Sesekali anda kena detoks guna lemon dan air panas untuk buat kulit wajah bernafas dan bersih tanpa cela. Bukan susah pun, cukup dua bahan yang ada di dapur.
Detoks Guna Lemon Dan Air Panas. Rajin Buat, Kulit Jadi Flawless!
Caranya mudah sahaja dan boleh dilakukan sendiri di rumah. Hanya dengan menggunakan dua bahan iaitu lemon dan air panas, hasilnya kulit bersih tanpa jerawat dan jeragat.
Amalkan detoks kulit wajah untuk mematikan dan mengeluarkan kotoran dari liang roma. Sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah jerawat tidak kiralah jerawat batu, jerawat pasir atau apa-apa sahaja jenis jerawat, semuanya sesuai. Hasilnya kulit wajah kembali licin.
Ads
Bahan-bahan yang diperlukan:
Hanya perlukan dua bahan sahaja. Air panas dan lemon.
Ads
Lakukan dua minggu sekali atau bergantung kepada masalah jerawat dan jeragat yang anda alami.
Ads
Selepas detoks, ambil kiub ais dan tonyoh pada kulit wajah. Buat seccara perlahan-lahan. Ais berfungsi untuk menutup kembali liang-liang roma yang terbuka semasa proses wap dilakukan.
Hanya perlu konsisten sahaja, selepas itu boleh tengok hasil kulit anda yang semakin halus, lemmbut dan berseri. Tiada lagi jerawat dan jeragat. Paling penting anda perlulah rajin melakukan amalan ini, barulah ia memberikan hasil seperti yang diinginkan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang-kadang kita seperti diserang sakit perut yang berpunca daripada gangguan penceraan atau masalah lain membabitkan organ dalaman badan.
Antaranya seperti pedih ulu hati, kembung perut atau mengalami kekejangan secara tiba-tiba.
Keadaan ini menyebabkan kita terpaksa makan ubat jika sakitnya berterusan tanpa henti.
Tetapi sebenarnya sakit ini juga boleh sembuh dengan sendiri tanpa perlu konsumsi sebarang ubat, ada juga yang memerlukan rawatan atau perubatan susulan.
Merujuk kepada Medical News Today, gejala sakit perut yang biasa perlu dirawat dengan cara mudah seperti;
Apabila sakit perut menyerang, elakkan berbaring selama beberapa jam sehingga sakitnya berkurangan.
Ubah posisi badan seperti merangkak di atas katil atau sofa selama 10 saat, kemudian hembus nafas dalam keadaan terkawal sambil kepala diturunkan sedikit.
Jika dalam keadaan berbaring, ia akan membuatkan asid perut bergerak ke belakang dan ke atas serta mencetuskan tindak balas pedih ulu hati atau sakit perut.
Walau bagaimanapun, posisi merangkak dikatakan mampu merawat perut kembung sekali gus melancarkan penghadaman.
Air merupakan alternatif yang boleh mencerna segala jenis kandungan dalam usus dan menyerap nutrien daripada makanan dan minuman dengan cekap, malah membantu mnghilangkan sakit perut.
Selain itu, keadaan badan yang mengalami dehidrasi memberi kesan kepada penghadaman sehingga tidak optimum.
Apabila proses pencernaan terganggu, impak lain mula timbul sehingga meningkatkan risiko sakit perut yang berlebihan.
Menurut Health and Medicine Division (HMD), keperluan air harian wanita adalah sekitar 2.7 liter manakala lelaki ialah 3.7 liter.
Sakit perut juga boleh diatasi dengan mandian air suam sambil berendam atau lilit dengan beg pemanas.
Kedua-dua kaedah ini berkesan dalam membantu mengendurkan otot yang tegang dan melegakan simptom sakit perut.
Beg pemanas yang diisi air panas perlu diletakkan pada bahagian perut yang sakit sekurang-kurangnya 20 minit.
