Hilangkan Dagu Berlapis, 7 Petua Ini Sangat Membantu!

Share

Ada tak yang berniat nak hilangkan dagu berlapis dengan cepat dan mudah? Haa… dagu berlapais ni bukan hanya yang badan berisi saja yang ada, tetapi jika anda selalu tidur dengan bantal yang tinggi pun akan jadi penyebab timbulnya lemak bawah dagu.

Macam mana nak hapuskan masalah ini? Jom tengok beberapa tips mudah untuk menghilangkan lemak di dagu secara semula jadi.

Hilangkan Dagu Berlapis, 7 Petua Ini Sangat Membantu!

Tidak memerlukan bajet yang besar pun, anda boleh amalkan setiap hari dengan pilihan yang ada.

Kunyah gula-gula getah
Pakej paling jimat, lemak dagu hilang dan gigi pun bersih serta nafas jadi segar. Sebenarnya gerakan mulut itu yang membuatkan dagu juga bersenam secara tidak langsung.

Guna ketulan ais
Letakkan ais di dalam kain kemudian tekapkan ketulan ais di bawah dagu. Tekan dan lepaskan, lakukan gerakan ini sebanyak 20 hingga 30 kali. Amalkan setiap hari, kulit bahagian dagu akan tampak semakin anjal.

Senaman Wajah
Lakukan senaman wajah dengan menyebut a,e,i,o,u sebanyak 40 kali. Amalkan senaman ini pada waktu pagi dan malam, secara konsisten. Gerakan mulut yang terhasil daripada sebutan huruf tersebut dikatakan membantu membentuk wajah menjadi lebih menarik.

Atau anda boleh guna bola kecil yang berukuran 9-10 inci diletakkan di bawah dagu anda. Kemudian tekankan dagu anda ke bawah dan ulangi senaman ini 25 kali setiap hari.

Dongak kepala
Sebaik sahaja bangun daripada tidur, dongak kepala ke atas selama 15 saat. Lakukan sebanyak 10 kali, otot leher menjadi tegang. Bahagian dagu yang berlipat akan berkurangan secara perlahan-lahan.

Jaga pemakanan
Tak mahu lemak naik, pemakanan pun kena tolak tepi. Elakkan makanan berlemak, ini membuatkan berat badan mudah naik. Begitu juga dengan wajah, bahagian dagu akan berlapis kalau anda suka mengambil makanan berlemak dan berkolesterol tinggi.

Urutan
Gunakan krim atau losen, lakukan urutan dagu secara menaik. Teknik urutan ini membantu memecahkan lemak dan membuatkan kulit di bahagian dagu serta leher semakin anjal. Jangan lupa amal setiap kali sebelum tidur dan bangun tidur.

Tidur tanpa bantal
Jangan tidur nak sedap, pakai bantal tinggi. Kadang baru lepas makan ada yang boleh terus lena. Mana tak jadi double chin! Lebih berkesan jika tidur tidak berbantal, ya. Kalau anda mampu lah.

SELAMAT MENCUBA!

Published by
Nadia