Masalah brekaout tanpa henti di wajah akan menyebabkan seseorang itu rasa hilang keyakinan untuk keluar rumah.
Apatah lagi setelah mencuba pelbagai cara tetapi tidak berupaya mengembalikan kulit seperti sebelumnya.
Jangan risau, ini antara tip yang boleh dilakukan jika wajah terus breakout.
1. Stop Pakai Produk Yang Buat Muka Breakout
Jika muka sudah mula breakout lepas pakai sesuatu produk, anda dinasihatkan kena terus stop pakai produk dipakai sebelum ini! Takut kalau teruskan nanti jadi lagi teruk. Sebenarnya, anda kena patch test dulu sebelum beli sesuatu produk untuk pastikan kesesuaiannya dengan kulit muka.Bagi mengelakkan wajah breakout teruk.
2. Teruskan Dengan Basic Skincare
Pastikanasas penjagaan wajah sudah betul-betul kukuh sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum muls pakai acids dan sebagainya. Ini bagi elak wajahterus breakout sebab muka masih tak boleh nak tolerate dengan acids. Ingat! Pakai saja ini cleanser-moisturizer-sunscreen!
Ads
3. Beli Low pH Cleanser
Apabila muka mula breakout, kulit muka akan jadi lebih sensitif. Sebaiknya, anda belilah cleanser dengan kadar pH rendah supaya muka tak jadi lagi teruk. Contohnya, Simple Hydrating Facial Wash Gel dan juga Hada Labo Mild & Sensitive Skin Face Wash. Harga pun murah!
4. Cari Produk Yang Ada Soothing Ingredients
Bila muka start irritated, carilah produk yang ada soothing ingredients. Sebagai contoh aloe vera, madu, snail dan centella asiatica. Bagi muka anda nampak lebih elok dari sebelumnya.
Ads
5. Jangan Cuba Home Remedy!
JIka muka sudah sedia maklum sensitif, janganlah cuba-cuba sapu dengan ubat gigi, kulit kayu manis ataupun lemon. Bimbang jika wajah yang masih belum peruk jadi bertambah teruk.
6. Berhenti Skrub Muka
Buat masa sekarang, korang kena stop dulu scrub muka. Kalau teruskan skrub, muka berkemungkinan luka sewaktu scrubbing dan bakteria akan membiak. Ini boleh burukkan lagi keadaan kulit wajah.
7. Cari Produk Yang Sesuai
Paling penting kena tahu skin concern apa, barulah boleh beli produk sesuai. Misalnya muka jenis berminyak tapi pakai produk untuk muka kering, akan menyebabkan wajah breakout teruk. Dah pakai produk sesuai, barulah muka boleh flawless semula!
Ads
8. Jumpa Dermatologist
Kalau sudah cuba macam-macam tapi muka akan jadi lagi teruk ataupun takde effect, jalan yang terbaik adalah berjumpa dengan dermatologist. Mereka ini lebih tahu dan boleh check kulit anda dengan lebih mendalam!
Puasa adalah bermakna kita perlu menahan diri dari makan dan minum sepanjang hari sehinggalah waktu berbuka.
Bagi memastikan kita kekal bertenaga kita digalakkan untuk bersahur dengan sesuatu yang mehyihatkan.
Memilih makanan yang sesuai pada bulan Ramadan adalah penting. Ini bagi membolehkan kita menikmati makanan yang sedap dan berkhasiat, di samping memperoleh semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Ia juga membantu mengekalkan kecergasan sepanjang tempoh berpuasa.
Antara amalan pemakanan sihat yang boleh diamalkan semasa bulan puasa adalah :
1. Amalan Sewaktu Bersahur
Amalan bersahur amat penting untuk membantu menambahkan tenaga ketika seharian berpuasa. Waktu bersahur yang digalakkan adalah sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu imsak.
Semasa bersahur, adalah digalakkan mengambil makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau biskut mil penuh dan oat.
Makanan jenis ini memerlukan masa yang lama untuk dicerna dan mengurangkan rasa lapar. Karbohidrat kompleks mengambil masa kira-kira 8 jam untuk dicernakan sepenuhnya.
Di samping itu, sertakan juga makanan daripada protein kerana struktur protein yang lebih kompleks akan melambatkan lagi proses pencernaan.
