Ratu rock, Ella Aminuddin baru-baru ini dengan mengejutkan ramai apabila memaklumkan sedang mengerjakan ibadah haji.
Ella Aminuddin Bergelar Hajah
Perkongsian itu membuatkan ramai teruja dan mendoakan yang terbaik buat penyanyi tersebut.
Tidak kurang juga yang memuji penampilan Ella di Tanah Suci kerana dikatakan kelihatan muda daripada usia sebenar.
“Macam orang muda Ella di Tanah Suci. Cantik.
“Alhamdulillah, berseri-seri hajah Ella.
Ads
“Tahu-tahu sudah bergelar hajah. Semoga dapat haji mabrur,” komen netizen.
Difahamkan, pelantun lagu Retak itu menunaikan haji bersama suami tercinta, Azhar Ghazali.
Jaga Kecantikan Dan Kesihatan
Ads
Penyanyi kelahiran Gelugor, Pulau Pinang itu berkata, sebagai artis, beliau sangat menitikberatkan soal penjagaan kesihatan dan kecantikan untuk memastikan dirinya sentiasa sihat, bertenaga dan berkeyakinan.
“Kalau tanya penjagaan diri Ella dari pelbagai aspek, jawapannya mudah sahaja. Ella hanya mengamalkan gaya hidup sihat dan sentiasa berfikiran positif.
“Ella banyak mengambil makanan sihat, nasi dan sayur-sayuran hijau sebagai amalan pemakanan sihat. Untuk amalan kecergasan pula, Ella mengamalkan yoga dan akan pergi ke pusat kecergasan untuk melakukan senaman.
Ads
“Paling penting, minum banyak air yang mencukupi kerana ia sangat bagus untuk kesihatan dan juga kecantikan diri,” katanya lagi.
Menyentuh mengenai amalan kecantikannya, isteri kepada Azhar Ghazali itu berkata, untuk mengekalkan rupa paras agar tidak dimamah usia, beliau akui tidak mempunyai sebarang petua kecantikan khusus yang diamalkannya untuk kekal cantik.
“Petua kecantikan? Tidak ada. Ella hanya akan memastikan diri Ella sentiasa positif dan gembira untuk terus kelihatan awet muda. Ella percaya dan yakin, apabila kita gembira, muka pasti akan nampak ceria dan tidak kelihatan tua,” katanya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun berhijab tetapi kita diingatkan supaya kekal menjaga rambut yang menjadi mahkota kecantikan setiap wanita.
Antara masalah yang sering berlaku adalah rambut mengalami keguguran dan berkelumumur.
Perkongsian Eka Farinna di Facebook memberitahu caranya mengatasi masalah ini dengan menggunana produk bersesuaian.
Serious Eka menyesal sebab lambat kenal produk ni. Ok ni Eka nak share kebaikan produk yang ohsem abad. Betul Eka tak kan share kalau benda ini tak bagus. Bukan senang Eka nak review tulis panjang-panjang ni. Anda ingat saya ada masa untuk benda ni semua? Bukan dapat payment pun. Hahaha Niat Eka nak share dengan kawan-kawan semua yang ada masalah sama.
Nak dijadikan cerita, dah hampir 5 tahun Eka menderita keguguran rambut yang agak teruk + berkelemumur tambah-tambah lepas bersalin anak pertama. Eka jadi stress dengan masalah rambut ni.
Dulu muka dah elok dari breakout, mai rambut gila hang setiap kali sikat rambut luruh banyak, sisir dengan tangan pun luruh, buka getah rambut pun penuh kat getah, bila bangun tidur tengok atas bantal pun banyak rambut gugur.
MasyaAllah itu tak kira lagi bila kita shampoo dan bilas-bilas rambut tu dia segenggam kat tangan penuh kat bilik air. Husband Eka pun naik stress & geram kat mana-mana ada rambut. Atas lantai, kain baju, kadang kat makanan pun ada.
Sumpah Eka memang tak boleh control. Campur dengan kelemumur punya la banyak jatuh yang putih-putih tu. Sampai dia tanya la isteri dia ni ada sakit cancer ka?? Eka dah cuba macam-macam jenis shampoo, conditioner & vitamin rambut tapi sama juga masalah tak selesai. Eka memang rambut panjang sampai pinggang bila luruh hari2 memang nampak makin nipis dah. Siap nampak botak sikit kat tengah. Oh tidak !!
