Sebelum pakai, anda kena ambil tahu cara pilih shade foundation yang sesuai untuk kulit anda.
Seperti yang dikongsi oleh saudari Tira, betulkan cara baru lah wajah anda tak nampak ‘kelabu’ semasa pakai. Jom semak!
Ads
Tip Pilih Shade Foundation
1) Jangan pilih warna yang terlalu gelap supaya kulit muka tidak bercapuk dan kelabu.
2) Jangan pilih warna yang terlalu gelap supaya muka tak nampak kusam.
Ads
3) Pilih warna yang lebih kurang sama dengan kulit asal.
4) Pilih foundation yang matte supaya tahan lama.
5) Boleh cari satu tone lebih cerah supaya bila dah oxidize, tidak makin gelap.
Ads
Senang je kan? Nak cari foundation ni mula-mula memang susah sedikit tapi jangan risau, kalau ambil yang terang dari kulit asal masih boleh dipakai tau! Selamat mencari shade yang sesuai!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun kita boleh menikmati kopi segera 3 dalam 1, tetapi masih ada lagi yang masih suka menikmati kopi yang dikisar sendiri kerana rasa dan keharuman kopi itu sendiri.
Sebenarnya selepas membuat air kopi, hampasnya janganlah dibuang kerana mempunyai banyak kegunaan.
Bukan sahaja untuk bantuan tanaman, tetapi hampas kopi juga boleh membantu untuk mendapatkan kulit yang licin dan lembut.
Perkongsian Suhaili Baharuddin memberitahu kegunaan hampas kopi yang boleh dibuat masker untuk menghaluskan wajah.
Hampas kopi jangan dibuang. Ada banyak manfaat kita boleh gunakan dan konsepnya janganlah membazir.
Mula-mula kita belajar dulu beza kopi kampung dan kopi yang digrind dari kedai atau cafe.
Kopi kampung – kopi yang selalu kita minum dirumah atau kedai biasa atau mamak tu. Ia diproses dengan dipanggang sampai legam dan dicampurkan pula dengan marjerin, gula dan bahan-bahan lain untuk rasa umphhh.
Kopi grind – Ini biasanya di cafe-cafe yang kita tengok ada mesin gedabak canggih tekan suis tretttt keluar kopi tu. Ia tak dicampur dengan bahan-bahan lain. Memang solid biji kopi tu saja yang dipanggang. Kira pure beans la ni. Dah tentu ia lebih sihat.
Selalunya cafe-cafe ni akan buang hampasnya, tapi kalau kita berani dan tak segan boleh aje minta dari mereka. Masa aku minta dari cafe Zus minggu lepas, memang aku jumpa terus managernya dan explain.
Bagitahu yang starbucks memang dah lama packagingkan hampas kopi dan beri pada customer untuk dibuat baja. Jadi tak adalah istilah membazir terbuang sebab it will help the environment gitu.
Beliau bersetuju dan terimalah, Seguni hampas kopi depa beri weh.
Jangan lupa share post ni supaya ramai kawan-kawan kita boleh baca dan dapat manfaatnya okey?
1. Membantu Mengurangkan Risiko Mendapat Kanser
2. Membantu Mengurangkan Risiko Kemurungan
3. Membantu Meningkatkan Keupayaa Fizikal & Tenaga
Untuk kecilkan pori terbuka, anda kena rajin buat 3 rutin kecantikan. Apa yang best, makeup pun akan nampak lebih smooth dan glowing.
Pastikan ada set penjagaan ini dan boleh ikut tip cantik daripada Nadiah Ridzuan dengan konsisten pakai.
Kulit memerlukan kelembapan sepanjang hari. Apabila kulit tidak mencukupi kelembapan, minyak akan terhasil lebih banyak daripada yang diperlukan. Akibatnya, minyak akan memenuhi pori dan menjadikan size pori lebih besar dan ketara.
Dengan penggunaan moisturiser, minyak yang terhasil daripada kelenjar minyak akan terkawal.
