Tiada yang mustahil bagi seseorang itu untuk mengamalkan diet dalam proses menurunkan berat badan walaupun ketika di bulan puasa.
Paling penting ada keinginan dan kesungguh agar misi mendapatkan berat ideal menjeLang Syawal tercapai.
Perkongsian wanita ini yang berjaya menurunkan berat 10 kg Ramadan lalu dengan mengamalkan cara ini.
Dalam sebuah posting di laman Facebook, Wani Mustafa telah berkongsikan menu makanan yang diamalkannya sepanjang bulan Ramadan bermula dari menu sahur, menu berbuka, termasuklah sekali dengan menu moreh di samping tips-tips lain yang membantunya mengurangkan berat badan.
Usaha yang dilakukan Wani itu sebenarnya bertujuan supaya membolehkan dia memakai pakaian yang diinginkannya menjelang hari lebaran.
Tips Diet di Bulan Ramadhan:
Wani berjaya turunkan berat 10KG tahun lepas dan tahun ni wani nak turunkan lagi 4KG. raya nanti boleh la pakai kebaya merah size xs.
Ads
So Wani nak share tips dan cara Wani diet sepanjang bulan puasa ni:
Sahur (untuk sahur kena ambil carbo utk bekalkan tenaga seharian).
1. Boleh makan roti wholemeal, untuk roti wholemeal ini boleh makan dengan telur hancur ke ikut kreativiti masing-masing. 2. Ambil segenggam nasi biasa atau paling bagus untuk diet BROWN RICE. 3. Kurma rendam dalam air sebelum tidur dan makan masa sahur. 4. Biasanya Wani ambil 3 roti wholemeal cicah dengan Mila Coklat Slym, itu je
Kenyang sampai berbuka. Sebab dalam Mila Coklat Slym ada rolled oat, badam, kurma so dah cukup bagi rasa kenyang dan bekalkan tenaga seharian Wani. Kalori dalam Mila Coklat 110 kalori sahaja tapi kenyang macam makan nasi 200 kalori. Tapi kalau jenis kena makan nasi boleh ambil nasi takda masalah.
Waktu Berbuka Puasa
1. Minum segelas air masak dan makan kurma (sunnah guys kena ikut pahala lebih). 2. Wani akan minum secawan Mila Coklat supaya Wani rasa kenyang jadi nafsu nak makan itu ini dah berkurang. 3. Makan nasi segenggam, lebihkan sayur (ini memang letak banyak) ikan atau ayam. Better masak sendiri lauk-lauk ini dari beli dekat bazaar sebab bila masak sendiri lebih healthy dan rendah kalori. 4. TAK MINUM AIR MANIS LANGSUNG. Sebab ini la punca berat badan susah turun. 5. TAK AMBIL AIS LANGSUNG. Kalau nak minum sejuk-sejuk letak la dalam peti ais. 6. TAK MAKAN KUIH MUIH yang manis itu. Benda-benda manis semua Wani elakkan kecuali kurma je Wani ambil.
Ads
Moreh (biasanya lepas teraweh akan rasa lapar jadi perlu ada moreh kan?)
1. Boleh makan roti wholemeal letak peanut butter 2. Makan buah-buahan. Buah favourite Wani adalah tembikai dan limau 3. Minum teh detox (takda gula guys, apa-apa jenama pun takpe) 4. Atau boleh ratah lauk-lauk berbuka tadi tapi ratah lauk means ikan ayam je bukan ratah sekali kuah-kuahnya okey.
Biasanya Wani memang tak makan dah lepas berbuka sebab memang kenyang. Tapi Wani nak bagi tips juga untuk rujukan lain kot lepas terawih lapar kan?
Kalau larat korang exercise 20/30 minit setiap hari. Atau boleh gantikan exercise dengan kemas rumah asalkan berpeluh ye.
Okey itu je. Kalau ada apa2 soalan boleh tanya nanti wani jawab ye.
Kesibukan bekerja menyebabkan ada antara kita lebih gemar memilih untuk makan di luar. Tidak salah cara ini kerana lebih memudahkan dan menjimatkan masa.
Namun ada kalanya jika tersilap langkah menyebabkan kita akan mengalami keracunan makanan.
Tahukah kita apa penyebab sebenarnya keracunan makanan ini. Adakah disebakan pencemaran makanan yang terdedah atau makan menggunakan tangan kotor selain makana sudah tamat tempoh.
Tetapi sebenarnya terdapat enam makanan tertentu yang boleh meningkatkan risiko keracunan makanan korang.
1. Telur mentah
Telur mentah sering terdedah kepada pencemaran yang disebabkan oleh bakteria salmonella. Cara untuk mencegah keracunan ini adalah dengan mencuci telur sebelum dimasak dan memastikan ia masak sepenuhnya. Ibu yang mengandung harus mengelakkan daripada memakan telur separuh masak.
2. Sayuran
Sayuran hijau seperti buncis, salad, sawi, bayam atau sayur-sayuran lain merupakan sajian yang baik dan menyihatkan. Tetapi tanpa anda sedari sayuran seperti ini juga berpotensi menjadi penyebab keracunan makanan.
Ini kerana sayur mudah tercemar dengan kotoran yang terdapat pada tanah. Penggunaan pisau yang sama dengan daging mentah juga boleh menyebabkan pencemaran silang. Jadi berhati-hati.
3. Tuna
Ikan seperti tuna juga boleh meningkatkan risiko keracunan apabila ia sudah tercemar dengan scombrotoxin. Masalah ini boleh menyebabkan korang berasa sakit kepala, kekejangan dan kemerahan pada seluruh badan.
Kaedah penyimpanan ikan tuna yang tidak betul atau disimpan pada tempat yang melebihi suhu 60 ℃ akan menyebabkan racun keluar daripada ikan. Bahaya!
4. Daging merah
Hidangan daging yang tidak dimasak sempurna seperti daging mentah mengandungi racun daripada pencemaran bakteria E.coli. Cara terbaik untuk mencegah keracunan disebabkan oleh daging adalah dengan memastikan ia dimasak dengan sempurna.
5. Tiram
Makanan laut daripada jenis kerang-kerangan boleh menjadi punca keracunan makanan. Tiram merupakan antara makanan yang boleh menjadi punca keracunan disebabkan pencemaran virus dan bakteria berbahaya daripada air yang tersimpan di
dalamnya.
Bahkan cara pengendalian tiram yang salah sebelum dan saat dimasak juga meningkatkan risiko keracunan. Tiram mentah biasanya mengandungi racun vibrio vulnificus dan ia boleh memberikan reaksi alahan teruk seperti muntah, cirit-birit dan mual berlebihan.
6. Kentang
Kentang yang disimpan terlalu lama berisiko terdedah kepada pencemaran silang daripada Listeria, E.coli, Salmonella dan Shigella. Pencemaran ini boleh berlaku jika kentang disimpan bersama makanan lain seperti daging mentah.
Mungkin ada antara korang yang menganggap bahawa keracunan makanan adalah satu isu kecil tetapi hakikatnya mengalami masalah ini boleh mengganggu perjalanan tugasan harian.
Kebanyakan pesakit akan mengalami cirit-birit untuk beberapa hari sahaja dan ia akan baik dengan sendirinya.
Tetapi jika masalah tersebut berlaku lebih dari seminggu, ia mungkin menunjukkan jangkitan kuman yang berterusan, keradangan usus ataupun kanser usus.
Jika cirit-biritnya terlalu teruk, ia mungkin disebabkan jangkitan kuman yang serius, berjumpalah dengan doktor segera!
Setiap dari kita diuji dengan pelbagai dugaan. Ada yang diuji dengan penyakit kronik seperti kanser, jantung ataupun penyakit lain.
Namun tetap bersemangat untuk melawan penyakit yang ada demi untuk mahu menjalani gaya hidup lebih sihat.
Seperti perkongsian seorang wanita dari Sarawak, Chin dari Grup Facebook Malaysia Runner yang diuji dengan penyakit diabetes hingga kehilangan dua jari kaki di sebelah kiri.
Walau bagaimanapun tetapi berjuang melawan penyakit dideritai dengan mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti senaman seperti berları dan menjaga pemakanan.
Hasilnya berjaya menurunkan berat badan daripada 126 kg ke 68 kg. Ternyata kejayaan ini bagi dirinya amat membanggakan.
Ini kerana berjaya menggubah tanggapan orang ramai bahawa penghidap diabètes adalah insan lemah yang perlu bergantung pada ubat seumur hidup.
Ikuti perkongsiannya.
Pesakit Diabes Berjaya Kurus Lepas Amal Gaya Hidup Sihat
Hi semua. Saya Plain Didek atau Chin. Asal dari Sarawak, sekarang berkerja di Johor.
Saya bukan pelari yang hebat. Saya cuma mampu berlari, berjalan atau hiking sejauh 8-9km dalam masa 1 jam 30 minit. Atau jika kudrat dan tenaga masih ada, saya akan completekan sehingga 10km.
Dan saya berlari bukan untuk menjadi kurus. Tetapi saya berlari untuk melawan diabetes saya. Saya pesakit diabetes yang teruk dulu, 8-9 tahun tak terjaga. Makan minum sesuka hati tak terkawal walaupun hakikatnya saya merupakan pesakit kencing manis.
Sehingga akhirnya pada Februari 2019 saya diduga hebat. Jari kedua kaki retak akibat terlanggar sesuatu, dan ada melecet di bawah tapak kaki. Disebabkan diabetes tak terkawal, akhirnya kaki saya mengalami ray amputation pada jari kedua dan ke tiga. Sedih? Saya menangis dalam hati..
Saya mengubah gaya hidup selepas itu. Mula menjaga makan, Low Carb No Sugar. Dalam dua tahun saya mengalami perubahan berat badan yang ketara dari 124kg dan sekarang fluctuated di antara 68-70kg.
Dan setelah genap dua tahun berjuang, akhirnya ubat diabetes (Metformin) dihentikan oleh doktor. Saya kini hanya menjaga diabetes dengan penjagaan pemakanan yang berkesan dan jua senaman yang konsisten.
Walaupun ubat saya diberhentikan oleh doktor, tetapi saya tetap seorang pesakit diabetes. Makanya, untuk berlari, saya memerlukan tapak kasut atau insole kasut yang sesuai, yang dibuat khas oleh syarikat yang menguruskan kasut khas untuk orang seperti saya dengan pantauan ketat dari Jabatan Rehabilitasi Hospital Sultan Ismail.
Kesesuaian tapak kasut ini sangat penting bagi pesakit diabetes seperti saya untuk mengelakkan kaki melecet. Tambahan pula, kaki saya dah tak sempurna macam dulu. Saya tak mampu beli kasut mahal, sebab sepasang insole atau tapak kasut ini sahaja sudah berharga RM650.. Jadinya sekarang saya hanya menggunakan Kasut Kronos dengan insole yang ditempah khas ini.
Saya bukan berlari untuk kurus. Saya bukan berlari untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik. Tetapi saya berlari untuk melawan diabetes saya. Senaman dan penjagaan pemakanan yang berdisiplin sangat membantu dalam mengawal diabetes. Dan dalam proses menjaga makan dan juga bersenam, saya kehilangan banyak berat badan.
Saya takda ilmu pasal larian.. Pasal pecut-pecut. Pasal teknik bernafas. Langsung takda. Tapi jika korang nak tanya pasal diabetes, saya sedia membantu. Jangan tanya pasal SUPPLEMENT DIABETES, sebab saya tak percaya akan semua benda² supplement ni.
Terima kasih kerana membaca. Semoga semua kita sihat sentiasa.
Turut berkongsi bagaimana pesakit diabetes sepertinya melakukan aktiviti larian. Baginya tidak mudah kerana perlu ada persiapan seperti ada kaki yang sihat dan kasut bersesuaian.
Menjadi pelari bila disahkan sebagai pesakit diabetes juga tidak mudah. Dalam ni saya sangat mengagumi pelari-pelari yang hebat-hebat belaka, boleh berlari sejauh yang mereka mahu bahkan boleh menggunakan pelbagai jenis kasut atau jika sudah menamatkan larian, boleh meneguk minuman isotonik seperti 100 plus tanpa rasa bimbang bacaan gula akan mencanak naik
Keadaan ini berbeza bagi kami pesakit diabetes, atau ada di antara pelari-pelari di dalam ni yang mengalami diabetes tapi mungkin segan untuk meluahkan mengenai keadaan diri mereka, maka biar saya ceritakan serba sedikit bagaimana kaki pesakit diabetes ini melakukan persediaan sebelum berlari.
Bila kita sebut pasal larian, perkara pertama yang terbayang ialah kaki yang sihat dan kasut yang sesuai. Keadaan ni sangat penting bagi pesakit diabetes, kami perlu memilih kasut yang sesuai atau insole (tapak) kasut khas bagi mengurangkan lecetan atau blister pada kaki.
Pesakit diabetes ni sinonim dengan potong kaki, maka kami sangat berhati-hati bab kaki. Jika ada luka, ditambah bacaan gula tak cantik, ini sangat merisikokan kami kehilangan kaki.. Apatah lagi saya yang pernah mengalami kehilangan dua jari kaki akibat diabetes ni, struktur kaki dan berubah bentuk dan sudah pasti insole khas diperlukan untuk mengurangkan risiko kecederaan pada kaki..
Saya ingin bagi tips untuk pesakit diabetes dalam group ni (jika ada), agar menggunakan Vaseline untuk melicinkan celah-celah jari kaki atau tapak kaki bagi mengurangkan risiko melecet atau blister. Guna stokin yang sesuai juga. Pesakit diabetes, kebanyakkan saraf kaki dah rosak, jadi kami kehilangan deria rasa pada bahagian kaki.
