulit.

Bahan-bahan:

1. Hiris beetroot dan tumbuk atau parut.

2. Tapis airnya.

3. Kemudian, campurkan 2 sudu vasaline.

4. Kacau rata.

5. Bila dah sebati, letakkan dalam bekas yang senang nak dibawa ke mana-mana.

6. Guna 3 kali sehari, nanti boleh lihat hasil nya, bibir tak kering dan semakin cerah.

Sumber: teamon (tiktok)

IKLAN