Inspirasi

Tidak Hanya Hebat Di Padang, Faisal Halim Suami Dan Bapa Penyayang

Pemain bola sepak negara, Faisal Halim mempunyai bakat dan prestasi membanggakan setiap kali beraksi di padang mendapat perhatian ramai dan meraih pujian peminat sukan negara.

Tidak sekadar hebat di padang dan karier sukan yang semakin menyerlah, Faisal atau nama sebenarnya Muhammad Faisal Abdul Halim turut memiliki pesona ketua keluarga yang penyayang dan pemurah.

Selepas tular kes disimbah asid sulfurik baru-baru ini, pemain bola yang lebih mesra disapa sebagai Mickey, menjadi perhatian orang ramai untuk ketahui perkembangannya terkini.

Faisal Halim Suami Dan Bapa Penyayang

Menerusi perkongsian Faisal di media sosial miliknya jelas terserlah sisi bapa penyayang. Setiap kali selesai latihan mahupun perlawanan di dalam dan luar negara, dia pasti akan meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Faisal turut terbuka melahirkan rasa syukur dan penghargaan terhadap isteri tercinta kerana sentiasa setia menjadi tulang belakangnya.

5 Tahun Sudah Usia Perkahwinan

Faisal Halim mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dengan wanita pilihan yang dikenali sebagai Norsyazwani. Hasil perkongsian hidup selama lima tahun, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Khalish Aryan berusia empat tahun.

Terkini Balutan Sudah Dibuka

Disebabkan insiden itu, Faisal disahkan melecur tahap empat di sekitar tubuhnya dan kecederaan di badannya juga agak kritikal.

Dia turut dilaporkan menjalani satu lagi pembedahan untuk memastikan kesihatan Faisal berada dalam keadaan stabil.

Menurut Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr Muhammad Hazwan Khair, kulit badan Faisal mula menunjukkan perkembangan positif berbanding sebelum ini.

Turut bersimpati dengan kemalangan ini, Rapi mendoakan agar Faisal Halim cepat sembut dan dapat kembali beraksi di padang.

Kredit gambar: Instagram Faisal Halim

 

Nadia

Rutin Kecantikan Datuk Syafinaz – Rahsia Awet Muda & Kulit Sihat Sejak Remaja

Tak puas tengok air wajah penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat, walaupun sudah berusia…

11 bulan

Rutin Urut Wajah, Daripada Chubby Berubah Jadi V-Shape

Setiap pagi atau sebelum tidur, elok urut wajah untuk hilangkan masalah dagu berlapis dan jadikan…

11 bulan

Maintain Kecil Molek, Nora Danish Tak Memilih Bab Makan, Telur Pun Cukup!

Semakin jelita dan tubuh badannya maintain kecil molek, Nora Danish memang salah seorang artis wanita…

11 bulan

Kurangkan Masalah Gelap Bawah Mata, Perlukan 2 Barang Sahaja Dan Hasilnya Wow!

Stress juga kalau hadap masalah gelap bawah mata, nak-nak kalau mahu keluar ke majlis tertentu…

11 bulan

Rupanya Beauty Hack Ini Semua Mitos, Jangan Cuba Kalau Tak Nak Kulit Rosak

Masih ramai yang terpengaruh dengan beauty hack dikongsikan di media sosial, ada yang kononya membantu…

11 bulan

Cara Ketahui Warna Sesuai Dengan Kulit, Senang Nak Pilih Baju Raya Nanti

Ini cara ketahui warna sesuai dengan kulit sebelum beli baju cantik! Raya Aidilfitri pun semakin…

11 bulan