Kecantikan

Cara Pakai Mask Dengan Betul, Barulah Berkesan Pada Kulit

Share

Ini cara pakai mask dengan betul sebenarnya, bukan main sapu dan biarkan beberapa minit kemudian terus basuh, ya.

Ada cara yang boleh buat clay mask yang dipakai engan hasilnya lebih berkesan pada kulit wajah. Barulah cantik!

Cara Pakai Mask Dengan Betul

Cuba perhatikan cara pakai mask dengan betul:

1. Menggunakan clay mask ketika wajah sudah bersih.

Saat menggunakan clay mask, pastikan wajah tidak menggunakan makeup atau sudah tidak ada sisa makeup diwajah.

2. Gunakan clay mask tidak terlalu nipis.

Elakkan menggunakan clay mask terlalu nipis dan tidak merata pada wajah.

3. Bilas clay mask dengan tuala kecil dan air hangat.

Usahakan bilas clay mask tidak hanya menggunakan air biasa dan tisu saja.

4. Bersihkan baki clay mask setelah dibilas.

Biasanya clay mask masih ada baki kotoran setelah dibilas sehingga tidak cukup hanya membilas saja. Gunakan kapas dan toner untuk membersihkan kotoran yang melekat.

Haaa.. cukup itu sahaja perkara  yang anda perhatikan saat menggunakan clay mask. Semoga bermanfaat buat anda yang ada masalah pori terbuka yang menggunakan mask untuk kecilkan.

IKLAN