Kecantikan

Cerahkan Kulit Cara Orang Lama, DIY Sendiri Di Rumah Pun Boleh!

Share

Kalau nak cerahkan kulit dengan cara selamat, anda boleh cuba petua ini. Cukup dan dua bahan di dapur sahaja, yang penting memang berkesan.

Orang dulu-dulu pun biasanya guna tip ini, tetapi kali ini Puan Maryam

cuba kongsikan buat anda yang mungkin tak pernah tahu cara ini.

Langkah-langkahn Cerahkan Kulit

1. Masukan tepung beras ke dalam mangkuk, letak 3 sudu, tetapi boleh ikut banyak mana anda nak pakai.

2. Ambil sebiji lemon dan potong, guna sebelah sahaja dah cukup.

3. Perahkan lemon ke dalam mangkuk yang telah diisi tepung beras tadi.

4. Kemudian Masukan air sedikit agar sebati.

5. Kacaukan sehingga betul-betul cair dan sebati, dapatkan texture yang pekat likat seperti dalam gambar.

6. Kemudian mula sapu pada bahagian celah yang gelap.

7. Tunggu sehingga betul-betul kering untuk mendapatkan hasil yang WOW!

8. Akhir sekali, boleh bilas dengan air biasa dan siap!

Senang dan jimat duit, nanti ada masa lapang anda boleh cuba di rumah juga. Tengok hasilnya sendiri bila rajin amal.

IKLAN