Pernah tular kisah Leftenan Madya, Puteri Shazwani Megat Ahmad Shariman yang menjadi pegawai wanita TLDM pertama miliki kepakaran musnah peluru dan bahan letupan pada 2021, dia selayaknya digelar beauty with brain!
Pegawai Wanita TLDM Pertama Pakar Musnah PeIuru & Bahan Letup
Kisah kejayaan tersebut kembali tular di Twitter @jiwabaik yang memetik catatan daripada Facebook Dr. Zulkifli Hussain, memaklumkan anak jati Kuala Lumpur yang membesar di Ipoh, Perak itu mengakui perlu cepat menyesuaikan diri dan bersedia untuk berdepan dengan sebarang situasi.
Puteri Shazwani ketika ditanya oleh Dr. Zulkifli ketika itu berkata, peranan wanita dalam bidang ketenteraan adalah sama penting walaupun dalam bidang yang majoritinya dipelopori oleh golongan lelaki.
“Saya tak nafikan golongan wanita ada limitasi daya kekuatan fizikal berbanding dengan lelaki. Namun wanita tiada limitasi dari aspek kekuatan mental, ilmu pengetahuan, kebijaksanaan dan personaliti”.
Ads
“Jadi golongan wanita pun boleh berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki sekiranya mereka ada kelebihan itu,” katanya.
Bidang Ketenteraan Buka Peluang Dan Cabaran
Mengulas lanjut tentang laluan kerjayanya, Puteri Shazwani berkata dia sukakan cabaran dan ingin mencuba sesuatu yang baharu bagi menguji kemampuan diri.
Ads
Jadi, bidang ketenteraan yang diceburinya itu membuka banyak peluang kepada cabaran dan mengasahkan bakat di dalam dirinya.
Biodata Puteri Shazwani
Sedikit info tentang Puteri Shazwani, anak kedua daripada lima beradik itu mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Perempuan Ipoh, kemudian ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan Ipoh dan menamatkan pelajaran di Maktab Rendah Sekolah Sains Mara (MRSM) Parit, Perak pada 2012.
Ads
Kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan sebelum diserap sebagai Pegawai Kadet Laut di universiti tersebut.
Setelah ditauliahkan dan dikurniakan pangkat Leftenan Muda TLDM pada 2019, Puteri Shazwani berkhidmat di Markas Tentera Laut, Bahagian Material pada 2021, selain menghadiri Kursus Pegawai Kejuruteraan Peluru selama lapan bulan di Kem Mempaga, Bentong sebelum diperjawatkan sebagai Pegawai Laksana di Depot Peluru dan Bahan Letupan Wilayah Laut 1.
Hebat, dalam usia yang Puteri Shazwani mampu membuktikan wanita juga mampu melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti kaum lelaki.
Menjaga kecantikan kulit wajah menjadi keutamaan bagi mengelak berlakunya masalah jerawat yang boleh mengakibatkan breakout.
Perlu tahu cara penjagaan yang sesuai dengan memilih produk bersesuaian dengan kulit wajah.
Paling penting mengetahui cara menjaga wajah yang basic iaitu proses membersih, menyegar dan melembapkan.
Perkongsian di laman twitter pemilik akaun @rjsarahhhh memberitahu cara untuk menjaga wajah dan mendapat kulit halus dan flawless seperti glass skin hanya guna bahan dapur.
Cara jimat nak dapatkan glass skin
Lelaki atau perempan wajib kena pakai cleanser & cari sesuai jenis kulit
Kemudian kena pakai toner sebab cleanser tak bersihkan 100% kotoran. Muka jadi segar dan kotoran melekat pada kapas
Pilih pula moisturizer dengan sesuai dengan jenis kulit, bertujuan untuk melembapkan kulit muka
3 step ini paling penting dalam penjagaan wajah
Untuk buang white head dan black head, sarankan guna skrub muka. Buat dua minggu sekali
Juga selalu letak air batu setiap pagi di wajah. Untuk pengalirah darah & melambatkan proses penuaan. Muka jadi lebih segar.
Juga suka gunakan tomato yang dipotong dadu yang diletakkan semalam dalam peti sejuk. Apply di wajah perlahan-lahan dan elok untuk hilangkan sunburn dan segarkan kulit
Boleh juga pakai mask yang beli di drugstore. Tapi pakai seminggu sekali bimbang mungkin ada bahaya bahan kimia tak elok untuk kulit wajah jadi kusam dan tona tak sekata
Kalau nak jimat pakai mask yang buat sendiri, Lebih selamat & jimat
Atau buat mask buat sendiri guna putih telur yang dicampur madu dan 2 sudu lemon. Letakkan di wajah dan jangan skip buat
Ambil masa sebulan untuk dapatkan glass skin, guna bahan dapur je
Kulit jenis berminyak bila pakai air batu dan tomato barulah kulit jadi ok
Yogurt juga baik untuk muka, boleh segarkan dan merawat kulit kusam atau kering. Akhir sekali banyakkan minum jus buahan dan makan sayur
Seperti perkongsian wanita ini Nona Eisyah yang berjaya mendapatkan berat badan ideal dengan mengamalkan diet sihat dan melakukan aktiviti senaman.