Pilihlah protein yang rendah Biological Value (BV) kerana semakin rendah nilai BV, maka lebih lambat protein itu diguna pakai oleh badan. Antara yang disyorkan adalah :
– Kekacang (49)
– Soya (74)
– Ayam (79)
– Kasein/ Protein susu (80)
– Daging (80)
– Ikan (83)
Pengambilan buah-buahan dan air juga perlu mencukupi sewaktu sahur. Elakkan pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi yang boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan.
2. Amalan Sewaktu Berbuka Puasa
Semasa berbuka puasa, adalah digalakkan kita mengambil makanan yang ringkas terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman kita.
Mulakan dahulu dengan buah kurma kerana ia mengandungi fruktosa yang boleh memberi tenaga segera. Selain itu, buah kurma juga mengandungi enzim yang boleh membantu proses penghadaman untuk makanan yang kita makan seterusnya.
Pelbagaikan pengambilan jenis makanan seperti bihun sup, sepinggan mi, atau nasi bersama ikan/ayam dan sayur-sayuran serta buah-buahan yang diambil berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.
Selain itu, kita juga perlu mengambil air yang mencukupi sama ada dalam bentuk minuman ataupun sup untuk mengelakkan dehidrasi. Pengambilan makanan yang pedas serta berempah pula tidak digalakkan semasa berbuka kerana dikhuatiri akan menimbulkan ketidakselesaan kepada perut kita pada siang hari.
3. Amalan Sewaktu Moreh (Makan Lewat Malam)
Mengambil snek ringkas seperti roti, biskut, sandwich atau kuih-muih juga dibenarkan selepas bersembahyang tarawih tetapi jangan keterlaluan. Elakkan mengambil juadah yang berat seperti nasi/mi goreng kerana pada waktu malam kita tidak memerlukan tenaga yang banyak.
Di samping kuantiti, kualiti makanan juga perlu dititik beratkan. Ini bagi memastikan tubuh kita menerima kembali tenaga yang telah digunakan sepanjang hari dan semua vitamin serta mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Pemilihan makanan daripada produk-produk tempatan sebenarnya mempunyai nilai pemakanan yang baik asalkan cara kita menyediakannya adalah mengikut resepi atau panduan makanan sihat. Sekarang inilah masanya kita cuba mengubahsuai diet kita supaya kita dapat makanan yang berkhasiat, murah dan dapat mengurangkan belanja.
Panduan pemilihan makanan untuk menjamin kita agar kekal sihat dan cergas.
1. Kurangkan penggunaan lemak
Terutama lemak tepu seperti minyak sapi, mentega dan keju. Semasa menggoreng dan menumis, minimumkan penggunaan minyak supaya makanan lebih sihat di samping kita dapat berjimat-cermat.
2. Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar
Buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan vitamin, mineral dan serat.
Bagi menjimatkan perbelanjaan, pilihlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang mampu dibeli, sama ada buah-buahan atau sayur-sayuran diimport atau keluaran tempatan.
Kebanyakan buah-buahan tempatan seperti belimbing besi, betik, ciku dan pisang mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding dengan buah-buahan import seperti epal, pir dan lai.
Sebagai contoh, pisang rastali mempunyai kandungan vitamin C lebih 2 kali ganda berbanding epal hijau. Betik eksotika pula mempunyai kandungan vitamin A hampir 10 kali ganda berbanding limau mandarin.
3. Lebihkan pengambilan air
Minum air sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas sehari. Ketika berbuka puasa, disarankan minum jus buah-buahan (tanpa gula) dan elakkan daripada meminum minuman bergula seperti minuman kordial.
Minuman yang berkafein seperti kopi dan teh juga tidak digalakkan. Tingkatkan pengambilan air melalui makanan seperti sup, bubur dan puding.
4. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam (masin) terutamanya ketika bersahur.
Pengambilan makanan yang masin boleh meningkatkan rasa dahaga semasa berpuasa. Oleh itu, kurangkan makanan masin seperti ikan masin, jeruk, belacan dan kicap.
Selain itu, pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam juga boleh meningkatkan risiko kita untuk mendapat penyakit kronik seperti hipertensi.
