Setiap wanita pastinya impikan wajah berdagu runcing. Pelbagai produk digunakan untuk memastikan memiliki wajah yang cantik dan tidak berpipi bulat.
Namun hasilnya tetap sama. Malah pipi makin membulat dek kerana selera makan yang tinggi dan tidak melakuan apa-apa senaman bagi membantu menurunkan berat badan.
Perkongsian wanita Sharinaz Redwan ini yang memberitahu tip menjadikan muka auto runcing tanpa memakai sebarang produk.
Sebelum itu menurutnya, dia menggunakan beberapa produk untuk memastikan pipi tidak membulat.
Namun hasilnya menghampakan dan dia kemudiannya menukar cara dengan menjaga makan dan melakukan senaman. Hasilnya wajah menjadi runcing dengan penurunan berat badan.
Sebelum itu dia yang mempunyai berat 73 kg dengan ketinggian 163 berjaya mengurangkan 18 kg menjadikan beratnya 55 kg dalam masa 6 bulan saja.
8 TIP MUKA AUTO RUNCING TANPA PRODUK
Assalamualaikum.
Dulu punya la tak suka tengok pipi bulat sendiri. Siap beli krim panas sapu bawah dagu,beli “roller” konon boleh runcingkan muka.
Geram tak jadi pun. Sakit hati pun ada. Bila diet, just jaga makan, bersenam, automatikmuka terus runcing!
Gila siapa tak happy bila nampak “jaw lines” sendiri. Ok ni tip cara Nazz untuk dapatkan muka runcing.
1) Usaha untuk dapatkan Defisit Kalori.
2) Elak makanan bertepung putih dan bergula putih. Boleh cuba guna stevia untuk awal² ni untuk control craving minum manis.
Dan tukar tepung putih kepada tepung wholemeal yang lebih kenyang dan Glisemic Index lebih rendah.
3) Makan secara sihat. Cukupkan semua keperluan nutrisi dalam badan. Tak mau buat “crash diet”. Kesian badan…
4) Banyakkan ambil sayur & buah.
5) Banyakkan minum air putih. Bangun pagi minum 2 gelas, sebelum makan pun minum segelas.
6) Bersenam at least 5 kali seminggu. Satu sesi tak payah lama², 30 minit pun dah ok. Cuba aim 150 minit seminggu.
7) Tidur cukup 8 jam. No stress.
Ads
Konsisten & enjoy the process! Agak² boleh follow tak? Nazz doakan awak semua berjaya ok.
Enazz,
Get Fit,Eat Right.
Sebelum itu dia juga turut berkongsi 10 tip untuk menjadi kurus. Apa yang penting jaga makan dan workout. Tak perlukan produk tetapi buat cara ini dulu.
10 TIPS MAINTAIN KURUS WALAUPUN MASAK SEDAP
Masak, masak jugak, dah tu macam mana nak diet bila dah masak sedap-sedap?
Ramai jugak pm tanya macam mana nak maintain kurus?
Hurmmm..bagi Nazz semuanya mindset kena control. Bila korang boleh control mindset, insyaAllah dapatlah control pemakanan.
Ok, bawah ni antara TIPS yang Nazz amalkan sampai sekarang okay:
1) Dalam seminggu tu ada 2-3 hari Nazz akan puasa sunat. Dan jangan lupa makanlah ikut portion Suku² Separuh supaya kita dapat kawal kalori!
2) Greentea + halia + lemon. Boleh kata setiap hari nazz akan minum air ni. Biasanya Nazz akan minum selepas makan 30 minit lepas tu. Atau sebelum workout.
Okay, air ini akan naikkan metabolisma badan korang. Badan rasa fresh, berpeluh, energitic. Baru syok kan.
Ads
Dan fungsi lemon tu sendiri boleh kurangkan craving nak minuman/makanan manis.
3) AIR KOSONG. Tolong amalkan. Sekurang-kurangnya 3L sehari. Bangun pagi biasa Nazz akan terus minum air SUAM dalam 2 gelas. Kenyang uihh. Haha.
4) Elak air manis. Ni satu lagi Nazz wajib elak!
Amalkan bawa air kosong ni bila-bila masa keluar rumah sekalipun okay. Ke mana saja.
5) Makan banyak sayur dan buah. Ni bagus untuk fiber. Nazz biasanya akan makan buah sebelum makan makanan berat. Jangan kau bedal buah durian pulak sampai 2 biji. Adeh!
Buah tu bolehlah buat smoothies atau jus. Minum kenyang-kenyang dulu. InsyaAllah kita akan makan sikit je nanti. Masa makan, lebihkan sayur-sayur hijau. Ulam bagus.
6) Makan sedap? Yang ni kadang-kadang kita memang tak boleh elak. Tapi pleaseeee jaga portion, ingat kalori. Nazz takdelah expert kira kalori. Tapi boleh agak la.
Bila dah terlajak makan, biasanya esok Nazz eatclean semula. Buat workout. Sampai berat sampai ke berat asal.
