Ada tak yang nak hilangkan blackhead dan whitehead dengan cara jimat dan berkesan tanpa perlu pergi Spa?
Haaa… jika anda berniat mahu cantikkan kulit wajah daripada masalah blackhead dan whitehead, boleh cuba tip yang dikongsi oleh Sarini Zainal ini.
Okay cara ini untuk buang Blackhead / Whitehead tanpa menyakitkan, tanpa membesarkan lagi pori, tanpa tools mahal. Kalau konsisten, memang dah tak ada hidung berbiji-biji dan berbintik hitam lepas ni.
Sejak akhir-akhir ini ramai pula mengadu banyak blackhead, ramai juga suka picit blackhead, tapi tetap ada balik. Sampai merah-merah hidung dipicitnya.
Hilangkan Blackhead Dan Whitehead
Saya guna Cleansing Oil. Cleansing Oil yang diurut perlahan sehingga menghasilkan sedikit haba boleh mencairkan segala minyak, kotoran, membersihkan pori tersumbat dengan baik.
Step 1:
Pilih Cleansing Oil kegemaran anda. Di dalam gambar ini, saya gunakan Skin Reset. Saya lebih sukakan non-emulsifying Cleansing Oil untuk tujuan urutan, kerana lebih lembut dan kekal lama di wajah.
Ads
Kalau nak pakai yang emulsify, pastikan muka kering, tangan kering, jangan berpeluh. Sebab nak urut ni lama, nanti berpeluh habis oil itu jadi bersusu dan tak dapatlah nak capai tujuan asal kita.
Step 2:
Urut pada muka yang kering. Urut selama 5-10 minit. Lenguh? Teruskan. Jika mampu, sehingga 20 minit atau apabila anda terasa wajah sedikit ‘suam’ dan timbul biji-biji halus. Paling elok, 15 minit.
Step 3:
Bersihkan tangan anda. Tangan sahaja, jangan muka tau. Kalau tangan rasa berminyak boleh bilas dengan sabun, lap.
Step 4:
Ambil air suam, celupkan tangan, dan urut wajah. Ulang step ni beberapa kali sampai rasa berminyak itu dah berkurangan. Berkurangan ya, bukan hilang sepenuhnya.
Ads
Step 5:
Ambil Cotton Pad atau kain lembut, lapkan wajah anda. Jika bahagian hidung itu banyak whitehead/blackhead, tekan perlahan. Anda akan dapati blackhead serta whitehead sangat mudah keluar dengan banyaknya.
STEP 6:
Setelah berpuas hati, ambil pencuci muka, gosokkan di tapak tangan sehingga berbuih, kemudian urut muka. Bilas dengan air, sehingga tiada rasa berminyak.
Boleh buat seminggu sekali. Malas? 2 minggu sekali pun boleh.
Ads
Istilah muka licin bagai telur dikupas tu tak mustahil. Asalkan konsisten dan rajin. Tak perlu produk mahal.
Satu sahaja pesanan saya, jangan picit! Nanti dah lekuk, jadi lubang, pori membesar.
Susah sangat nak hilang. Bila umur 30an, kolagen dah kurang, makin besar lekuk dan pori tu nampak. Waktu muda, jaga elok-elok.
Tak perlu barang mahal, cuma elakkan harsh chemical, jangan sentuh muka atau picit muka terutama bila kuku panjang, jaga pemakanan, kebersihan, rutin asas – insyaAllah akan okay.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lain orang lain cara pantangnya. Sama ada cara moden atau tradisional, apa yang penting cara untuk memastikan tubuh badan akan kekal bertenaga walaupun sedang atau selepas berpantang.
Seperti pelakon Ozlyn yang memilih berpantang cara tradisional untuk anak keenamnya.
Perkongsiannya di laman Instagramnya, Ozlyn memberitahu dia yang memilih untuk bertangas dan bercerita kelebihan melakukan amalan ini.
“Suka tangas.. bagus untuk kaum hawa.. seminggu 3 kali pon cukup..tapi jujur aku cakap.. selalu lepas abes pantang 44 hari aku masih lagi berpantang,
“Pantang makanan sejuk, frozen, fastfood, air kordial, air gas, air tin.. ada yang aku pantang sampai 2 tahun tak usik, ada yang setahun ada yang 6 bulan, bergantung minuman or makanan tu..