Rajin Lakukan Senaman Hiking Berjaya Turunkan Berat Badan
Assalamualaikum hai semua nama saya Nona
Terima kasih atas pujian Dan Bagi semangat kat saya. Maafkan saya jika #sy buat ramai Tak boleh terima. Saya masa JD isteri orang(saya memang buruk). Saya pikir dah ada zone selesa Tak pikir nak cantik sebab aku Dah bersuami, lagi pun suami aku Tak heboh sangat.
Cuma kadang-kadang sindir-sindir ada. Saya je malas dan tak nak diet-diet..(hobi kuat makan dan saya perniaga pasar malam makan asyik makan so memang susah kurus)hmm selepas Perpisahan saya akui saya mengalami meroyan teruk Dan nekad bulat nak kurus supaya apis terkejut beruk
(Wei apehal ko kurus Masa jadi bini aku ko buruk!! Saya nak dia tengak saya. Itu buat saya bersemangat kurus(tapi yang sebenarnye apis TaK anggap saya wujud).. ok disini saya nak menjawap tip macam mana boleh kurus senang je yang Nona amalkan.
1-Azam
2-Cari kawan yang rajin senaman yang memang senaman adalah rutin hariandia bukan acah-acah main-main. Sebab bila Kita Dah berkawan dengan orang-orang yang rajin bersukan atomatik Kita rajin bersukan..(Cari kawan baru taw(kalau boleh Cari kawan-kawan di taman-taman orang joging) please jgn paksa kawan rapat Kita berdiet dan bersukan sama kita…Takkan menjadi sebab dia buat bukan dari hati dia..so nanti dia kelaut Kita Pon sama)
3-Untuk empat bulan pertama kena displin yang tinggi kawal makan Dan senaman kalau boleh hari-hari2 jangan skip kena istiqamah..
4-Rajin-rajin selfie dan bergambar sebab nanti Kita akan nak lagi berusahatambah ensem Dan cantik..(BG Nona lah semangat tu)
5-Rajin shopping kasut sukan n baju lawa-lawa untuk Kita bersemangat kurus (mood mesti kena Ada)
6-Berkawanlahdengan orang-orang positive Dan jangan stress or serabut..kawan orang cantik-cantik Pon bagus jugak Kita dapat tarik aura dia ke Kita..(Nona dulu serabai bukan setakat gemok jer dengan tak bertudung AllahuAkbar
Nasib Ada kawan-kawan baik Nona banyak bantu ubah diri Nona love you semua
Itu saja yang Nona dapat sampai kan..apa yang Nona amalkan..Bagi bertanya pasal makanan Nona suka makan ikan salmon untuk diet ini sebab dengan ikan salmon kekuatan motivasi untuk Nona senang masak dan mudah disediakan lagi satu cepat kenyang..roti dua keping or Nasi sikit Dan sayur sikit.. Apa-apa pun memang senaman(hiking) the best ubat kurus.. insyaallah menjadi..tapi kena rajin lah.. istiqamah..
#doakn saya yer capai impian dan tak dipandang hina lagi..target masih jauh #motivasi untukkorang yang esok-esok itu.
Jomlah semua mula dari sekarang diet dan amalkan hidup yang sihat insyaallah kita semua boleh kurus
Siapa sangka percubaan dua sahabat untuk memastikan perubahan pada payudara masing-masing menjadi lebih besar tidak menjadi, sebaliknya telah mendatangkan masalah lain.
Daripada perasaan ingin mencuba akhirnya mereka terkena sawan tidak henti menyebabkan kesihatan perlu dirujuk kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut.
Perkara ini dikongsi oleh seoran doktor perubatan, Doktor Ahmad Zakimi Abdullah di laman sosial Facebook yang memberitahu perbuatan ini tidak sepatutnya berlaku.
Malah menjadi pengajaran untuk wanita di luar sana agar berhati-hati membeli ubatan secara online kerana ia boleh membahayakan nyawa.
“Doktor! Ada pesakit wanita berumur 30an, sawan, baru masuk redzone,” ujar seorang penolong pegawai perubatan bertugas di zon merah.
“Baik-baik!” Jawabku ringkas.
Tanpa berlengah, aku terus berlari pantas ke Zon Merah. Kelihatan pesakit itu masih lagi sawan.
“Dah bagi valium?” Soalku.
“Dah bagi 5 minit lepas, Dr!” Ujar pegawai perubatan yang menjaga zon merah, Dr Faizal (bukan nama sebenar).
Pesakit itu diberikan oksigen ‘high flow mask’ dalam keadaan mengiring. Masih lagi sawan tanpa henti dari rumah sehingga ke zon merah.
“Bagi sekali lagi IV valium 5mg” arahan aku kepada tim kami.
“Baik!” Jawab Dr Faizal.
Pesakit masih lagi sawan walaupun dos Kedua Valium diberikan. Maka kami ambil keputusan untuk lakukan intubasi ke atas pesakit. Pesakit ini perlu bantuan mesin pernafasan akibat sawan terlalu lama. Keadaan ini dipanggil ‘Status Epilepticus’.
