Zizi Kirana Tak Pernah Menyesal

Siapa sangka, tahap Zizi Kirana bawa diri dalam penghijrahannya sangat jauh dan menyejukkan mata setiap orang yang memandang dirinya. Cukup menginspirasikan sesiapa sahaja yang ketahui kisah lampaunya sampai dia berubah menutup apa yang patut selepas berumah tangga.

Untuk memahami lebih jauh kehidupan penyanyi popular asal kelahiran negeri di bawah bayu Sabah ini, jemput baca kisah penghijrahannya.

Zizi Tak Pernah Menyesal

Zizi Kirana Tak Pernah Menyesal Penghijrahannya, Mahu Istiqamah

Ketika mengenang kembali detik penghijrahan yang dialamnya, Zizi akui bahawa dia tidak pernah sekalipun menyesali dengan setiap perubahan dan penghijrahan yang dilaluinya kerana yakin dan percaya bahawa Allah lebih mengetahui segalanya.

“Saya bersyukur dan berterima kasih dengan transisi ini. Jika sebelum ini kehidupan kita hanya biasa-biasa, itu bermakna Allah sedang uji kita dan berkehendakkan untuk kita berubah dan berusaha.

“Segala apa yang kita ada sekarang ini merupakan rezeki yang diberikan Allah.

“Segalanya diberikan agar kita jangan lalai dengan perintahNya,” ujar penyanyi lagu Eh itu.

Sebagai hamba, kita harus sentiasa berusaha untuk istiqamah, Zizi reda dengan takdir Tuhan yang ditetapkan buatnya dan tidak pernah terdetik pun rasa sesal dalam dirinya atas penghijrahan yang telah dilakukannya.

Bahagia Disamping Suami Tercinta

Zizi Kirana Tak Pernah Menyesal Penghijrahannya, Mahu Istiqamah

Di samping itu, Zizi juga turut mengucapkan terima kasih kepada para peminatnya yang tidak pernah lelah memberikan sokongan buat dirinya.

Dia juga tidak mahu alpa menjalani hidup sebagai seorang muslimah yang Sakinah dan mawaddah.

Bahagia di sisi suami tersayang, Yusuf Bahrin sehingga tidak sedar rupanya sudah hampir tiga tahun mereka melayari bahtera perkahwinan bersama, meski masih belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata.

“Setelah bergelar seorang isteri, saya tidak boleh lagi bergantung kepada pendapat diri sendiri sahaja.

“Melibatkan hal-hal kehidupan, saya tidak berani mengatakan kami sudah saling kenal dan mengetahui hati budi masing-masing kerana perjalanan hubungan kami masih jauh dan kini sedang membiasakan diri.

“Masih banyak lagi perangai yang belum diterokai. InsyaAllah, diharapkan hubungan ini kekal selamanya dan kita ikutkan saja takdir yang telah diaturkanNya,” jelas Zizi.

Begitulah kisah wanita hebat yang melawan nafsu dalam penghijrahannya, kita yang masih berada di takuk yang sama mungkin boleh perlahan-lahan berganjak ke tempat sepatutnya juga.

Sumber gambar: Instagram Zizi Kirana

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI