Nasihat seikhlas hati daripada penyanyi dan pelakon, Nabila Razali buat generasi muda yang mahu bergelar pempengaruh media sosial, anda perlu mengutamakan pelajaran dulu.
Nasihat Nabila Razali
Menurut Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali 31, menjadi pempengaruh bukan satu kesalahan tetapi harus mampu memberi manfaat kepada orang ramai.
“Mungkin ada sesetengah daripada anda yang merasakan pelajaran ini tidak penting, tak perlu ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan peperiksaan serta sudah tak sabar nak jadi influencer (pempengaruh) dan sebagainya.
“Bukan satu kesalahan menjadi seorang influencer tetapi pastikan mampu beri bermanfaat kepada orang-orang di luar sana.
Ads
“Gunakan platform itu sebaik mungkin tetapi jangan lupa, apa-apa yang kita buat pelajaran sangat penting,” katanya dalam sebuah video TikTok.
Ilmu Jamin Masa Depan
Ads
Pelantun lagu Peluang Kedua itu turut menegaskan agar sentiasa percaya bahawa ilmu mampu menjamin masa depan yang cerah.
“Jangan lupa untuk terus belajar dan usah putus asa walau apapun keputusan yang kalian dapat.
Ads
“Kalian perlu yakin bahawa sedikit sebanyak ilmu itu akan membawa anda ke mana-mana nanti.
“Masa depan anda akan sangat cerah. Pentingkan pelajaran dulu dan jadikannya nombor satu,” ujarnya.
Terdahulu, kecoh dalam media social baru-baru ini apabila segelintir individu yang berbangga mendapat keputusan SPM yang kurang baik kerana merasakan perkara tersebut tidak penting selepas tamat tempoh persekolahan.
Pelakon Ardini Angeline Tan menganggap tiada tawaran berlakon selepas bertudung hampir setahun lalu sebagai ujian buat dirinya agar tidak berputus asa dengan rahmat Allah.
Menerusi satu portal hiburan, Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan Yoke Yeah, 57, berkongsi tentang kerjaya lakonannya tidak lagi aktif seperti dahulu.
Bagaimanapun, Angeline yang memeluk agama Islam pada September tahun lalu reda dan percaya setiap orang memiliki rezeki masing-masing.
“Sejujurnya sejak bertudung sampai sekarang saya masih belum mendapat sebarang tawaran berlakon.
“Memang rasa agak berbeza sedikit kerana sebelum ini saya memang sudah terbiasa sibuk. Tetapi sekarang tiada kerja pula. Apa-apa pun saya percaya dengan takdir Tuhan bahawa setiap daripada kita ada rezeki masing-masing.
“Ada waktu itu rezeki saya, ada waktu rezeki orang lain. Paling penting kita percaya dengan rezeki Allah. Mungkin Allah tidak berikan rezeki saya di sini (berlakon), rezeki saya ada di tempat lain,” katanya.
Angeline yang ditemui dalam majlis pelancaran program Angeline Tanya, Abang Jawab di sini hari ini turut berkata, dia sedar pihak produksi mungkin berdepan dengan kesukaran untuk memberikan watak sesuai dengan imejnya sekarang.
“Sebelum ini ada tawaran berlakon daripada Issey dalam drama Perang Nasi Dagang, tetapi hanya watak kecil sahaja.
“Saya mendapat watak itu kerana suami (Sabri Yunus) turut berlakon dalam drama itu. Kalau hendak kata watak serius itu tiada langsung.
“Kalau hendak saya bertudung, nanti satu keluarga perlu jadi Cina mualaf,” katanya.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon dan pengarah Sabri Yunus itu turut menafikan dakwaan mengatakan dia bersedia membawa watak wanita tidak bertudung.
“Itu tidak benar. Drama terakhir saya sebelum memeluk agama Islam ialah X-Change. Drama itu dibuat pada tahun lalu dan sesi penggambaran berakhir seminggu sebelum saya masuk Islam.
“Sepanjang lebih 30 tahun dalam industri, saya tidak pernah meminta tawaran berlakon daripada sesiapa. Walaupun baik dengan abang Sabri, tetapi saya tidak mengharapkan kepada sesiapa,” katanya.
Untuk info, program Angeline Tanya, Abang Jawab menampilkan Angeline bersama Sabri saling berinteraksi melalui soalan-soalan berkaitan pelbagai isu agama, kehidupan dan sosial.
Program tersebut dijadualkan mula bersiaran pada 18 September, setiap Rabu, pukul 8.30 malam di TV AlHijrah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita pastinya impikan wajah berdagu runcing. Pelbagai produk digunakan untuk memastikan memiliki wajah yang cantik dan tidak berpipi bulat.
Namun hasilnya tetap sama. Malah pipi makin membulat dek kerana selera makan yang tinggi dan tidak melakuan apa-apa senaman bagi membantu menurunkan berat badan.
Perkongsian wanita Sharinaz Redwan ini yang memberitahu tip menjadikan muka auto runcing tanpa memakai sebarang produk.
Sebelum itu menurutnya, dia menggunakan beberapa produk untuk memastikan pipi tidak membulat.
Namun hasilnya menghampakan dan dia kemudiannya menukar cara dengan menjaga makan dan melakukan senaman. Hasilnya wajah menjadi runcing dengan penurunan berat badan.
Sebelum itu dia yang mempunyai berat 73 kg dengan ketinggian 163 berjaya mengurangkan 18 kg menjadikan beratnya 55 kg dalam masa 6 bulan saja.