“Selalu bersalin normal lepas 3 bulan aku akan slowly workout yang ringan-ringan.. cardio dan yang boleh merenggangkan dan menegangkan balik tubuh yang lembik..
“Kalau csect pon aku ada pengalaman.. after 6-8month baru boleh start workout manja-manja. Dan hasilnya baby nak masok 10-12 bulan perut aku dah tegang balik..
“Pakai girdle sape yang czer, sebab bagus support perut supaya tak banyak bergegar bila kita bergerak. Sebab luar yang jahit or tampal dah kering tapi yang dalam lemak isi yang dijahit dalam tu belom tentu dah kering or sihat ye..
“Pakai bengkung yang support untuk pinggang itu pon boleh pakai untuk yang czer. Dan please jaga pemakanan aku kadang bila tiba baby anjak 3 bulan aku amik balik package berpantang paling kurang seminggu 2..
“Ada yang cakap bagus ozlynn jaga dalaman untuk suami.. hellooooo! Saya jaga badan untuk diri sendiri bukan suami. Sebab kalau sakit bukan laki ko boleh amik sakit tu pon.
“Tapi rezeki suami kita dapat kita yang jenis menjaga dalaman. Kadang aku buat sendiri je. Bersauna sendiri berbengkung sendiri, ada rezeki lebih dapat la amik tukang urut.. kan…
“Apapon kita semua kena sedar diri tahap kemampuan keluarga kita, toksah ikut orang.. kadang ada je orang ada duit tapi tak nak jaga diri so stop cakap alaa ko ada duit boleh la..
“Benda ini kalau ko rajin, tak payah guna modal pon boleh jaga badan. Buat keje umah pon kategori exercise tau, jaga anak masak pon boleh buat kita berpeloh. Kan ke sihat.
“Eh laki aku pon vacum mop umah, basuh toilet tukar cadar katil, berus baju putih guna tangan. So jawapan dia exercise ini tak semestinya gym dan banyakkan minum air suam.
“Aku sentiasa ada botol besar dekat sebelah.. akan sentiasa suam..so kaum hawa, pantang dengan laki pon kalau boleh biar la lepas 100 hari. Pandai-pandai la nego..
“Paling tak pun 44hari kan.. suami yang baik akan support untuk jaga kesihatan isteri.. kami cuti lama buat kaum hawa jangan stress-stress if ada perubahan pada bentuk tubuh kita.. thank you kak sri @auliyabeautycareandconfinement
Kalau nak cantik, anda kena ambil tahu asas penjagaan kulit dulu. Barulah boleh bawa muka ‘bogel’ ke mana-mana dengan yakin. Serius, tak payah mekap pun cantik!
Ini antara penjagaan kulit wajah dan pilihan antara produk yang terbaik yang anda boleh pilih di drugstore berdekatan.
Cleanser (siapa yang pakai makeup kena remove dulu dengan makeup remover sebelum cuci muka)
Scrub
Toner
Mosturizer
Sunscreen
Lima benda saja, anda wajib kena ada. Anda boleh pilih bergantung kesesuaian jenis kulit muka hampa okey. Jemput amalkan, semoga membantu anda yang masih tercari cari produk yang sesuai dan terbaik.
Kenapa pilih produk drugstore? Sebab dijamin tiada bahan kimia, selamat dan murah. Setiap info lengkap ada di setiap gambar. Tapi sebelum ambil apa-apa produk tolong kenal pasti dahulu kulit muka jenis apa.
KERING – kurang air, kurang lembap, muka tidak glowing dan kusam. BERMINYAK- satu muka sangat berminyak KOMBINASI – T zone berminyak (dahi, hidung, dagu) dan pipi kering. SENSITIF – mudah naik ruam dan gatal gatal NORMAL- tidak terlalu kering dan tidak terlampau berminyak
1. Sebelum tidur cuci muka sahaja tanpa letak apa apa skincare kemudian tidur. Bangun pagi je pagi buat test: oil control paper / tisu (potong cebisan 7 bahagian)
2. Tempek di dahi, hidung, 2 belah pipi, dagu dan 2 belah rahang pipi.
3. Tengok paper/tisu tu melekat di bahagian mana:
Semua melekat (berminyak)
Melekat di T zone (kombinasi)
Jatuh semua (kering)
Nak lekat tak nak lekat je (normal)
Kalau muka sensitif pun kena test sama ada sensitif dan berminyak, sensitif dan kering atau sensitif dan kombinasi. Okey? Dah tahu kulit muka jenis apa? Senang lah nak membersihkan, merawat dan melindungi kulit.
