Cipta Kelainan Pakai Pelitup Muka Bertatah Berlian. Penampilan Che Ta Di KLFA Curi Tumpuan Ramai!

Share

Pelakon Rozita Che Wan merupakan antara selebriti yang sentiasa tampil cantik kala menghadiri sebarang majlis rasmi.

Semalam sekali lagi dia yang dikenali dengan nama Che Ta tampil unik di majlis Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) 2021.

Dalam majlis itu, ahli perniagaan sensasi itu sanggup berfesyen dengan menutup mukanya dengan kain jaring atau ‘net’ yang ditinta dengan batu berlian berwarna perak sepanjang majlis berlangsung.

Che Ta  menyarung gaun moden rona hitam rekaan pereka berkenaan menggunakan fabrik jenis twill dijahit penuh dengan lebih 5000 butir batu berlian dan ‘chunky bead’. Baju bertatah berlianlah ibaratnya.

Gaun berharga RM50,000 itu dikatakan memakan masa selama sebulan untuk disiapkan kerana serba serbi ‘hand made’ atau jahitan tangan. Sarung tangan dan pelitup muka rona sama 

masing masing menggunakan ‘net’ juga bertatah berlian berwarna perak.

Ternyata kehadiran Che ta yang unik sebagai  ‘muse’ pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail untuk KLFA petang semalam  di sebuah hotel terkemuka tanah air telah mencuri tumpuan ramai.

Ironinya, ibu kepada tiga cahaya mata itu antara yang sentiasa menjaga penampilan dan bersolek cantik ketika berada di depan khalayak mahupun berkongsi kandungan gambar atau video di Instagram.

Tak kurang juga melihat gaya itu seperti melemaskan. Malah komen berbunyi tak lemas ke pakai macam itu juga kelihatan di ruangan komen media sosial kedua mereka.

Ada juga ramai terkejut kerana Che Ta yang selama ini selesa menunjukkan wajah bersolek buat kali pertama menutupi raut wajahnya ibarat Kim K Versi Muslimah.

Che Ta berkata, dia bersetuju untuk menjadi ‘muse’ atau ‘plus one’ (pasangan Ezuwan) kerana banyak sebab selain melihat ia satu pengalaman berbeza seiring dengan era pandemik menuju endemik ini.

“Kami memang berkawan baik. Malah saya rasa permintaannya untuk berfesyen macam ini bukan selalu atau seperti lazimnya. Jadi kenapa saya nak menolak. Ia satu kelainan.

“Lagipun pelitup muka itu menggunakan  kain jaring yang ada terang terang ada lubang atau ‘udara’. Memanglah saya boleh bernafas. Kalau guna kain yang bertutup semua tanpa ada ‘udara’, saya sendiri fikir banyak kali.  Barangkali semput juga saya jadinya.

“Cuma sedikit mencabar saya harus kekal dengan gaya sebegitu sepanjang majlis. Tetapi sesekali orang tak payah tengok muka kita dalam acara seumpama itu, why not. Telefon bimbit pun saya terpaksa abaikan ketika majlis berlangsung,” katanya yang turut menjadi penyampai trofi pada acara itu.

Ezuwan sebagai designer juga tak kalah dengan sut hitam berharga RM40,000 menggunakan fabrik broket dilengkapi 10,000 butir batu ‘chunky bead’ dan berlian jahitan tangan. Fabrik ‘net’ pelitup muka dan sarung tangan juga bertatah batu jenis sama.

Rata rata melihat penampilan Che Ta dan Ezuwan menutup seluruh tubuh termasuklah bahagian muka mereka saling tak tumpah seperti gaya selebriti Hollywood, Kim Kardashian dan Kanye West.

Sementara itu, Ezuwan yang sudah lapan tahun mengukuhkan jenama fesyennya percaya dan yakin Che Ta mampu ‘carry’ ilham dan imaginasi rekaannya pada acara yang turut mendapat kerjasama jenama Lexus itu.

Acara KLFA  yang berlangsung di Hotel Shangri La itu turut dihadiri lebih 80 orang pereka fesyen di samping selebriti ternama lain.

Kategori dipertandingkan dalam KLFA turut menyaksikan warga kreatif industri fesyen dihargai termasuklah pereka Alia Bastamam, jurusolek Khir Khalid serta ramai lagi.

Artikel Berkaitan:

Cantik & Kekal Langsing, Che Ta Dedah Rahsianya Amalkan Minum Jus Buahan Buat Sendiri

Tertelan Jarum Peniti Gara-Gara Nak Bersihkan Gigi. Doktor Pesan Elak Juga Kepit Di Mulut!

Kesan Toksin Sebabkan Kematian. Hati-Hati Pilih Cendawan, Elak Makan Yang Beracun!

Published by
Siti Zurina Mat Saman