Inspirasi

Siti Elizad Tersenarai Wajah Awet Muda, “Cantik Itu Subjektif!”

Share

Nampak pelakon serta pengacara, Siti Elizad awet muda dalam usia 40 tahun, namun dia mempunyai persepsinya sendiri tentang kecantikan.

Baginya, kecantikan adalah sujektif yang boleh kita nampak sama ada di mata kasar atau dalaman.

Siti Elizad Awet Muda

Kalau hilang keyakinan tentang kecantikan, Elizad menyarankan agar mereka lebih bina semngat dari dalam hati jiwa dan rohani. Bukan itu sahaja pemikiran juga salah satu tunjak utama untuk membina kecantikan dalaman.

“Kalau ikut saya, secara peribadinya untuk kita bina semangat dan kecantikan bermula dari dalam, kalau pemikiran kita baik dan apa yang difikirkan baik, insyallah semuanya akan jadi baik. Tetapi apa yang lebih pentingnya kita ibersihkan hati dahulu,”

kongsinya.

Pastinya anda akan menjadi seorang wanita cantik luar dan dalam di mata orang ramai, bukan wanita yang cantik hanya dengan bersolek, tambahnya lagi.

Tak Ada Anak Dikaitkan Nampak Lebih Muda

Tular kenyataan seorang pempengaruh di negara seberang apabila mendakwa, wanita yang sudah berkahwin “Tidak memiliki anak adalah cara semula jadi awet muda”. Menganjak ke usia awal 40, Elizad tetap menyimpan hasrat untuk memiliki zuriat namun sehingga kini tidak dikurnikanNya.

Berbicara tentang tiada anak akan nampak lebih awet muda, Elizad sama sekali tidak setuju dengan pendapat pempengaruh itu. Bergantung pada kehidupan seseorang, sama ada tidak punyai anak atau mempunyai anak sekiranya anda dapat mengimbangi cara gaya hidup pastinya persoalan ini tidak akan timbul.

“Pada mereka yang di luar sana ramai sahaja yang mempunyai 5 atau 6 orang anak tetapi tetap maintain cantik. Yang pentingnya kita perlu jaga kecantikan bukan untuk sesiapa tetapi untuk suami terdahulu malah untuk diri kita,” katanya.

Kena Pandai Elak Stress

Tambahanan dunia media sosial sibuk untuk meraih ‘Like’ dan komen yang kadangkala yang boleh membawa tekanan dan anxiety seharusnya dielakkan.

Ujarnya lagi “saya mungkin nampak awet muda, kerana hidup berdua dan kebanyakkan aktiviti bersama suami sahaja lebih lasak berbanding mereka yang sudah mempunyai anak.

Sekadar info, Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF), namun mengalami keguguran selepas seminggu disahkan hamil. Dia dan suami, Shamsul Baharin yang mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015 tidak pernah berputus asa dan tetap berikhtiar untuk mendapat zuriat.

Tak Putus Asa Nak Dapatkan Zuriat

Usaha yang dilakukan oleh pelakon ini bagi mendapatkan cahaya mata menarik perhatian ramai, peminat yang tidak henti-henti beri sokongan dan mendoakan semoga impiannya tercapai.

Menjadi satu tekanan apabila ditanya-tanya dan dirisik mengenai anak pada keluarga terutamanya ayah, tetapi jika ditanya padanya sendiri, Elizad dan suami sudah memasuki fasa reda, walaupun pada awal perkahwinan dia tidak bersedia untuk menimang anak.

Kredit gambar: Siti Elizad

IKLAN