Guna 2 Bahan Dapur Je, Rahsia Wanita Ini Miliki Wajah Flawless & Glowing Seperti Rawatan Di Spa

Share

Untuk tampil berkulit cantik tidak perlukan penggunaan produk mahal. Sebaliknya memilih bahan dapur juga boleh membuatkan wajah lebih halus, flawless dan awet muda seperti membuat rawatan di sapa.

Seperti perkongsian wanita ini Che Mira Kimora di laman sosial Facebook beberapa tahun lalu yang viral.

Petuanya masih relevan dan boleh dijadikan panduan bagi yang mahu menjaga wajah cara lebih selamat.

Melakukan amalan ini 2 hingga 3 kali seminggu dan boleh dilakukan hanya di rumah saja. Tidak perlu berbelana mahal sebaliknya bahan dapur ini pastinya sentiasa ada di rumah.

TIPS KULIT WAJAH BERSIH BERSINAR SEPERTI RAWATAN FACIAL BERNILAI RM250 !!

Amalkan cara yang paling mudah ini untuk kulit nampak bersinar, bersih dan berseri-seri. Kulit muka flawless dan menghilangkan flek-flek hitam pada wajah.

KHASIAT HALIA & CUKA PADA WAJAH

1 cawan cuka

2 ketul halia (bersih dikupas)

Sediakan 1 bekas kaca

1 mangkuk kecil ais cube

Bahan- bahan dapur jer..
Hiris halia nipis.

Rahsia saya dan cara-cara untuk menjaga kulit sentiasa nampak flawless dan awet muda.

Gosok kepingan halia yang sudah diperap dengan air cuka selama 10minit secara perlahan-lahan di permukaan kulit. Selepas itu bilas dengan air dan ambik ais cube,gosok di seluruh bahagian muka.

Selepas kejadian tenyeh kat muka 2 keping pun dah cukup,jimat.

Halia dan cuka yang telah diperap simpan di dalam peti ais supaya tahan lama. Tahan sehingga 3 minggu.!

Simpan dalam peti ais. Ada masa tenyeh jer kat muka jeragat memang seram nak naik.

Manfaat cuka :

1. Mengecutkan jerawat

2. Zat anti aging

3. Mengurangkan bintik-bintik penuaan

4. Menghilangkan racun dari wajah anda

Kulit muka yang  bersih mulus tanpa sedikit pun flek hitam timbul. Jeragat pun seram nak membiak. Paling penting menaikkan seri wajah.

Semua amalan ini saya memang amalkan setiap minggu 2-3 kali seminggu. Senang dan ringkas untuk saya yang mempunyai anak ramai. Nak pergi spa memang tak sempat. Konsisten amalkan akan dapat kesan yang sangat- sangat mulus.

Dulu tak la macam berlian kulit muka tapi sekarang kalah berlian. Kena rajin tau korang, nak kulit cantik kena gigih.
Kulit muka bak cahaya bulan bersinar-sinar. Kulit baru lepas apply halia yang di rendam dengan air cuka. Lepas 2 ambik ais cube gosok satu muka. Ini lah hasilnya.

Sistur

Che Mira (Kimora)

#SHAREUNTUKKAUMHAWA

#SELAMATMENCUBA

Artikel Berkaitan:

Lagi Produk Kosmetik Bahaya Dikesan, Boleh Sebabkan Kerosakan Muka & Buah Pinggang

3 Hari Mata Alami Bengkak & Gatal Teruk, Gadis Menyesal Pakai Contact Lens Murah

Rupanya Bakteria Di Telefon Lebih Banyak Dari Mangkuk Tandas, Doktor Kongsi Fakta Kesihatan Menarik

Published by
Siti Zurina Mat Saman