Nak tak belajar buat skrub sendiri untuk hilangkan masalah bibir kering dan gelap? Kalau bibir terlampau kering, nak pakai lipstik pun kurang cantik dan tak selesa.
Tidak memerlukan bahan rumit, anda boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Norhakimah Hanafi ini.
Buat Skrub Bibir
Ada yang mengadu, katanya bibir kering. Kalau pakai lipmatte tak cantik. Jadi crack dan tak smooth.
Ya, itu normal. Bibir pun kena ada treatment dia sendiri. Paling senang, nak bibir cantik, lembab kena selalu skrub.
“Ala, nak kena beli lipscrub ke?”
Tak payah! Anda boleh buat sendiri, DIY dengan barang-barang sedia ada di dapur tu. Nak kena rajin saja. Rajin ke?
Nah, ini cara nak buat Lips scrub bagi yang rajin. Sangat sesuai diamalkan untuk yang ada bibir jenis kering, hitam dan menggelupas.
Ads
Haaa… selepas itu, nak pakai lipstik ke, lipmatte ke mesti bertambah gebu, licin je.
Pakai sekurangnya 2-3 kali seminggu atau paling rajin sebelum sapu apa-apa dekat bibir.
Bahan-bahannya:
1 Sudu gula putih/perang
1-2 titik Olive oil
1-2 titik Pewarna (Merah) OPTIONAL
1-2 titik Perasa (Vanila or Strawberi) Yang ini tak nak letak pun tak apa.
Cara-caranya:
1) Ambil 2 sudu gula kasar, masukkan ke dalam mangkuk.
2) Campurkan 1 sudu madu. Madu asli lagi bagus! Fungsi madu, membantu cerahkan bibir dan lembabkan bibir. Kacau rata.
Ads
3) Titikkan 1-2 Olive oil. Kacau rata. Fungsinya sama seperti madu. Lembab, merahkan bibir semula jadi.
3) Titikkan 1-2 perwarna. Boleh gunakan merah. Jangan terlalu banyak.
Ads
4) Kemudian, masukkan 1-2 titik perasa. Ikut selera lah nak perisa apa. Strawberi atau vanila ke. Kacau rata!
5) Siap! Boleh masukkan dalam bekas kecik comel yang ada penutup tau!
Cara Pakai:
Macam biasa lah, gosok perlahan dekat bibir mungil tu sehingga keluar kulit mati. Selepas itu, biarkan 2-3 minit dan bilas.
Tips:
Selepas guna, simpan dalam peti ais. Tahan 2-3 minggu. Bolehlah pakai 1 keluarga. Senang sangat, bukan?
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekarang ramai yang mula pakai retinol duntuk maintain bagi kulit cantik. Tetapi ramai yang tak tahu cara pakai dan akibatnya purging, plus ada yang salahkan produk itu sendiri.
Sebenarnya purging ini normal, tetapi jadi tak normal apabila purging teruk. Jadi pastikan anda tahu pemakaian Retinol especially untuk beginner.
Menurut perkongsian daripada Puan Zatynaz, pastikan anda tahu guna kaedah yang betul untuk hapuskan semula. Selepas itu hasilnya, no more purging!
Buat kaedah ‘dot’ pada kulit muka untuk anda yang baru cuba pakai. Cukup dengan jumlah yang sedikit.
Kemudian guna kaedah sandwich iaitu lapisan pelembap, retinol dan kembali sapu pelembap.
Owh ya, pastikan anda pakai retinol yang mengandungi 0.1% sahaja, ya! Buat anda yang baru cuba, jangan pakai lebih. Nanti risau purging tu muncul.
Selepas ini semua boleh cuba pakai retinol, tiada masalah pun kalau tahu caranya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau nak hilangkan kantung mata, anda kena rajin urut sekitar bahagian situ. Nak dibiar, akan nampak mata penat dan kurang cantik.
Malah akan nampak lebih berusia daripaa usia sebenar. Ini ada cara mudah dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah.
Hilangkan Masalah Kantung Mata
Nak guna produk pun boleh tetapi ini lebih kepada bahan jimat dan selamat. Jom tengok petua daripada Della Crystyna ini dulu…
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Timun
Ini cara lama, tapi anda wajib cuba ya! Potong sahaja timun dalam bentuk yang sesuai untuk diletakkan di mata. Selesa, orang Korea pun selalu buat petua ini.
2. Kapas
Dengan memasukkan kapas basah ke dalam bekas, ini boleh jadi alternatif jika di rumah tak ada ada Eye Mask. Owh ya, nak celup kapas dalam air perahan timun pun boleh dan kemudian letak di bahagian kantung mata beberapa minit.
3. Sudu
Semua orang ada sudu di rumah, jom lah cuba! Boleh letakkan sudu dalam bekas kiub ais untuk hasil yang lebih baik, kemudian tekan pada bahagian kantung mata secara perlahan-lahan. Jangan pandang remeh dengan hasilnya, ya.
