Rupanya guna sudu bukan hanya berfungsi untuk menyuap makanan ke mulut tetapi juga boleh bantu mencantikkan wajah sewaktu anda mekap.
Cuba lihat, sudu boleh digunakan secara dalam bidang kecantikan sebagai alternatif kepada kelengkapan solekan.
Haa… ini antara helah menarik yang boleh dilakukan dengan sudu bagi tujuan kecantikan.
1. Pelentik bulu mata
Miranda Kerr dan Karlie Kloss antara selebriti antarabangsa yang menggunakan sudu untuk melentikkan bulu mata. Bagi mereka yang tidak mempunyai pelentik bulu mata di rumah, sudu adalah kaedah yang boleh diguna pakai untuk mendapatkan bulu mata yang lentik.
Ads
2. Membentuk kening
Kalau anda jenis tidak pandai melukis kening dengan pensil alis mata, boleh cuba gunakan sudu untuk mendapatkan hasil solekan kening yang lebih seimbang untuk kedua-dua belah kening. Nampaknya cara ini lebih membantu.
3. Melukis ekor alis mata
Ads
Anda boleh menggunakan bahagian pemegang sudu, gariskan panjang alis mata yang diingini. Kemudian, letakkan sudu pada bahagian atas sisi mata dan bentuk ekor dengan menggunakan sudu. Lukisan alis mata akan kelihatan lebih kemas dan cantik.
4. Memakai maskara
Nak pakai maskara tak mudah juga, kadang boleh terkena bahagian bawah mata sehingga menyebabkan mekap nampak comot. Jangan risau, anda boleh guna sudu untuk melapiskan bulu mata agar tidak merosakkan solekan mata ketika memakai maskara.
Ads
5. Pembayang mata
Selain ini anda juga boleh menggunakan sudu untuk mendapatkan solekan pembayang mata dengan teknik ‘cut crease’. Hasilnya memang menjadi.
Okay, dah tahu kegunaan sudu dalam mekap tu, selepas ini anda boleh lah cuba mekap sediri di rumah ya. Selamat mencuba!
Kredit video: Official Crazi Deals
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin atau Wan Noraafiza kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Selangor.
Menurut portal Astro Awani, Nora dimasukkan ke ICU berkenaan pada Ahad lalu.
Nora Ariffin Sesak Nafas
Dan suami kepada Nora, Dr Rushdi Ramli, menyatakan isterinya dimasukkan ke ICU akibat sesak nafas.
“Mohan doa ikhlas dari semua,” kata Rushdi dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan sebentar tadi.
Difahamkan penyanyi berusia 50 itu dimasukkan ke hospital berkenaan beberapa hari lalu akibat demam panas dan mengalami sesak nafas sekitar pukul 4 pagi Ahad.
Apa pun, Rapi doakan moga Nora diberi kesembuhan dan cepat pulang ke pangkuan suami serta anak-anak tersayang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka sejenis ketulan bersaiz guli yang tumbuh dipergelangan tangan rupanya mengundang bahaya.
Seperti perkongsian wanita ini yang menyedari ada benjolan sebesar guli di bahagian berkenaan hingga menyebabkan tidak selesa untuk melakukan aktiviti rutin fizikal.
Walaupun benjolan ini tidak mendatangkan rasa sakit, namun akhirnya terpaksa melakukan pembedahan bagi membuang benjolan atau dipanggil ganglion.
Menjelaskan apa sebenarnya benjolan ganglion ini yang sebelum itu dia tidak pernah endah kerana tidak rasa sakit.
Namun dek kerana terlalu aktif melakukan kerja menyebabkan tangan menjadi sakit. Ayuh ikuti perkongsiannya untuk jadi panduan bagi mereka yang ada masalah sama.
Jalani Pembedahan Buang Ganglion
Biasanya selalu kita dengar cerita, pengalaman bersalin anak pertama, pengalaman bersalin anak kembar, kali ni…saya nk cerita lain dari yang lain,.pengalaman menjalani pembedahan pembuangan ganglion.
Sebelum mulakan cerita, mesti ada yang tertanya tanya, apa itu ganglion. ok, sila rujuk rajah dibawah.
Definisi
Ganlion ini didefinisinkan sebagai satu penyakit yang disebabkan oleh kebocoran pada pembungkus cecair pada sendi. cecair ini sebenarnya berfungsi melumurkan sendi supaya tidak merosakkan tulang rawan bila berlaku pergerakan pada sendi.
Cecair ini kemudian akan membentuk gelembung seperti benjolan yang menolak kulit sehingga ternampaklah di permukaan kulit (ok, ni hasil carian di google)
Definisi yang diterangkan oleh doktor pakar dari Hospital Putrajaya pula…, ganglion ni.., berlaku mungkin disebabkan trauma, atau pernah cedera dikawasan tersebut sehingga menyebabkan ganglion ni.., lebih kurang sama la kan..tapi ganglion ini boleh tumbuh / muncul kat mana-mana tempat yang dia nak..contohnya kat lengan tangan.., siku, dan paling common sekali kat pergelangan tangan.
Macam saya sendiri, saya kena kt pergelangan tangan..(sebab tu saya boleh cerita pasal ganglion ni..hehe)
Ok, habis bab definisi. masuk bab nak bercerita.
Macam mana saya boleh kena?