Best moisturiser texture to reduce pores: water-based texture & oil-free.
Ramai yang sedar penggunaan Sunscreen akan melindungi kulit daripada jeragat, kulit kusam dan parut jerawat gelap. Tetapi, sebenarnya sunscreen juga mempunyai fungsi untuk mengekalkan pori dalam keadaan yang baik supaya tidak menjadi pori yang kelihatan besar.
Apabila kita menggunakan sunscreen, kulit akan terlindung daripada sinaran UV. Hasilnya, sel kolagen dan elastin kulit terjaga, tidak rosak dan tidak menjejaskan penampakan pori.
Kerap dengar about Exfoliator kan? Kulit kita mempunyai kitaran pembaruan sel kulit secara semula jadi iaitu purata mengambil masa 28hari. Tetapi, semakin meningkat usia, kitaran tersebut akan mengambil masa yang lebih lama, lebih daripada 28hari.
Apa yang terjadi apabila kitaran pembaharuan sel kulit menjadi semakin lama?
Semasa proses pembaharuan sel kulit, berlakukan sel kulit mati yang terkumpul di atas permukaan kulit. Sel kulit mati tak dapat dilihat dengan mata kasar, tapi ada tanda-tanda apabila sel kulit mati terlalu banyak diatas permukaan kulit kita.
Salah satu tanda sel kulit terkumpul dengan banyak adalah pori kita kelihatan besar kerana sel kulit mati telah tersumbat di dalam pori.
Jadi, untuk mengelakkan pori kelihatan besar dan ketara, kita boleh exfoliate wajah secara berkala 1-3kali seminggu.
Jika mempunyai masalah pori yang besar, boleh cuba ikuti 3 tips di atas dengan jadikan rutin setiap minggu.
Selamat bercantik-cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya orang guna pensel celak nak lebatkan kening yang tak begitu menyerlah, tetapi kali ini anda boleh cuba sapu minyak pula untuk naikkan seri bahagian mata.
Apa caranya?
Ini Cara Lebatkan Kening
Haa.. bagi yang suka jenis nampak kening lebat, anda tak perlu lukis tebal-tebal ya. Ada cara semula jadi yang boleh membuatkan bulu kening anda jadi lebat dan tebal.
1. Minyak kelapa
Minyak kelapa semakin popular digunakan bagi kecantikan terutamanya melebatkan rambut dan bulu kening.
Minyak ini juga kaya dengan protein serta nutrisi seperti vitamin E dan zat besi yang dapat melebatkan bulu kening selain menjadikan sihat. Jadi anda boleh sapu minyak ini pada kening setiap hari sebelum tidur atau waktu pagi sedang keluar ke mana-mana.
2. Tea Tree Oil
Sama juga dengan minyak kelapa, tea tree oil dipercayai boleh merangsang pertumbuhan dan ketebalan bulu kening dengan meningkatkan kesihatan sel dan folikel.
Untuk mendapatkan hasil yang ketara, sapukan tea tree oil pada bulu kening sebelum tidur dan biarkan semalam.
3. Minyak lavender
Minyak lavender yang disapu pada bulu kening dapat menguatkan akar bulu daripada gugur. Wangi tau minyak ini, nanti kesannya anda tidur pun lena sebab sifat minyak ini untuk tenangkan diri dan mudahkan lena.
4. Minyak zaitun
Minyak zaitun mengandungi vitamin A dan vitamin E yang dapat membantu pertumbuhan rambut. Vitamin E memberi nutrisi setiap helaian rambut, sementara vitamin A dapat merangsang penghasilan sebum, minyak semula jadi tubuh yang membantu pertumbuhan rambut.
Menyapu minyak zaitun sebagai cara menebalkan alis secara semula jadi boleh dilakukan setidaknya sekali sehari untuk melihat hasil yang maksimum dalam tempoh hanya seminggu.
Tak susah pun nak cantikkan kening tanpa main lukis-lukis, anda sapu sahaja minyak di atas ini ya. Semoga hasilnya dapat memuaskan anda!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!