5. Kurangkan pengambilan makanan/minuman yang tinggi kandungan gula (manis)
Mengurangkan penggunaan gula adalah baik untuk kesihatan kerana ia dapat mengelakkan pelbagai jenis masalah kesihatan seperti kegemukan yang merupakan faktor risiko kepada penyakit-penyakit kronik seperti diabetes dan hipertensi.
Bulan Ramadan juga memberikan kita peluang untuk menurunkan berat badan dengan mengamalkan pengambilan makanan yang sederhana dan seimbang serta mengurangkan makanan yang tinggi lemak dan gula.
Perlu diberikan perhatian kepada saiz hidangan kerana kecenderungan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak juga akan terjadi apabila kelaparan.
Aktiviti fizikal tetap boleh dijalankan secara sederhana pada bulan Ramadan dan tiada alasan untuk tidak kekal aktif walaupun kita berpuasa.
Walau bagaimanapun, elakkan aktiviti berat atau melakukan aktiviti di bawah panas terik yang boleh mengakibatkan dehidrasi.
Semua orang nak awet muda, sebab tu ramai yang mengamalkan pemakaian produk yang mempunyai kolagen atau makan makanan yang ada kolagen. Cara paling mudah nak dapat kalogen adalah dengan buat bone broth atau tulang yang direbus dengan bahan-bahan lain selama lebih 48 jam.
Dr Rizal Abu Bakar berkongsi tentang kebaikan kolagen yang membantu anda untuk awet muda. Selain bone broth, sup kaki ayam juga antara sumber kolagen yang boleh anda buat sendiri kat rumah.
Siap dengan bahan dan cara-caranya, kalau masih ada tulang lebihan raya qurban yang lepas, bolehlah buat sendiri bone broth ni kat rumah. Kalau simpan dalam freezer boleh bertahan sampai 6 bulan. Bolehla cuba nanti!
Nak Awet Muda, Kolagen Kena Cukup, Ini Caranya!
Antara rahsia awet muda ialah pastikan kolagen cukup.
Kolagen ialah sejenis protein. Terbentuk dari tiga amino acid.
Ada glycine. Hydroxyproline dan proline. Salah satu yang penting ialah glycine.
Tubuh manusia dewasa keluarkan 3g glycine setiap hari.
Tapi tubuh perlukan 15g. Tidak cukup.
Apabila glycine cukup kulit jadi cantik, sendi tidak sakit, radang hilang.
Pencernaan terjaga, mood, tidur dan kemampuan fikir semakin baik.
Untuk tambah glycine dan kolagen perlu ambil dari sumber luar.
Kolagen biasanya didapati pada haiwan.
Tulang, kartilaj, kulit haiwan berikan glycine tambahan yang diperlukan.
Contoh paling senang. Sup kaki ayam. 70% kandungan protein dalam kaki ayam. Jadikannya padat kolagen.
Kolagen kaki ayam tinggi glycine.
Sekitar 16% diikuti hydroxyproline 14% dan proline 8%.
Sejak minggu lalu kita dikejutkan dengan berita di mana bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dimasukkan semula ke Institut Jantung Negara (IJN) dan keadaannya tidak stabil.
Malah pihak media juga dilaporkan berkampung di luar IJN untuk memantau perkembangan Tun Dr Mahathir.
Namun kedaaan bekas Perdana Menteri kesayangan ramai ini sebenarnya berada dalam keadaan stabil.
Dalam satu perkongsian twitter oleh anaknya Datin Paduka Marina Mahathir semalam memberitahu bapanya menunjuk peningkatan hari ini.
Tun M dikatakan mempunyai selera makan yang bertambah baik dan sempat berseloroh dengan ahli keluarga yang berada di IJN.
Mengetahui ramai yang memantau keadaan dirinya, Tun M turut mengucapkan terima kasih dan memohon orang ramai agar tidak terlalu bimbang mengenai kesihatannya.
Beliau akan terus mendapat rawatan di IJN di bawah pengawasan pakar tempatan.
Sebaik muat naik status ini, ramai warga maya turut mendoakan kesejahteraan Tun Mahathir dan semoga Allah memberikan kesihatan baik kepada beliau.
Dikurniakan rahmat kesihatan & sembuh cepat
Moga Allah beri kesembuhan yang cepat kepada Tun M