Kebanyakan dari kita jika sudah suka dengan sesuatu barang atau alatan sewaktu menyediakan hidangan akan digunakan sehingga betul-betul sudah rosak.
Selagi masih boleh digunakan alatan berkenaan walaupun sudah buruk, tetap akan digunakan kerana dikatakan penyedap masakan. Misalnya papan pemotong ayam/daging atau sayuran.
Tetapi sedarkan kita jika papan pemotong yang digunakan sudah berkulat, calar balar dan berdaki itu sebenarnya akan menimbulkan lebih banyak kehadiran bakteria.
Dikatakan kajian menunjukkan 1 cmpersegi papan pemotong mengandungi lebih 24 ribu bakteria. Ini adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding kuman di tempat duduk tandas!
Malah ia sebenarnya adalah antara sumber keracunan makanan yang boleh sebabkan anda mengalami masalah cirit birit dan sakit perut.
Menurut perkongsian Public Health Malaysia memberitahu apa sebenarnya yang ada pada papan pemotong yang sudah berdaki dan berkulat ini terutama yang digunakan di kedai makan.
Papan Pemotong Daki & Berkulat Undang Bakteria
Lihatlah papan pemotong yang ada di rumah anda dan di kedai kedai makan.
Adakah ia telah calar balar, berdaki dan telah berkulat?
Sebenarnya, inilah antara sumber keracunan makanan yang menyebabkan anda cirit birit dan sakit perut.
Kajian menunjukkan 1 cmpersegi papan pemotong mengandungi lebih 24 ribu bakteria. Ini adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding kuman ditempat duduk tandas!
Walaupun keadaan papan pemotong telah daif dan tampak menjijikkan, jangan tak tahu, RAMAI yang masih menggunakannya!
Rekahan dan kesan calar pada papan pemotong adalah “lubuk” bagi kuman seperti Salmonella, e coli dan sebagainya.
Selain itu, perkongsian penggunaan papan pemotong bagi bahan mentah (ayam,ikan, daging) dan sayuran/ buah buahan juga perlu dielakkan.
Contohnya selepas anda memotong ayam, kuman pada ayam mentah akan melekat di papan pemotong, kemudian dengan papan yang sama anda potong sayur ulam dan buah buahan.
Saranan
1. Gantikan papan pemotong jika telah ada kesan calar dan berdaki
2. Gunakan papan pemotong berbeza untuk bahan mentah dan sayuran/ buah.
Kelihatan anggun walau berstatus ibu kepada enam orang anak, Datin Shahida tak kedekut kongsi amalan kecantikannya ketika di rumah dan sepanjang hari.
Tak perlu mekap yang mahal pun, cukup jika amalkan penjagaan wajah yang asas dan haruslah berusaha untuk aktif keluarkan peluh walau cuma sesekali. Apa yang menarik, Datin Shahida sekarang mula aktif masuk gym untuk sihat.
Datin Shahida Kongsi Tip Jaga Kulit
“Jangan tak tahu yang saya dah mula main gym tau. Bukan Datuk Seri Aliff Syukri je nak sado. Isteri dia pun nak badan ketak ketak. Bukan apa, saya rasa penjagaan kesihatan amat lah penting dalam lingkungan umur kita yang mula meningkat ni.
“Rasa sangat perbezaan selepas mula ke gym ni. Badan jadi ringan dan terasa cergasnya apabila melakukan aktiviti seharian di pejabat mahupun di rumah.
“Sebelum ke gym benda yang wajib saya pakai adalah Powder Foundation yang menaikkan seri wajah yang mengandungi SPF 35, ada bedak yang akan membutkan muka kita bertambah glowing dan flawless.
“Saya juga menggunakan lipstik delima untuk mencantikkan warna bibir supaya tidak kusam. Lipstik delima juga boleh digunakan di pipi kerana kaya dengan kolagen untuk menaikkan tulang pipi dan mencantikkan kulit.
“Rasa segar sepanjang hari walaupun seharian melakukan aktiviti riadah,” tulisnya di kapsyen Instagram miliknya.
Fokus Jaga Badan Untuk Sihat
Pada masa sama, Shahida turut memberikan respon terhadap pertanyaan seorang individu mengenai tips penjagaan badan selepas bersalin.
“Kena rajin tunku dan pakai bengkung. Kalau lepas bersalin memang ngeri tengok perut sendiri. Macam tak keluar babynya. Sama sahaja besar,” katanya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan Shahida yang dilihat bertenaga dan berseri walaupun baru sahaja melahirkan cahaya kata keenam.
Begitulah sedikit perkongsian rutin kecantikan oleh Datin Shahida dalam kehidupannya sebagai seorang isteri dan ibu.
Sekadar informasi, Aliff dan Shahida telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.
Ramai yang mahu berdiet cara sihat tetapi skip breakfast atau sarapan pagi. Sanggup berlapar semata-mata mahu mengelakkan keinginan untuk makan.
Adakah cara diet sebegini dibolehkan kerana jika kita tidak mengambil sarapan pagi secara tidak langsung seseorang itu akan makan banyak ketika makan tengah hari.
Dalam satu perkongsian di laman sosial Facebook, Dr Rizal Abu Bakar menjelaskan kepentingan sarapan pagi ini.
Kredit: Pexel.com
Pentingnya Sarapan Pagi
Ada orang kata sarapan tak penting. Ada pula kata sarapan penting. Yang mana satu betul?
Kajian kata apa?
Kajian kata tidak bersarapan tingkatkan risiko obesiti hingga 116%. Tinggi tu!
Kajian ni dibuat di Jepun. Sejumlah 43,663 orang terlibat. Pengkaji dapati elak sarapan pagi naikkan risiko obesiti hingga 116%.
Mereka juga dapati ibubapa yang tidak bersarapan akan sebabkan anak juga tidak bersarapan. Anak anak biasanya akan ikut apa yang mak ayah buat.
Dalam kajian lain di Tufts University, Boston pula dapati skip breakfast berisiko terkena serangan jantung. Kajian dilakukan ke atas 4,000 orang dewasa.
Satu kajian lain juga di Jepun ke atas 766 lelaki dan perempuan dewasa dapati skip breakfast naikkan saiz pinggang dan buncitkan perut. Kajian mereka dimuat naik di Journal of Rural Medicine.
Kajian di Malaysia telah dijalankan di UKM. Kajian ke atas 165 pelajar sekolah. Pengkaji dapati mereka yang bersarapan punyai pencapaian kognitif lebih tinggi berbanding yang tidak bersarapan.
Poin pentingnya ialah bersarapan. Jenis sarapan juga penting. Lebih bernutrisi, lebih kecil saiz pinggang dan perut. Hilang istilah buta perut.
Saya dah sarapan. Saya makan freekeh, sambal hijau petai OCOC, terung steam saja pagi ni.
Kredit: Pexel.com
Sementara itu Dr Rizal juga turut mencadangkan sarapan pagi yang sesuai untuk diambil.
Pagi pagi bagus makan avocado. Nak makan terus pun boleh. Nak lenyek atas roti multigrain pun boleh.
Ada pula pisang emas, kurma, mixed nuts dan buah oren. Settle untuk nutrisi pagi. Hanya perlu rebus telur sahaja. Senang juga.
Pisang emas walaupun kecil tapi kaya dengan nutrisi. Dalam kecil kecil pisang emas ada lambakan vitamin C, vitamin A, vitamin B6, folate, fibre dan potassium.