Sebagai langkah berjaga-jaga, gosok ia perlahan-lahan sehingga perut yang sakit benar-benar reda atau hilang.
Halia adalah ubat semulajadi yang dapat melegakan sakit perut dan rasa senak, khasiatnya juga sama seperti daun pudina dan mempunyai kesan mentol.
Ia juga mengandungi sebatian kimia iaitu gingerol dan shogaol yang memainkan peranan penting dalam meredakan sakit perut.
Manakala gabungan halia dan daun pudina yang dibancuh seperti teh, dipercayai berkesan untuk mengatasi kekejangan otot di bahagian usus seperti sakit perut.
Kebanyakan penyelidikan mendapati, daun pudina telah lama digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat gangguan pencernaan.
Makanan ini perlu dielakkan ketika mengalami sakit perut, seperti makanan pedas, berasid, berlemak, tinggi garam, bahan proses atau hidangan makanan yang berlebihan
Pastikan apa sahaja yang dimakan dikunyah sehingga ia benar-benar lembut supaya mudah untuk dihadam.
Makanan atau minuman alternatif yang selamat dikonsumsi ialah teh halia, pisang, betik dan yang mengandungi probiotik.
Namun perlu ambil perhatian, apabila gejala sakit perut melebihi tempoh 24 jam, segeralah berjumpa pakar untuk mengelakkan kesan sampingan.
Oleh kerana tidak tahan dengan kata-kata kejian yang diterima daripada orang sekeliling menyebabkan wanita ini nekad untuk berubah.
Apatah lagi apabila anak sendiri turut terlepas cakap mengatakan dirinya gemuk membuatkan dia berazam untuk cuba berdiet tanpa ilmu.
Namun cubaan ini tidak begitu berjaya keraa penurunan kurang dan statik. Walau bagaimanapun bagi Maidatul Mas tidak berputus asa dan terus mencuba.
Akhirnya setelah hampir 8 buan diet, dia berjaya mengurangkan sebanyak 29 kg berbanding berat asal tanpa pengambilan produk dan senaman.
“Pada awal bulan 1 Mas masuk kelas nak ubah badan (NUB )& kelas advance ubah mindset (AIK) denganCoach Izi Yahya (Vistafitt).
“Mas bersyukur sangat sebab dapat masuk kelas Coach Coach Izi Yahya (Vistafitt). Kelas inimemang terbaik walaupun mas tidak bersenam Mas mampu kurus dengan ilmu Coach.
“Selepas 4 bulan kebetulan raya puasa Mas dapat keputusan yang pertama 52.2kg. Dengan keputusan yang Mas dapat, buat Mas lagi bersemangat untuk kurus cantik & sihat.
“Mas terus kena bersemangat untuk turunkan berat Mas sehingga dapat berat badan yang sekarang 46.7kg (BMI 20.2),” ujarnya yang berjaya membuka mata orang lain yang sebelum ini mengejeknya.
“Mas berjaya buka mata orang yang kata dekat Mas. Dan sekarang Mas dah menjadi inspirasi kepada ramai sahabat dan kawan-kawan untuk tampil kurus cantik & sihat.
“Mas tiada istilah putus asa dalam perjalanan diet Mas. Memang sentiasa bersemangat untuk capai target Mas.
“Mas memang tak sempat nak bersenam sebab mengasuh dua orang baby. Malam pula sibuk buat buat roti dan karipap pusing frozen untuk berniaga.
“Tapi dengan ilmu yang Coach ajar & ilmu mindset yang betul Mas mampu displin & dapat capai berat impian,” katanya lagi.
Tambah Mas, dia memang tidak mengamalkan workout tetapi hanya mementingkan pengambilan makanan ikut cara diajar Coach. Dia juga turut diajar makan menu yang disukai tetapi mengikut cara serta ilmu diberitahu Coach.
“Misalnya, Mas makan 3 sudu nasi dengan ayam masak merah 1 ketul bahagiandada, sayur bergoreng suku dan ulam bersama sambal belacan.