Setelah siap semua proses intubasi dan keadaan pesakit sudah stabil, sawan pun berenti. Sejarah Perubatan tentang pesakit diberitahu oleh suami pesakit. Beberapa penyiasatan darah dari makmal semuanya normal. Kami masih belum dapat punca pesakit ini sawan.
Aku merancang untuk lakukan imbasan CT otak untuk pesakit ini.
Setelah beberapa minit kemudian, seorang lagi pesakit tiba di zon merah. Pesakit itu berumur dalam pertengahan 20-an. Pesakit itu juga mengalami sawan.
“Adoi! Seorang lagi sawan!” – bermonolog.
Pesakit ini juga mengalami ‘status epilepticus’. Sawan sudah hampir 1 jam tanpa henti.
Satu lagi kes intubasi dan memerlukan mesin bantuan pernafasan. “Eh! Doktor! Pesakit yang kedua ni adalah kawan kepada pesakit yang first status epilepticus tadi” ujar Dr Faizal.
“Laaa ye ke? Apa masalah sebenarnya ni? Mereka buat apa eik, Dr Faizal?” Soalku. “Ah ha… Dr. Mereka kena sawan masa kat tempat yang sama. Di rumah pesakit yang first tadi.”
Kami rasa pelik kerana kedua-dua mereka mengalami masalah yang sama. Adakah mengalami ketoksikan? Atau apa? Tapi tak semua penghuni rumah tu yang kena. Hmmm.
“Panggil husband pesakit tu balik. Saya nak tanya beberapa soalan lagi,” permintaan aku. Banyak juga soalan tambahan yang aku tanya pada suami dia.
Aku ada tanya apa kaitan antara isteri dia dengan kawan isteri dia tu. apa yang mereka sama-sama lakukan di rumah mereka.
“Sebenarnya tadi isteri saya dan kawan dia ni tengah buat sesuatu, doktor” ujar si suami.
“Buat apa tu encik?” Soalku ringkas.
“Mereka tengah buat breast filler. Mereka buat sendiri-sendiri. Pakai injek-injek.”
“Apa?! Boleh tunjukan saya dorang injek apa?” Terkejut juga aku.
Maka si suami tunjukan aku gambar suntikan ‘breast filler kit’. Ada 4 picagari yang berlabel Hyaluronic Acid gel, dikatakan untuk membesarkan payudara dan 4 vial injeksi lignocaine 2% untuk ubat kebas (bias). 10 mls lignocaine 2% setiap vial.
Mengikut cerita dari si suami, isteri dia mengadu kebas dibahagian lidah dan bibir selepas beberapa minit kawan dia suntik di payudara sebelah kanan. Kemudian mengadu pening dan berdebar-debar selepas itu.
Si suami mengatakan isteri dia guna 2 vial lignocaine 2% bagi sebelah payudara. 2 belah bermakna dia menyuntik 4 vial lignocaine bersamaan dengan 40mls untuk ubat kebas sebelum suntik Hyalurolic acid sebagai filler.
Mereka beli dalam talian saja dan dipelajari dari YouTube katanya.
Mari sini aku tunjukkan bagaimana kira dos lignocaine yang disuntik;
Untuk maksimum dos lignocaine adalah 4.5mg/kg (tanpa epinephrine), jika lignocaine dengan epinephrine maksimum dos adalah 7mg/kg. Total maksimum dos adalah 300mg.
Maka, maksimum dos dalam mililiter sepatutnya disuntik oleh pesakit berat badan 58kg adalah; Formula = max dose (mg) x berat (kg)/10 x concentration (%)
Maka, lignocaine dos dalam mililiter tanpa epinephrine = (4.5mg x 58kg)/(10 x 2) = 13.05 mls. Namun pesakit ini telah suntik lignocaine sebanyak 40 mililiter yang sepatutnya hanya 13 mililiter sahaja.
Sah, kedua-dua pesakit ini mengalami ‘lignocaine toxicity’.
Sejurus prosedur suntikan itu dilakukan, kedua-dua pesakit mengalami gejala seperti kebas bahagian lidah dan bibir, kemudian pening dan berdebar-debar. Lebih serius kedua-dua pesakit itu mengalami sawan akibat dari lebihan dos lignocaine.
Cara atau teknik pemberian pun aku tak pasti bagaimana. Betul atau tidak. Tak kena cara memang suntikan tersebut terus ke salur darah pun kita tak tahu. Sangat-sangat berbahaya. Prosedur ini sepatutnya dilakukan oleh doktor yang bertauliah dan terlatih sahaja.
“Faizal, bagi kedua-dua pesakit ni Intravenous lipid emulsion 1.5 ml/kg of 20% lipid. Then followed by infusion 0.25 ml/kg/min, ya. Lekas sikit,” ujarku.
“Baik, Dr!”
Kita boleh dapat pengajaran dari kisah ini. Nak cantik boleh tapi jumpa dengan doktor yang terlatih. Nak cantik boleh tapi jangan binasakan diri sendiri. Itulah. Hmmm.