Tak tau la…macam mana ntah.., tapi dulu sebelum kahwin…dah ada dah benda itu..tapi tak sakit, tak menganggu, so takde la amek endah sangat la kan.., kemudian dia hilang sendiri..agaknya sebab tangan kiri saya ini jenis tak duduk diam..asyik nak menggodek benda tu je kan…,
Nak dijadikan cerita…sebelum bulan puasa hari itu dia muncul balik…, tempat yang sama..pergelangan tangan belah kanan. Mula-mula itu tak la sakit sangat. so..bila lepas raya..agaknya masa raya aktif sangat.., SAKIT…., nak gerakkan tangan one degree ke atas or ke bawah pon punya lah sakit…, last-last husband suruh bandage je tangan tu…,
Esok pagi, jumpa doktor kt tempat keje ni.., PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI, UPM, doktor bagi surat reffer, saya minta buat ke HOSPITAL PUTRAJAYA, bahagian orthopedik.
Cepat, pantas…, dalam masa sebulan lebih je..dah dapat tarikh pembedahan.
Warded daycare. maksudnya, masuk pagi, buat pembedahan, pastu petang balik.
Jenis bius, saya mintak local bius je..,sebab bila bius satu badan..semua organ dalam badan berhenti berfungsi sekejap. nak ke..? Padahal nak buang benda itu kat pergelangan tangan je…, so tak payah la mengada nak ambil bius satu badan.
Masa nak masuk Operation Theatre(OT) , ko jalan kaki je dari daycare ward tu. Pastu dia suruh baring kat katil, then diaorang sorong la ko ke OT, sampai sana, nanti doktor akan pasang ECG, Bleeding Stopper, pastu baru la start bius.
Nama pon bius local kan…sakit la sikit.., lepas dari tu..tak sakit dah..serius..sampai dah siap jahit..lepas siap bedah pun…, memang tak sakit pun tempat jahit tu.. cuma akan nampak la jari tu bengkak sikit.., sebab kesan dari luka pembedahan itu…
Tapi jangan risau.., sepanjang pembedahan tu..boleh berbual dengan doktor.., tanya lah apa yang ko nak tanya..
Lepas buka bandage…ramai tanya..kenapa tak gam je..? Kenapa jahit. Ok..jawapan dia.., sebab, bila gam.., pergelangan tangan kita tak terlepas untuk bergerak.., bayangkan bila tengah tidur..sekali ko terbengkokkan tangan tu.., bentuk huruf L ke…, tak ke terbuka nanti? haa..,sebab itu la dia tak gam, dan tak pakai benang yang boleh hadam sendiri..
Ini la dia ganglion yang selamat dikeluarkan…, alhamdulillah…, dah tak sakit lagi tangan.., cuma post-operation ini..kena rajin buat fisioterapi sendiri la kat rumah… Contohnya genggam bola yang lembut.., pasang butang baju..gerakkan tangan atas bawah.., sampai la ok.
By the way, korang akan diberi MC seminggu, 3 hari lepas operation, kena buat wound inspection kt mana-mana klinik,cukup 10 hari, benang akan dibuka.
Post ini dibuat sebab dulu sebelum buat operation puas mengoogle pengalaman pembedahan pembuangan ganglion..tapi tak jumpa., so bagi mereka yang sama nasib seperti saya, mungkin cerita ni boleh jadi rujukan pada orang lain
Kalau anda ada masalah blackhead di wajah, anda kena usahakan untuk hilangkan untuk nampak kulit lebih sihat dan bersih.
Bagi yang anda yang sedang alami masalah ini, boleh ikut perkongsian dari Fatin Syamimi untuk membuang bintik hitam dan putih ini.
Buang Masalah Blackhead Guna 3 Langkah. Sebulan Je Amal, Licin Muka!
Tak perlu ke spa atau buat rawatan wajah di luar rumah, cukup guna tiga produk ini. Katanya dalam masa sebulan habis semua kotoran pada wajah diangkut, hidung pun licin. Apa yang penting kerajinan untuk buat step berikut.
Produk yang digunakan
1. Clay mask FREEMAN WATSONS
2. Oil Cleansing BIORE (jenama lain pun boleh – penting) WATSONS
3. Bye Bye Blackhead SOMEBYME (penting)
Langkah 1
Pakai clay mask pada wajah selama 10 minit. Pakai 1-2 kali seminggu. Fungsi clay mask ni untuk angkat lebihan minyak pada wajah yang menyebabkan terjadinya blackhead dan whitehead. Selepas 10 minit boleh basuh.
Langkah 2 ( Teknik Gritting)
Pastikan tangan dan wajah bebas air dan peluh untuk apply oil cleansing. Tekstur oil cleansing ini memang berminyak, tapi jangan risau takkan buatkan kulit kita semakin berminyak.
Gritting ini kena buat maksimum 15 minit pada muka, gosok perlahan sampai rasa biji-biji halus keluar, (white dan blackhead). Biasa buat 1-2 kali seminggu. Kesannya segala kotoran yang tersisa dalam kulit habis keluar. Selepas itu lap lap dengan tisu, kemudian basuh muka dengan pencuci muka.
Langkah akhir
Selepas gunakan oil cleansing dan gosok perlahan pada muka kemudian lap dengan tisu untuk tengok kotoran yg keluar dari kulit. Selepas itu baru basuh muka guna pencuci muka yang biasa kita pakai.
Kemudian lap muka dengan tisu. (Jangan bagi muka basah untuk apply Somebymi ini) kena kering. Kemudian gunakan Bye Bye Blackhead ini pada seluruh wajah. Gosok perlahan, 2-3 minit kemudian basuh basuh.
Itu saja, bila hidung dah bersih murni barulah bila pakai bedak atau mekap nampak flawless.
Kredit : Fatin Syamimi
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!