Last-last sekali memang eka malas nak ambil tau dah pasal rambut ni. Eka hari-hari just sanggul tinggi macam itu saja sampai 1 tahap tak bersikat weh sebab takut luruh banyak lagi. Aku pun dah jadi macam ala-ala nenek kebayan lagi sebab dah tak boleh gerbang-gerbang rambut ala-ala wanita ayu gitu
Haha hampa jangan gelak, ingat lagi tahun lepas gara-gara tak jaga rambut, rambut jadi bersimpul tak boleh sikat + first time mai kutu kot mana pulak dah. Haru sungguh tak pasal-pasal beli ubat kutu kat farmasi pakai. Laki aku punya marah la sebab takut anak-anak berjangkit kutu pulak
Ok lepas kejadian itu Eka dah jumpa shampoo yang agak serasi dengan Eka. Gambar shampoo ada Eka share kat bawah lepas Eka dah buat research sikit2. Eka buat keputusan dah tak nak pakai dah shampoo yang ada bahan Parabens, Silicone & Sulphates (Dalam conditioner mmg akan ada banyak bahan tu sebab rambut kita jadi lembut & licin gila) antara penyebab rambut gugur, sebab akan buat kulit kepala kita jadi berminyak.
Shampoo yang bebas bahan ini semua kalau korang nak tau memang buih tak akan ada banyak & tak wangi sangat pun. So bila pakai shampoo ni jadi berkurang la sikit rambut gugur lebih ok dari sebelum tu memang banyak..memang nampak la kesan dia.
Tapi kan Eka macam biasa la agak susah hati sebab rambut dah tak lebat macam dulu lagi. Duk ingat tak sampai tua satgi rambut dah tak dak apa..Sampai la 3 bulan lepas, Eka ada jumpa kawan Eka di kelas duduk sebelah, dia free hair rambut elok tebal siap colour- gitu.
Tanya dia pakai apa kat rambut. Terus dia bagitau dia spray2 tonic hair Seborin ni saja kat kulit kepala. Sebab salun rambut yg dia pergi tu pun suggest pakai yg ni. Lagipun memang dari pengeluar brand famous produk rambut kan SCHWARZKOPZ Ini.
Tapi Eka mula macam tak percaya kat kawan ni sebab takut sembang ja lebih. Balik tu cepat-cepat search cari review. Rupanya aku ni ketinggalan la eh bab2 tonic rambut ni. Haha alhamdulillah semua review Eka jumpa semua positif kata bagus.
Memang sesuai sangat la macam kita yang berhijab ni suka berpeluh. Nak beli kat mana tonic ni?? Hanya ada jual kat Watson saja. Kat Guardian tanya dah memang tak jual. Tempat lain tak sure sebab ni import dari German.
Eka dah cuba selama 2 bulan lebih dah. Amazing woww dah tak ada rambut gugur lagi (gugur sehelai dua tu normal la) dah tak ada rambut kelumumur, dan anak rambut tumbuh dengan cepat & jayanya, lepas pakai ni uollss jangan risau rambut akan lebat gila.Then akan protect kulit kepala kita.
Ok cara nak guna boleh tengok kat gambar. Kalau rasa bermanfaat boleh share @ tag post ni dengan rakan2 yg mengalami masalah yang sama. Eka tak jual tau tonic ni. Boleh beli sendiri kat Watson tapi tak semua watson yang masuk tonic ni.
Rasanya watson yg besar2 saja. Ni pun Eka jenuh cari kat Watson belah seberang Penang semua cakap tak ada stok. Terima kasih sudi baca tulisan Eka panjang-panjang ini.
Guys, Seborin ni tonic tau! Bukan shampoo ya. Cara guna dia lepas guna shampoo dan selesai ja mandi, lap dengan tuala bagi kering sikit rambut. Ambil tonic ni spray ja kat kulit kepala urut la sikit2 dalam 1 minit then biarkan. Jangan bilas. Memang akan bau macam ubat sikit tapi kejap ja dalam 10 minit macam tu akan hilang . Bila spray kat kulit kepala tu rasa best je sejuk2 gitu meresap masuk. Bukan spray kat rambut ya tapi kat kulit kepala !! Kalau tak basah rambut boleh je spray2 sebelum nak tidur.