“Tidak perlu masakan kurus atau panggang. Makan apa yang kita suka tetapi ikut portion betul,” jelasnya yang mempunyai ketinggian 152 cm ini.
Baginya kejayaan dicapai beri inspirasi dan semangat pada semua orang yang nak kurus. Dia belajar ilmu diet dengan cara yang betul tanpa pengambilan ubat-ubatan dan tanpa senaman.
Menurutnya setelah hampir 8 bulan lakukan diet, berat terkininya adalah 46 dan sudah mencapai target BMI19.9.
Mengikut kata Coach, BMI 19 ini diumpamakan badan sudah tidak ada lemak dan ala-ala tubuh ideal bagi seorang model.
Sarapan pagi Wrap. Atau kekacang
Snacking Buahan atau kekacang
Makan tengah hari Nasi 3 sudu + dada ayam kari 1ketul + sayur sawi + sambal belacan
Snacking Buahan atau kekacang
Makan malam Sama dengan menu tengah hari cuma tanpa karbo
Penggunaan kanta lekap menjadi pilihan bagi mereka yang tidak mahu memakai kaca mata.
Namun begitu sebagai penguna yang baru mencuba memakai kanta lekap, ada beberapa perkara perlu diambil kira.
Menurut Perunding Optometris Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Bariah Mohd Ali berkata, tidak semua orang sesuai menggunakan kanta lekap.
Tambahnya antara golongan yang tidak sesuai menggunakan kanta lekap ialah mereka yang mempunyai penyakit okular misalnya glaukoma/katarak/mata kering/infeksi kornea dan sebagainya.
Malah dikatakan dua pertiga daripada pemakai kanta lekap adalah golongan wanita yang rata-rata berusia lingkungan 31 tahun.
Di Malaysia pula, dianggarkan lebih dua juta penduduk memakai kanta lekap (tujuh hingga lapan peratus).
– Bagi pengguna baru, anda tentu keliru bahagian dalam atau luar kanta lekap. Perbezaan mungkin tidak ketara tetapi pastikan ia kelihatan seperti separuh bola. Letakkan kanta lekap pada jari hingga terlihat bentuk yang dikatakan. Kemudian, bawa kanta dengan bahagian ‘dalam cawan’ menghadap mata anda. Jika kanta yang dipakai berbentuk U sempurna, bermakna itulah posisi betul.
– Sesetengah kanta lekap mempunyai tanda laser, misalnya jenama produk. Ini juga boleh membantu menentukan bahagian dalam atau luar kanta lekap.
– Pastikan anda membasuh tangan dengan sempurna sebelum memakai kanta lekap. Elak menggunakan sabun yang terlalu banyak kandungan pewangi, minyak atau produk yang mengandungi lanolin yang boleh melekat pada permukaan kanta lekap. Sesetengah doktor menasihatkan supaya memakai kanta lekap yang sama pada mata sama.
– Sentiasa pastikan anda mencuci tangan sebelum mengeluarkan kanta lekap. Jika anda berdiri di depan sinki, pastikan anda menggunakan tisu yang bersih untuk menutup lubang saluran sinki bagi mengelak kanta lekap terjatuh ke dalamnya.
– Untuk mengeluarkan kanta lekap, pandang atas atau sisi sambil menarik bahagian bawah mata. Dengan menggunakan jari, gerakkan kanta lekap secara perlahan-lahan dan berhati-hati ke bahagian putih mata anda. Dari situ, kepit kanta lekap perlahan-lahan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari dan keluarkan dari mata.
– Peringatan, jangan sesekali-kali berkongsi kanta lekap. Ini boleh mengundang padah pada mata anda.
– Jangan menukar jenama atau larutan penjagaan kanta lekap tanpa berbincang dengan optometris anda terlebih dulu.
– Jangan memakai kanta lekap melebihi tempoh dihadkan.
– Jangan tidur dengan memakai kanta lekap
– Buang larutan yang sudah diguna, jangan campur dengan larutan baru