Ini di antara produk yang elok anda boleh amalkan setiap hari, pilihlah satu yang paling sesuai dengan kulit muka.
Tolong elakkan cleanser yang ada :
Sodium lauryl sulfate ( mengeringkan kulit muka )
Alcohol ( mengeringkan kulit muka )
Fragrance ( kulit sensitif akan lebih bermasalah )
Cuci muka paling bagus lepas buat aktiviti kat luar, lepas masak, terdedah dengan habuk dan sebelum tidur. Tidak digalakkan cuci muka waktu pagi sebab setiap pagi muka masih fresh dan lembab. Elok kekalkan kelembapan tu dengan cuci dengan air biasa sahaja.
Lagi satu setiap kali cuci muka kurangkan kuantiti cleanser tu, okey. Jangan letak selambak lepas tu buat cuci muka. Picit sebesar hujung jari kelingking sahaja. Yang pakai makeup, jangan lupa remove dulu makeup dengan makeup remove apa-apa brand yang free alcohol, free fragrance. Lagi elok produk tu berasaskan water base baru la cuci muka bagi bersih, lap pakai tuala yang bersih atau tisu paper.
Kenapa perlu scrub? Kerana kulit kita selepas 26 hari akan tertanggal sel kulit mati dan salin kulit baru. Kulit mati itulah yang akan menyumbatkan pori-pori muka kita ia mengakibatkan muka naik jerawat, ada blackhead dan whitehead di muka. Jadi apabila kita scrub inilah yang membantu untuk tanggalkan sel kulit mati dari muka kita.
Buatlah dalam 1-3 kali seminggu. Elakkan pakai scrub yang butirnya kasar kerana akan melukakan kulit muka kita dan muka akan cepat rosak. Pilih scrub yang halus sahaja dan dalam proses scrub pada muka tu buatlah secara pelahan-lahan sahaja kerana kulit muka kita sangat lembut. Ini antara produk scrub yang bagus yang boleh try.
Toner membantu seimbangkan Ph muka kita, kerana cleanser bersifatkan alkali selepas kita cuci muka Ph muka kita akan naik sedikit dari Ph asal dan membuatkan muka menjadi kering. Jadi dengan memakai toner ini akan membantu seimbangkan semula suhu Ph di muka.
Toner dapat mengembalikan kelembapan pada muka kita. Selain itu toner juga dapat membersihkan muka dari kotoran muka kita yang tadi kita cuci dengan cleanser yang masih berbaki. Toner juga ada pelbagai fungsi, memutihkan, anti penuan dan pelbagai lagi.
Jadi anda kena elakkan guna toner yang ada alkohol sebab muka akan jadi kering, cepat bermasalah dan cepat berkedut. Jadi ini di antara toner yang elok yang boleh hampa pilih sebagai skin routine, so pilih yang sesuai dengan kulit muka.
Yang ni part paling penting bagi kekalkan kelembapan kulit muka. Tapi mosturizer juga boleh buat muka jadi tak selesa jadi, seeloknya pilihlah yang sesuai dengan kulit muka. Kulit muka yang berminyak sesuai pakai mosturiser yang berbentukkan gel kerana gel berasaskan air dia tidak akan membuatkan muka kita bertambah berminyak dan akan mengekalkan kelembapan pada kulit.
Pada yang berkulit kering pula sesuai memakai mosturiser berbentuk cream kerana dapat melembabkan lagi kulit yang kering. Macam produk-produk lain juga elak dari produk yang ada alcohol dan fragrance bagi mengelakkan muka lebih bermasalah.