Korang boleh tuang dalam botol spray yang kecik tu boleh beli kat kedai Eco RM2 (dapat 2 botol) senang nak bawa ke mana-mana.
Seborin ini kalau yg original dia mesti ada tulisan German tau kat belakang sticker bahasa Inggeris tu. Harga dalam Rm51++ Botol besar (400ml). Quite Expensive tapi benda ni pakai sikit-sikit ja insyaa Allah tahan la dalam 6bulan untuk sebotol tu. Berbaloi la kan..silap-silap setahun pun boleh.
Ni Eka baru beli sebab nak cuba. Kalau yang botol kuning tadi tu lebih kepada untuk kelemumur + keguguran rambut. Tapi tonic yang ini lebih kuat sikit. Sebab ia berfungsi untuk pertumbuhan rambut dengan lebih cepat & lebat. Mempunyai extract halia untuk menguatkan akar rambut bagi mengelakkan rambut gugur.
Tapi yang ni kalau korang tak beli lagi pun tak apa. Memadai beli yang botol kuning tadi sebab yg ni tak ada fungsi untuk hilang kelemumur. Harga dalam Rm43++ (300ml). Sama juga cara dia spray2 aja kat kulit kepala !
Seborin hair tonic ni tak berminyak. Ia mengandungi extract root ginger dan Pro-Vitamin B5 bagi menguatkan akar rambut dan menyihatkan kulit kepala kita. Ada setengah salun rambut memang guna tonic ni.
Ini shampoo yang Eka guna selama ni “Botaneco Garden” yang variasi Hair Fall Control. Dekat Guardian ada jual. Kat Watson Eka cari tak pernah jumpa. Harga promosi dalam RM14++ Kat atas tu dia ada mention Free From Paraben, Silicon & Sulphates.
Shampoo ni mengandungi 100% oil seperti organic Babbasu Oil, Boabab Oil, Chufa Oil & Sunflower Oil untuk melembapkan rambut kita. Bau dia kadang-kadang rasa macam bau alam flora herba2 pun ada . Ni product local made in Malaysia.
Sebelum jumpa Tonic Seborin tu Eka just pakai shampoo yang ini saja.
Ni kadang-kadang Eka jemu pakai shampoo Botaneco Garden tadi, Eka tukar-tukar pakai shampoo yang ni. Moist Diane made in Japan. Bau dia lembut ja. Ni pun sama No paraben, silicon & sulphate. Mengandungi organic argan oil untuk memelihara rambut kita. Tapi mahal sikit harga dia Rm31. Mungkin sebab dari Japan
Selain dua shampoo ni, mungkin korang boleh cuba juga shampoo Himalaya. Eka pernah beli juga sebelum ni tapi tak ingat nak ambil gambar. Ramai yang bagi feedback positif.
Ni korang boleh beli juga kat website Watson tapi kadang2 Low in Stock @ Out of Stock. Mungkin ramai yang beli sebab stock dia terhad ja.
Shampoo ni ada sekali dengan Treatment dia tapi Eka tak beli pun sebab bukan jenis yg rajin sangat nak pakai banyak-banyak. Eka ambil yang variasi Revitalises Scalp & Strengthens Hair botol colour pink ni. Sebab dia ada beberapa colour botol yang lain ikut masalah rambut tu sendiri.
Ini yang last Eka pakai Hair Vitamin brand Ellips boleh beli kat Watson @ Guardian. Eka pakai ni seminggu 1 @ 2 kali saja kat rambut. Tapi lupa harga berapa tah 1 kotak ni dalam RM10++ kot
Anda tahu tak cara nak guna foundation balm? Katanya cara ini sesuai untuk orang yang tak suka mekap sangat tapi lebih mudah dan memberi hasil solekan semula jadi.
Jadi kalau anda nak cepat keluar ke mana-mana, guna saja tip ini. Senang tapi berseri-seri.
Baiklah, bedak asas jenis balm ini dicipta seperti krim lembut dan kemudian akan meninggalkan kesan seperti memakai bedak alas. Ia mampu melitupi cela wajah secara sederhana dan dapat meninggalkan kesan kulit lebih halus (tidak bercapuk).