7) PENIMBANG! Wajib ada okay. Setiap hari lepas bangun tidur Nazz akan timbang. Pastikan berat tidak naik mendadak. Dulu Nazz buat silap. Bila dah kurus, malas timbang. Sampai terlajak-lajak naik berat badan.
Sekarang hari-hari Nazz akan monitor berat. Lantaklah orang kata aku obses. HAHAHA. Kalau aku gemuk, aku jugak yang susah hati sensorang.
Ads
SHARING. Biasalah kita takkan dapat melawan nafsu bila nampak fast food, makanan yang sedap-sedap dekat kedai. Berkongsilah! Share dengan anak, suami. Jangan dok pelahap sorang-sorang semua. Hahaha.
9) RESPECT your stomach. Bila dah rasa kenyang, berhentilah. Lagi bagus kalau berhenti sebelum kenyang. Jangan paksa makan. Sebab itulah bila nak makan, ambil portion yang kecil dahulu. Jangan tamak. Kalau tak cukup baru tambah.
Ni sebab nafsu, kau ambil banyak-banyak, takut makanan tu habis, last-last tak habis. Kesian makanan tu.
10) WORKOUT. Tolong jadikan rutin hidup korang. Sekarang ada banyak video zumba dekat youtube. Tak perlu tunggu kena pergi kelas zumba.
Tak perlu tunggu cuti baru ada masa nak joging dekat taman. Itu semua ALASAN je. Kalau kita nak, bila-bila masa pun boleh. Tak kira tempat.
Nak kurus kau kena OBSES. Tapi bukan obses dengan ambil pil-pil kurus yang bagi kesan sampingan. Obses lah secara sihat, ok?
Dah membebel banyak-banyak tak tahu lah ada nak ikut ke tak. Jom siapa nak teman Nazz joging pagi ni? hihihi
Siapalah kita untuk menidakkkan takdir Allah. Jika itu yang sudah tersurat, terimalah dengan hati terbuka.
Tular baru-baru ini seorang wanita Ateyn yang berkongsi masalah kesihatannya secara umum menerusi aplikasi TikTok.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, wanita itu memperlihatkan keadaan jarinya yang kelihatan sangat berbeza daripada insan lain, dipenuhi ketulan kecil.
Menurutnya, dia mengalami masalah itu sejak kecil lagi sehingga hari ini.
Tambahnya lagi, penyakit itu turut menyerang sekitar kawasan mata, lutut, kaki serta di belakang badannya.
Bukan itu sahaja, penyakit dialaminya itu turut menyukarkan dirinya untuk melakukan kerja rumah seperti mengemas mahupun mencuci bahan basah untuk dimasak.
Bagaimanapun, wanita itu tetap akur dengan ujian yang diterimanya dan meluahkan rasa syukur kerana suaminya sudi menerima dirinya seadanya.
Ketika ditanya bila penyakit ini akan sembuh, dia menjelaskan bahawa penyakit berkenaan tidak akan sembuh.
Dan jika sembuh sekalipun, ia merupakan keajaiban dengan izin Allah dan menjadikan dia insan paling bersyukur di di dunia ini.
Kalau penyakit ni boleh sembuh, sayalah orang yang paling bersyukur. Saya taknak orang pandang saya atas bawah, macam saya ni buat salah besar kat dunia ni,”
Ramai yang bertanya tentang penyakit ini dan salah seorang turut menjelaskan peyakit berkenaan dinamakan Rheumatoid Arthritis disebakan mutasi genes yang roskakkan sendi-sendi ada badan.
Ternyata warganet turut menzahiran rasa simpati dengan ujian yang minima wanita ini. Ramai memberi kata-kata semangat kepadaanya agar sembuh satu hari nanti.
@ateynneil997Reply to @nanananananananannana1 😊 saya tak malu sebab dulu saya pernah di malukn disekolah .. so korang tanya nak tengok pun sya dah tak mlu nk tnjk♬ Will to Live – Jacob Yoffee
Terpesona melihat penampilan labuh dan sopan Ruby Che Wan iaitu adik kepada pelakon jelita Rozita Che Wan ini. Sejuk mata memandang walau tidak bermekap tebal.
Ya, dia mungkin tidak sepopular Che Ta dan adiknya, Ayu Raudhah kerana tidak melibatkan diri dalam dunia seni namun auranya tetap memikat golongan wanita yang memandangnya.
Pilih Gaya Sopan Dan Bertudung Labuh, Ruby Che Wan Tetap Nampak Manis
Namun apabila Rubytah atau mesra disapa Ruby mengahwini pelawak terkenal, Lan Pet Pet pada 20 Ogos 2008 secara tidak langsung setiap gerak-geri dan kelibatnya menjadi perhatian khalayak ramai.
Bagaimana pun, pasangan ini cukup menjaga privasi diri, anak-anak dan keluarga. Berkongsi kisah penghijrahan, semuanya bermula ketika dia dan suami menerima panggilan menunaikan ibadah haji pada tahun 2017.
