Semua orang nak awet muda, sebab tu ramai yang mengamalkan pemakaian produk yang mempunyai kolagen atau makan makanan yang ada kolagen. Cara paling mudah nak dapat kalogen adalah dengan buat bone broth atau tulang yang direbus dengan bahan-bahan lain selama lebih 48 jam.

Dr Rizal Abu Bakar berkongsi tentang kebaikan kolagen yang membantu anda untuk awet muda. Selain bone broth, sup kaki ayam juga antara sumber kolagen yang boleh anda buat sendiri kat rumah.

Siap dengan bahan dan cara-caranya, kalau masih ada tulang lebihan raya qurban yang lepas, bolehlah buat sendiri bone broth ni kat rumah. Kalau simpan dalam freezer boleh bertahan sampai 6 bulan. Bolehla cuba nanti!

Nak Awet Muda, Kolagen Kena Cukup, Ini Caranya!

Antara rahsia awet muda ialah pastikan kolagen cukup.

Kolagen ialah sejenis protein. Terbentuk dari tiga amino acid.

Ada glycine. Hydroxyproline dan proline. Salah satu yang penting ialah glycine.

Tubuh manusia dewasa keluarkan 3g glycine setiap hari.

Tapi tubuh perlukan 15g. Tidak cukup.

Apabila glycine cukup kulit jadi cantik, sendi tidak sakit, radang hilang.

Pencernaan terjaga, mood, tidur dan kemampuan fikir semakin baik.

Untuk tambah glycine dan kolagen perlu ambil dari sumber luar.

Kolagen biasanya didapati pada haiwan.

Guna Lebihan Tulang Buat ‘Bone Broth’, Sumber Kolagen Untuk Awet Muda. Dr Rizal Kongsikan Caranya!
https://www.freepik.com/photos/chicken-feet’>Chicken feet photo created by jcomp – www.freepik.com

Tulang, kartilaj, kulit haiwan berikan glycine tambahan yang diperlukan.

Contoh paling senang. Sup kaki ayam. 70% kandungan protein dalam kaki ayam. Jadikannya padat kolagen.

Kolagen kaki ayam tinggi glycine.

Sekitar 16% diikuti hydroxyproline 14% dan proline 8%.

Ketahuinya lebih banyak khasiatnya

https://neuroversiti.com/1001-khasiat-kaki-ayam/

Kolagen juga perlu untuk urat dan saluran darah.

Cara lain ialah melalui bone broth. Lebihan tulang qurban tu boleh guna.

Cara-cara:

  1. Tulang direbus lama. 48 jam lamanya.
  2. Ditambah pula sayuran kaya fitonutrien. Sumber kaya prebiotik. Carrot. Lobak putih. Celery. Daun bawang. Bawang putih. Rempah ratus.
  3. Selepas 48 jam keluarkan semua biar tinggal broth.
  4. Hanya air sup dari rebusan yang diminum.

***Air sup ini kaya dengan glycine. Kalau disimpan di freezer mampu bertahan 6 bulan.

Cuba dan rasai perbezaannya.

Guna Lebihan Tulang Buat ‘Bone Broth’, Sumber Kolagen Untuk Awet Muda. Dr Rizal Kongsikan Caranya!

Sumber: Dr Rizal Abu Bakar

 

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI