Masalah brekaout tanpa henti di wajah akan menyebabkan seseorang itu rasa hilang keyakinan untuk keluar rumah.
Apatah lagi setelah mencuba pelbagai cara tetapi tidak berupaya mengembalikan kulit seperti sebelumnya.
Jangan risau, ini antara tip yang boleh dilakukan jika wajah terus breakout.
Jika muka sudah mula breakout lepas pakai sesuatu produk, anda dinasihatkan kena terus stop pakai produk dipakai sebelum ini! Takut kalau teruskan nanti jadi lagi teruk. Sebenarnya, anda kena patch test
dulu sebelum beli sesuatu produk untuk pastikan kesesuaiannya dengan kulit muka. Bagi mengelakkan wajah breakout teruk.Pastikan asas penjagaan wajah sudah betul-betul kukuh sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum muls pakai acids dan sebagainya. Ini bagi elak wajah terus breakout sebab muka masih tak boleh nak tolerate dengan acids. Ingat! Pakai saja ini cleanser-moisturizer-sunscreen!
Apabila muka mula breakout, kulit muka akan jadi lebih sensitif. Sebaiknya, anda belilah cleanser dengan kadar pH rendah supaya muka tak jadi lagi teruk. Contohnya, Simple Hydrating Facial Wash Gel dan juga Hada Labo Mild & Sensitive Skin Face Wash. Harga pun murah!
Bila muka start irritated, carilah produk yang ada soothing ingredients. Sebagai contoh aloe vera, madu, snail dan centella asiatica. Bagi muka anda nampak lebih elok dari sebelumnya.
JIka muka sudah sedia maklum sensitif, janganlah cuba-cuba sapu dengan ubat gigi, kulit kayu manis ataupun lemon. Bimbang jika wajah yang masih belum peruk jadi bertambah teruk.
Buat masa sekarang, korang kena stop dulu scrub muka. Kalau teruskan skrub, muka berkemungkinan luka sewaktu scrubbing dan bakteria akan membiak. Ini boleh burukkan lagi keadaan kulit wajah.
Paling penting kena tahu skin concern apa, barulah boleh beli produk sesuai. Misalnya muka jenis berminyak tapi pakai produk untuk muka kering, akan menyebabkan wajah breakout teruk. Dah pakai produk sesuai, barulah muka boleh flawless
semula!Kalau sudah cuba macam-macam tapi muka akan jadi lagi teruk ataupun takde effect, jalan yang terbaik adalah berjumpa dengan dermatologist. Mereka ini lebih tahu dan boleh check kulit anda dengan lebih mendalam!
Artikel Berkaitan:
Wanta Ini Kongsi DIY ‘Ais Kiub Ajaib’ Rahsia Kulit Sihat & Lembap. Hasilnya Memang ‘Flawless’!
“Bangun Pagi Muka Senget” – Peneraju Bernama Radio Ini Kongsi Pengalaman Alami ‘Bell’s Palsy’