Sesekali anda kena juga buang sel kulit mati untuk dapatkan kulit yang cerah dan lembap.
Seperti yang Puan Zuraida Mat Adam kongsikan, tip ini boleh dibuat sendiri di rumah dan kemudian terus guna skrub pada badan.
Skrub kopi ini tak susah pun nak buat, hanya guna 3 bahan sahaja. Tak payah membazir, boleh saja pakai serbuk kopi yang ada di dapur.
Anda juga boleh guna hampas kopi atau serbuk kopi baru. Ikut mana mana yang kalian suka guna.
1 cawan serbuk kopi
1 cawan gula perang – nak guna gula biasa pun boleh
1/2 cawan minyak zaiton
1. Campurkan semua bahan.
2. Gaulkan sebati.
3. Pastikan kopi tu tak berketul.
4. Simpan dalam peti sejuk. Keluarkan yang nak guna je.
Selamat mencuba buat anda yang suka dengan ilmu kecantikan cara jimat. Apa yang penting, buat berterusan sampai ada hasilnya.