Siapa tidak kenal bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh yang tetap unggul di persada pentas lakonan antarabangsa.
Biarpun usianya sudah mencecah 60 tahun, namun bintang kesayangan ramai ini masih kekal jelita, aktif dan fit menjalani kehidupan seharian.
Malah beliau yang baru-baru ini menerima pencalonan Anugerah Gotham atas peranan utamanya dalam ‘Everything Everywhere All At Once’ yang mendapat pujian kritis.
Persembahannya cukup menggambarkan bakatnya dan disebabkan itu, Michelle Yeoh berdiri dalam kalangan tempat teratas untuk Oscars akan datang.
Inilah Amalan Michelle Yeoh
Pada usia 60 tahun, beliau terus melangkau sempadan tanpa henti dalam menentang stereotaip bahawa kita sudah terlambat untuk mencipta peristiwa penting dalam hidup disebabkan oleh usia yang semakin meningkat.
Rupa-rupanya rahsia Michelle Yeoh kekal jelita, sihat dan aktif ini disebabkan pengambilan nutrisi yang secukupnya, terutama pengambilan susu.
Bintang Hollywood ini mengambil minuman susu Anlene sejak 15 tahun lalu dan terus kekal menjalin kerjasama hebat.
“Pertama kali saya minum Anlene adalah lima belas tahun lalu, dan saya memilih untuk bekerjasama dengan jenama ini pada tahun 2008 kerana falsafah mereka menarik perhatian saya.
“Mereka percaya dalam membolehkan anda menjadi lebih kuat daripada umur agar boleh terus bergerak bebas dan menjalani kehidupan yang sihat walaupun usia meningkat.
“Jadi, saya juga mahu terus membawa kebaikan kepada kehidupan orang lain melalui Anlene,” katanya yang kembali dengan kempen bersama Anlene setelah lebih sedekad.
Michelle Yeoh bersedia memainkan peranannya sebagai duta jenama untuk kempen #PergerakanTanpaBatasan Anlene yang menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengatasi batasan fizikal dan mental dengan kekal aktif.
Kempen ini juga menumpukan tentang sumbangan penting yang kita boleh berikan kepada komuniti dan kehidupan kita sendiri, walaupun dalam peringkat kehidupan yang berbeza.
Untuk melawan stereotaip ini, Anlene menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai kempen #PergerakanTanpaBatasan. Ia juga bertujuan untuk mengajar kita tentang cara kita boleh bergerak dengan lebih bertenaga dan fleksibel, supaya kita dapat menjadi versi diri yang terbaik, walaupun setelah meningkat usia.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lama sangat berjemur tengah panas, hasilnya kulit terbakar macam udang kena bakar lah jadinya. Sebelum makin gelap, menggelupas, dan naik jeragat, anda boleh guna masker betik ini.
Hakikatnya, masalah kulit terbakar pun boleh buat stres bila tengok cermin. Eh, anak-anak yang pergi sekolah pun dah pandai mengadu dan minta produk nak elak kulit terbakar. Yang jadi mak-mak lah kena sediakan produk.
Lagi pun kalau lama sangat terdedah dengan cahaya matahari, ada risiko untuk kena kanser kulit.
Jadi selepas ini mak-mak bolehlah bagi anak dara cuba masker betik ini ya. Jimat!
Rawat Kulit Terbakar
Okay, masker ini selamat dan bebas bahan kimia. Guna sumber fiber buah dan boleh buat di rumah, yang penting cukupkan bahan dulu.
Bahan-bahan:
Betik ranum (lenyek)
1 sudu makan madu
Sedikit perahan jus lemon
1 sudu makan susu sejuk @ yogurt
Cara Buat Masker
Lenyekkan betik. Campur madu, jus lemon dan susu sejuk atau yogurt.
Kacau sampai jadi pes.
Letak pada muka selama 20 minit. Bilas dengan air sejuk.
Amal 3 kali seminggu. Kulit akan kembali ke asal.
Susu bantu cerahkan kulit. Yogurt ada lactic acid untuk brightening. Madu aktifkan kolagen.
Untuk elak pigmentasi serta halang jerawat tumbuh.
Betik ada anti-radang untuk kulit glowing. Lemon kaya anti oksida dan vitamin E.
Percepat proses kulit kembali ke warna asal.
Apa pun, jangan biasakan kulit berjemur tanpa pakai pelindung wajah ya. Lama-lama boleh naik jeragat dan rosak kulit wajah anda.
Petua ini salah satu usaha untuk hilangkan gelap wajah, tetapi jangan rasa selamat kalau anda memang sengaja tak mahu pakai sunscreen. Parah jadinya nanti.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau ada masalah maskara kering di rumah, jangan buang! Tetapi anda masih boleh guna dengan beberapa cara.
Biasanya maskara bukan habis ya, tetapi cepat kering jika salah gaya simpan dan jarang guna.
Jika berdepan masalah ini, maskara jangan dibuang sebaliknya boleh gunakan lima tip ini.
Rendam maskara yang kering dalam mug berisi air panas tapi bukanlah yang mendidih. Rendam selama lebih kurang lima minit dan lihat hasilnya.
Kebanyakan rumah mesti ada baby oil jadi titiskan minyak ini untuk mencairkan maskara. Letak dalam 1-2 titis kemudian goyangkan berus maskara. Elak meratakan minyak dengan cara mengepam berus maskara berulang kali.
Selain untuk merawat mata yang kering, ubat ini juga boleh mencairkan maskara yang sudah bergumpal. Letak beberapa titis ubat mata ini dalam maskara mengikut kadar kecairan yang dikehendaki.
Ini pula menggunakan bahan semula jadi. Tambahkan sedikit saja (hujung jari) gel lidah buaya dalam maskara yang kering. Putarkan maskara menggunakan kedua telapak tangan anda supaya gel tadi sebati dalam maskara.
Cara ini hanya sesuai digunakan untuk maskara yang kering dan bukan bergumpal. Letakkan Petroleum jelly pada maskara dalam ratakan menggunakan berus maskara.
Jangan mengepam berus maksara sebelum menggunakannya, ini akan menyebabkan udara masuk dan mengeringkan maskara. Sebaliknya goyangkan sikat maskara ke kiri atau kanan untuk sebelum menggunakannya.
Hah, selepas ini anda boleh semak maskara yang ada di rumah, kalau kering cepat-cepat cuba tip ini.
Sering sakit pinggang selepas seharian bekerja? Jangan biarkan ia melarat! Ketahui 3 regangan mudah yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja untuk melegakan kesakitan dan mengekalkan keselesaan tulang belakang anda.