Ini antara produk yang selamat untuk hampa amalkan setiap hari dan sudah siap kelaskan produk tu sesuai untuk kulit berminyak atau kulit kering. So bergantung pada kulit anda. Mosturizer ni jangan tinggal sebelum tidur.
Part last sekali sunblock atau sunscreen. Ini part paling penting untuk follow tau sebab kita ni banyak terdedah dengan cahaya matahari. Jadi pilihlah sunscreen atau sunblock yang ada SPF50 dan PA++ yang dapat melindungi kita dari sinar uvb dan uva.
Sinar uvb menyebabkan kulit muka kita terbakar dan gelap tu. Dan sinar uva pula membuatkan kulit muka kita cepat berkedut dan terdedah dengan kanser kulit.
Jadi kalau nak pilih sunblock atau sunscreen kalau ada spf50 sahaja tapi tiada PA elakkan beli. Kena ada spf50 dan Pa++ dah cukup perfect untuk lindungi kulit di luar rumah atau pun berada dalam kawasan tertutup.
Pakai banyak mana? Sebanyak 2 jari telunjuk dan jari hantu bila disatukan dan kena reapply semula selepas 5jam kerana sunscreen ni akan hilang. Okey, itu sahaja. Selamat mengamalkan penjagaan kulit yang sihat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada yang kata punca ketumbit ini disebabkan suka mengintai orang mandi tetapi sebenarnya benjolan bahagian kelopak mata ini berkait mekap yang anda suka pakai.
Jika ketumbit ini muncul pada hari tidak dijangka, akan menyebabkan mood jadi tidak ketahuan. Lebih-lebih lagi jika ada perkara penting perlu dibuat pada hari kejadian.
Segan sangat kalau ada ketumbit, sebab obvious sangat dekat mata. Pastu akan kena ejek sebab intai orang mandi. Padahal ini cumalah mitos!
Apa punca ketumbit terjadi?
Ketumbit dalam istilah Melayu bermaksud pembengkakan atau pembentukan biji pada kelopak mata.
Dalam istilah perubatan, dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu hordeolum (stye) dan chalazion.
1- Hordeolum aka Stye
Terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman (stap aureus) pada kawasan kelenjar folikel mata.
a. Hordeolum luaran: jangkitan pada kelenjar of zeis
b. Hordeolum dalaman: jangkitan pada kelenjar Meibomian
Gejala:
– Sakit dan bengkak kemerahan pada kelopak mata
2- Chalazion
Terjadi disebabkan oleh kelenjar dibahagian kelopak mata yang tersumbat.
Gejala:
-Biji pada kelopak mata
-Tidak sakit dan tidak kemerahan
Apakah rawatan untuk ketumbit?
Secara keseluruhannya, rawatan untuk kedua-dua gejala ini adalah lebih kurang sama iaitu:
1. Lid hygiene
Sentiasa basuh bulu mata terutamanya kalau korang kerap memakai eyeliner.
2. Warm compression
Ambil sudu atau tuala kecil yang telah direndam air suam dan letakkan pada bahagian kelopak mata.
3. Ubat titis
Bergantung kepada pemeriksaan doktor, sama ada perlu atau tidak.
Kalau bengkak tak sembuh selepas 2 minggu, segera berjumpa dengan doktor pakar mata untuk rawatan selanjutnya.
Namun menurut Dr Azlindarita Aisyah yang merupakan Pakar Oftalmologi, mata ketumbit ini terjadi akibat bukaan kelenjar air mata dari akar bulu mata tersumbat akibat beberapa perkara.
Sekiranya anda mengalaminya, bolehlah ikuti cara merawat mata ketumbit menggunakan empat bahan sebagaimana yang dikongsikan Dr Azlindarita Aisyah menerusi laman Facebook Medical Mythbusters Malaysia.
1. Bersihkan kelopak mata
2. Ambil air suam & sudu besi
3. Celupkan sudu
4. Rasakan kepanasan sudu dahulu
5. Tuamkan sudu pada kelopak mata
6. Masukkan ubat antibiotik ke dalam mata
7. Pegang kelopak mata 30 saat supaya ubat meresap masuk
Hah, itu saja caranya. Semoga bermanfaat dan dapat mengurangkan anda yang selalu kena ketumbit.