Oleh atas sebab itu, saya nasihatkan pelari yang ada diabetes ni supaya memeriksa setiap celah jari kaki atau tapak kaki untuk mengesan jika ada terdapat sebarang luka lecetan atau blister. Sentiasa alert dengan keadaan kaki, jika ternampak sebarang luka atau perubahan pada kaki, sila bawa ke klinik dengan segera. Rawatan awal sangat penting untuk mengelakkan berdepan risiko kehilangan kaki.
Saya bukan pelari hebat. Bahkan 8km hari ni saya habiskan dalam masa 1jam 38minit. Seperti yang saya katakan, saya bukan berlari untuk menjadi kurus, atau mendapatkan bentuk badan yang cantik dan langsing. Saya berlari kerana saya sudah mengisytiharkan perang terhadap diabetes dan larian ini adalah salah satu cara saya menguatkan saf pertahanan saya agar lebih kuat melawan diabetes.
Saya degil, jika ada yang nak tahu..Sekarang saya masih seorang pesakit diabetes. Cuma diabetes sangat terkawal. Saya jaga diabetes dengan pemakanan dan senaman atau larian yang konsisten ja.
Apa yang orang cakap tak boleh, saya akan buat dan buktikan saya boleh. Saya ingin menukar persepsi dan perspektif orang di luar sana yang berpandangan pesakit diabetes biasanya berkeadaan lemah, selalu sakit dan kena makan ubat seumur hidup. Silap. Buktinya saya sentiasa cergas, mampu memberhentikan pengambilan ubat dan 100% menjaga diabetes dengan pemakanan dan senaman larian sahaja.
Ayuh kawan-kawan. Kuatkan semangat kita. Saya juga memohon tunjuk ajar dari sifu² otai dalam ni untuk memberikan bimbingan dan semangat agar saya dapat memperbaiki mutu larian saya agar lebih baik dan sentiasa stabil.
Plain Didek @ Chin.
-I Run To Fight My Diabetes-
** Gambar saat terlantar sebaik sahaja selesai ray amputation dua jari kaki. Saya down dua hari ja. Kemudian bangkit menyusun strategi melawan diabetes. Dan hari ni, saya mampu running, hiking dan walking sejauh 10-12 km.
Setelah kerajaan membenarkan perjalanan untuk mengerjakan umrah, ramai jemaah mengambil kesempatan untuk mengunjungi rumah Allah ini.
Jadi kesempatan yang ada memberi peluang untuk merasai beberapa makanan ‘rare’ di sana, antaranya hati unta.
Menurut perkongsian Dr Rizal Abu Bakar, hati unta mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Dia yang berada di sana berkesempatan menikmati sajian hati unta kerana kebaikan boleh memberi tenaga dan merawat kepada masalah batuk.
Ayuh, ikuti perkongsiannya.
Kelebihan Makan Hati Unta Ubati Batuk
Pagi semalam saya pergi breakfast kat luar. Di kawasan nama Al Adl di Makkah.
Kat sini ada satu kedai makanan rare. Kalau ikut sejarah dah lebih 60 tahun dah beroperasi.
Apa yang rare nya?
Kat sini ada jual breakfast kegemaran rakyat tempatan.Yang senior mungkin minat lebih berbanding yang muda.
Kedai ni buka dari pukul 7 sampai 11 pagi saja. Jual pun satu benda saja. Hati unta goreng.
Kopi atau teh pun tak jual. Hanya hati unta saja. Kedai sentiasa penuh
Hati unta pun digoreng kosong. Digoreng kurang dari 2 minit. Kalau lebih jadi getah scrap. Kena cun cun masa. Yang goreng tahu nak agak bila nak berhenti.
Hati unta ni dimakan dengan roti wholemeal. Roti dicicah dengan khal atau cuka dulu. Baru gabung dengan hati unta.
Rasulullah pernah bersabda, “Sebaik-baik hidangan makanan ialah khal (cuka). Ya Allah berkatilah cuka, sesungguhnya cuka itu makanan nabi-nabi terdahulu sebelum Aku dan jangan terputus cuka dalam suatu rumah.” – HR Muslim
Sedap rupanya bila cicah roti wholemeal ni dengan cuka. Dulu dok fikir macam manalah rasa roti makan dengan cuka. Sekarang dah tahu.
Ikut sunnah pula tu.
Pada yang datang Makkah nanti bolehlah cuba. Biasanya orang makan Hasyi – daging anak unta. Hati unta jarang. Kena try baru boleh tahu.
Nak tahu apa kelebihan hati unta? Hasil hasil dapati hati unta baik untuk:
1. Asthma
2. Beri tenaga
3. Rawatan kepada batuk
Dalam hati kaya dengan iron, copper, zinc, manganese dan cobalt. Vitamin penting yang tubuh perlukan. Glutathione pun lebih tinggi jika dibanding dengan lembu.
Apapun kena rasalah. Baru tahu. Rasa rasa ada bran tak?