“Saya melakukan transformasi diri dengan melabuhkan sedikit tudung selepas pulang daripada mengerjakan haji. Perubahan ini berlaku apabila saya terfikir sudah beberapa kali mengerjakan umrah namun apabila tiba masa mahu meninggalkan Tanah Suci timbul rasa tidak seronok.
Apabila saya berada di Tanah Suci dan kembali ke Malaysia umpama berada dalam dua dunia yang berbeza. Sepatutnya ke mana sahaja kita berada amalan dan pakaian kita adalah sama.
Sejurus pulang dari mengerjakan haji, saya nekad untuk mengubah penampilan. Penghijrahan ini bukan untuk menunjuk alim dan sebagainya tetapi mahu menyarung pakaian yang boleh di bawa solat tidak kira masa dan tempat.”
Walau tidak aktif dalam dunia senia seperti adik beradiknya yang lain, namun Ruby mempunyai jenama pakaian sendiri di bawah label MaliqaJilbabSyari’i.
Suka Rapi katakan, penampilannya yang sopan itu lah menyerlahkan lagi kejelitaannya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menang bergaya dengan membawa pulang pingat Perak dalam saingan acara akhir Keirin di Sukan Olimpik Tokyo sangat membanggakan kita.
Ternyata usaha selama bertahun-tahun oleh Datuk Azizulhasni Awang berbaloi walaupun sekadar meraiih Perak.
Jutaan rakyat Malaysia meraikan kejayaan ini dan anak kelahiran Dungun Terengganu ini turut mendapat ucapan tahniah dari legenda Badminton Datuk Lee Chong Wei.
Dalam hantaran di laman Instagram, Lee Chong Wei berkata seluruh rakyat Malaysia bersorak untuk beliau mendapatkan pangat Perak dan banga apabila bendera Malaysia dikibarkan di pentas berprestij ini.
Beliau juga yakin emas akan jadi milik Azizulhasni Awang ketika dalam temasya akan datang.
Namun yang sedikit mencuri tumpuan apabila beliau berkata usia Azizul sebaya pelumba yang menang pingat emas, Jason Kenny tetapi kenapa Azizul yang kelihatan lebih muda.
Beliau menambah apa rahsia yang boleh dikongsi untuk kelihatan jauh lebih muda dari pemenang utama.
Berdebar satu Malaysia menyaksikan pecutan mu. Bersorak satu Malaysia pabila mu menerjah untuk mendapatkan perak. Berbangga satu Malaysia melihat bendera dikibarkan.
Terima kasih kerana menyatukan kita. Gangsa dan perak u dah ada … I yakin emas dalam genggaman di Paris nanti.
Side note : Bro, u sama umur ngan Jason Kenny tu. Tapi kenapa u nampak jauh lagi muda. Apa ramuan bro?
Dalam pada itu Azizul juga turut dikejutkan dengan khabar gembira apabila isterinya Datin Athiah Ilyana Abd Samat sedang hamil anak ketiga mereka.
Menurut isterinya Tya hanya berkongsikan berita gembira mengenai kandungannya itu selepas Azizulhasni menamatkan perlumbaan final supaya tidak mengganggu tumpuan suaminya.
“Saya dapat tahu saya hamil selepas Azizul berlepas untuk ke Tokyo,” kata Tya.
“Saya masih di fasa awal kehamilan dan selalunya alahan saya teruk. Itu sebab saya tidak memaklumkan berita kehamilan saya kepada Azizul lebih awal. Bimbang dia risau sebab tak dapat berada bersama saya di sini.
“Biarpun tak pasti apa perancangan selepas ini kerana pandemik, saya harap Azizul dapat selesaikan semua perkara di Malaysia.
“Dapat berjumpa dengan keluarganya terlebih dahulu. Jangan bimbangkan mengenai saya di Melbourne, ada isteri John (Beasley) boleh membantu.” katanya di BH Online.
Azizulhasni pula ketika ditemubual selepas perlumbaan oleh sebuah stesyen televisyen swasta tempatan berkata, dia berlepas ke Tokyo dengan penuh berat hati memandangkan ayahnya, Awang Muda Embong yang dirawat di hospital.
“Masa perlumbaan tadi, saya teringat anak di Melbourne, isteri saya, saya tinggalkan emak ayah saya daripada umur (remaja),” katanya sebak.
“Bila tingkatan tiga, saya tinggalkan kampung, saya tinggalkan emak saya, emak saya tinggal seorang diri.
“Sebelum berlepas ke Tokyo, ayah saya berada di hospital. Adik beradik saya cakap, fokus pada Olimpik, jangan fikir mengenai ayah. Ayah saya mengalami ‘mild stroke’ saya tak ada pilihan lain. Ini bukan cabaran mudah untuk saya kali ini,” katanya yang tidak dapat menahan sebak.