Sama seperti jenis foundation yang lain. Kamu boleh memilih foundation balm mengikut kulit, tona dan finishing.
Boleh guna jari! Atau untuk hasil foundation yang sempurna seakan-akan kulit anda boleh guna berus jenis flat-brush. Sapu keseluruhan wajah secara satu arah ke atas.
Kalau kamu ingin tutup cela seperti tompok gelap hiperpigmentasi atau parut jerawat. Tambah produk ke atas kawasan bermasalah. Kemudian ‘dab dab’ sehingga foundation sekata.
Hah, kalau anda cuba, boleh cuba jenama KVD Beauty Good Apple Skin-Perfecting Foundation Balm.Foundation ini diformulasi matte untuk mereka kulit berminyak dan kombinasi. Malah dengan ekstrak epal untuk membantu menyuburkan kulit.
Owh ya, jangan risau foundation ini non-comedogenic, jenis tidak menyumbat pori-pori.
Senyuman pengacara, Dayah Bakar cukup mempersonakan apatah lagi melihat kulitnya yang begitu cantik dengan penampilan bertudung.
Namun semua orang akan ada fasa tertentu sebelum mendapat kepuasan dalam kecantikan kulitnya yang membuatkannya maintain pakai produk tertentu.
Begitulah juga yang dilalui oleh wanita yang aktif dalam bidang pengacaraan ini, kulitnya pernah ada beberapa masalah sebelum nampak mulus dan sihat seperti hari ini.
“Jujurnya bila bercakap mengenai skin breakdown. Tipu lah kalau kata tiada, meskipun nampak flawless dan saya tidak mempunyai masalah kulit serius seperti jerawat. Tapi saya punya muka, jenis yang cepat kering, mudah terbakar (Sunburn) dan berjelaga (tiny bumps). Lagi tak best apabila kulit saya akan ambil masa yang lama untuk dia recover semula,” ujar Dayah Bakar.
Tambahnya lagi, antara amalan yang dilakukan apabila mukanya berjelaga atau sedang mengalami fasa terbakar (sunburn) Dayah Bakar akan merehatkan mukanya daripada mengenakan sebarang solekan yang tebal agar kulit dapat bernafas dan kembali seperti sediakala.
“Jadi apa yang saya selalu amalkan, adalah cuba rehatkan muka daripada ‘heavy make-up’ setiap kali saya tiada kerja, sebab kalau kerja kita memang tak boleh nak elakkan,” jelasnya.
Selain mengelakkan muka mengenakan solekan yang tebal, Dayah Bakar juga mendedahkan bahawa dia akan memakai Aloevera gel pada wajah. Tapi tip yang paling penting tanpa perlu mengeluarkan kos adalah seperti berikut.
“Lepas tu saya akan selalu pakai Aloevera gel daripada Wardah dan juga minum banyak air, sebenarnya Air kosong ini adalah tip kecantikan yang paling murah dan tidak memerlukan kos pun sebenarnya,” dedahnya.
Elakkan daripada terus ikut cadangan orang lain untuk menggunakan sembarangan produk kecantikan, itu paling anda kena jaga. Mungkin produk itu berkesan kepada sesetengah individu, tetapi tidak memberi kesan kepada kita.
Sebaiknya kita perlu memberikan masa yang sewajarnya untuk kulit sembuh, tanpa menggunakan terlalu banyak produk yang kita tidak tahu kemampuannya untuk menyembuhkan masalah kulit yang kita hadapi.
“For you to recover your skin and bagi saya satu lagi jangan mudah terpedaya dengan dakyah ‘yang ini elok, yang itu elok’ dan melompat-lompat produk.
“Kalau cuba sesuatu produk tu, ambil waktu lama sedikit, lagi-lagi kita nak bagi peluang dekat kulit kita untuk bernafas kan. Jadi itu je rutin yang saya amalkan,” katanya.
Agak disiplin juga Dayah Bakar dalam bab menjaga kulit wajah ya, jadi selepas ini anda pun boleh ikut tip cantiknya untuk bebas daripada sebarang cela. Paling penting, konsisten!