Haa… antara tiga tip di atas, masa satu anda rasa okay untuk amalkan?
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali datang Tahun Baru Cina, pastinya buah limau Mandarin akan banyak dijual di pasaran.
Rasanya yang manis-manis masam menjadikan buahan ini menjadi popular dikalangan penggemarnya.
Namun yang menjadi persoalan adakah buah ini mempunyai bahan pengawet atau sebaliknya. Bagaimana pula caranya untuk elak daripada mengalami sakit tekak.
Menjawab persoalan itu, Pensyarah Kanan kimia, Universiti Teknologi Mara, Dr Fatimah Salim tampil di laman Facebook rasminya memberi pencerahan.
“Benar, kulit limau Mandarin mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2). Bahan kimia SO2 ini digunakan sebagai pengawet (dalam bentuk gas atau garam terbitan) pada buah limau Mandarin bertujuan mengekalkan kesegaran dengan mengelakkan kulitnya berubah keperangan juga menghalang pertumbuhan kulat,” katanya.
Namun, ujar beliau, jumlah SO2 yang digunakan adalah sedikit iaitu tidak melebihi dari dos yang dibenarkan (30 mg/kg) oleh badan bertanggungjawab antarabangsa.
“SO2 dalam kuantiti yang sedikit ini pada kulit limau tidak akan mendatangkan bahaya kerana badan kita mampu untuk detoks secara semula jadi. Ia selamat, sebab itu dibenarkan sebagai pengawet pada makanan,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Fatimah berkata, disebabkan buah berkenaan dijual murah pada musim perayaan, limau dimakan juga mungkin berlebihan.
Justeru, tidak hairanlah jika ada individu yang berasa sakit tekak, batuk, sakit dada atau mengalami kesukaran untuk bernafas.
Teknik Rendaman
Sebenarnya, selain bahan kimia pengawet SO2 digunakan pada buah limau Mandarin, ia juga digunakan dalam buah kering seperti kismis, prune, juga dalam minuman berkarbonat dan beralkohol.
Apa-apa produk makanan yang mengandungi bahan kimia SO2 wajib meletakkannya pada label sebagai panduan untuk individu yang sensitif.
Ini kerana mereka (individu yang sangat sensitif) kepada SO2 terutamanya yang mempunyai penyakit asma berpotensi berhadapan dengan masalah pernafasan kronik.
Cuma biasanya pada kotak limau Mandarin, tiada dilabel penggunaan bahan kimia SO2 ini.
Maka, cara mudah untuk membuangnya adalah mencuci terlebih dahulu buah limau Mandarin dengan air sebelum dimakan.
Ini kerana bahan kimia SO2 mudah larut air (H2O) membentuk bahan kimia asid sulfurus, sejenis asid lemah (SO2(g) + H2O(l) –> H2SO3(aq)), jelas pakar berkenaan.
Merendam seketika iaitu selama 10 minit dengan air garam atau baking soda diikuti dengan bilasan air bukan saja boleh membuang pengawet, malah saki baki racun perosak (pesticide) yang terdapat pada sayur atau buah lain juga dapat disingkirkan.
“Untuk individu yang kuat sistem daya tahan badannya, tiada masalah untuk kopek dan makan terus saja limau Mandarin ini. Di sinilah perlunya kita memerhati dan ambil tahu tindak balas badan sendiri terhadap apa juga jenis makanan yang dimakan.
“Ingat, tidak semestinya jika anda terkesan dengan SO2, orang lain juga akan mengalami kesan yang sama. Juga tidak semestinya anda yang tidak terkesan, menidakkan kesannya kepada individu sensitif lain. Usah pukul rata ya.
“Musim perayaan ini, berpada-padalah ya. Jika badan sudah mula memberikan maklumbalas, maka sedarlah. Ingat, apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!,” katanya.
Fakta Menarik Buah Limau Mandarin
Serentak dengan itu, Dr Fatimah berkongsi beberapa fakta menarik mengenai bahan kimia semula jadi yang terdapat dalam buah limau Mandarin:
i) Rasa manis isi limau disumbangkan oleh gula ringkas semula jadi seperti fruktosa, glukosa dan sukrosa. Rasa masam pula disumbangkan oleh bahan kimia bersifat asid terutamanya asid sitrik. Rasa manis dan masam ini perlu seimbang untuk memberikan rasa limau yang sedap dinikmati.
ii) Isi limau Mandarin kaya dengan serat, protein dan pelbagai jenis vitamin (A, B, C, E) serta mineral (kalsium, magnesium, phosporus, potassium). Ia juga kaya dengan fitokimia bersifat antioksida seperti flavonoids dan phenolic acids.
iii) Warna oren kekuningan limau Mandarin adalah disumbangkan oleh bahan kimia pigmen beta-cryptoxanthin.
iv) Bau limau Mandarin adalah disebabkan oleh bahan kimia meruap seperti thymol, dimethylanthranilate, gamma-terpinene dan beta-pinene yang terbebas semasa kulitnya dikupas.