Assalamualaikum.
Dulu punya la tak suka tengok pipi bulat sendiri. Siap beli krim panas sapu bawah dagu,beli “roller” konon boleh runcingkan muka.
Geram tak jadi pun. Sakit hati pun ada. Bila diet, just jaga makan, bersenam, automatikmuka terus runcing!
Gila siapa tak happy bila nampak “jaw lines” sendiri. Ok ni tip cara Nazz untuk dapatkan muka runcing.
1) Usaha untuk dapatkan Defisit Kalori.
2) Elak makanan bertepung putih dan bergula putih. Boleh cuba guna stevia untuk awal² ni untuk control craving minum manis.
Dan tukar tepung putih kepada tepung wholemeal yang lebih kenyang dan Glisemic Index lebih rendah.
3) Makan secara sihat. Cukupkan semua keperluan nutrisi dalam badan. Tak mau buat “crash diet”. Kesian badan…
4) Banyakkan ambil sayur & buah.
5) Banyakkan minum air putih. Bangun pagi minum 2 gelas, sebelum makan pun minum segelas.
6) Bersenam at least 5 kali seminggu. Satu sesi tak payah lama², 30 minit pun dah ok. Cuba aim 150 minit seminggu.
7) Tidur cukup 8 jam. No stress.
Konsisten & enjoy the process! Agak² boleh follow tak? Nazz doakan awak semua berjaya ok.
Enazz,
Get Fit,Eat Right.
Sebelum itu dia juga turut berkongsi 10 tip untuk menjadi kurus. Apa yang penting jaga makan dan workout. Tak perlukan produk tetapi buat cara ini dulu.
Masak, masak jugak, dah tu macam mana nak diet bila dah masak sedap-sedap?
Ramai jugak pm tanya macam mana nak maintain kurus?
Hurmmm..bagi Nazz semuanya mindset kena control. Bila korang boleh control mindset, insyaAllah dapatlah control pemakanan.
Ok, bawah ni antara TIPS yang Nazz amalkan sampai sekarang okay:
1) Dalam seminggu tu ada 2-3 hari Nazz akan puasa sunat. Dan jangan lupa makanlah ikut portion Suku² Separuh supaya kita dapat kawal kalori!
2) Greentea + halia + lemon. Boleh kata setiap hari nazz akan minum air ni. Biasanya Nazz akan minum selepas makan 30 minit lepas tu. Atau sebelum workout.
Okay, air ini akan naikkan metabolisma badan korang. Badan rasa fresh, berpeluh, energitic. Baru syok kan.
Dan fungsi lemon tu sendiri boleh kurangkan craving nak minuman/makanan manis.
3) AIR KOSONG. Tolong amalkan. Sekurang-kurangnya 3L sehari. Bangun pagi biasa Nazz akan terus minum air SUAM dalam 2 gelas. Kenyang uihh. Haha.
4) Elak air manis. Ni satu lagi Nazz wajib elak!
Amalkan bawa air kosong ni bila-bila masa keluar rumah sekalipun okay. Ke mana saja.
5) Makan banyak sayur dan buah. Ni bagus untuk fiber. Nazz biasanya akan makan buah sebelum makan makanan berat. Jangan kau bedal buah durian pulak sampai 2 biji. Adeh!
Buah tu bolehlah buat smoothies atau jus. Minum kenyang-kenyang dulu. InsyaAllah kita akan makan sikit je nanti. Masa makan, lebihkan sayur-sayur hijau. Ulam bagus.
6) Makan sedap? Yang ni kadang-kadang kita memang tak boleh elak. Tapi pleaseeee jaga portion, ingat kalori. Nazz takdelah expert kira kalori. Tapi boleh agak la.
Bila dah terlajak makan, biasanya esok Nazz eatclean semula. Buat workout. Sampai berat sampai ke berat asal.
7) PENIMBANG! Wajib ada okay. Setiap hari lepas bangun tidur Nazz akan timbang. Pastikan berat tidak naik mendadak. Dulu Nazz buat silap. Bila dah kurus, malas timbang. Sampai terlajak-lajak naik berat badan.
Sekarang hari-hari Nazz akan monitor berat. Lantaklah orang kata aku obses. HAHAHA. Kalau aku gemuk, aku jugak yang susah hati sensorang.
SHARING. Biasalah kita takkan dapat melawan nafsu bila nampak fast food, makanan yang sedap-sedap dekat kedai. Berkongsilah! Share dengan anak, suami. Jangan dok pelahap sorang-sorang semua. Hahaha.
9) RESPECT your stomach. Bila dah rasa kenyang, berhentilah. Lagi bagus kalau berhenti sebelum kenyang. Jangan paksa makan. Sebab itulah bila nak makan, ambil portion yang kecil dahulu. Jangan tamak. Kalau tak cukup baru tambah.
Ni sebab nafsu, kau ambil banyak-banyak, takut makanan tu habis, last-last tak habis. Kesian makanan tu.
10) WORKOUT. Tolong jadikan rutin hidup korang. Sekarang ada banyak video zumba dekat youtube. Tak perlu tunggu kena pergi kelas zumba.
Tak perlu tunggu cuti baru ada masa nak joging dekat taman. Itu semua ALASAN je. Kalau kita nak, bila-bila masa pun boleh. Tak kira tempat.
Nak kurus kau kena OBSES. Tapi bukan obses dengan ambil pil-pil kurus yang bagi kesan sampingan. Obses lah secara sihat, ok?
Dah membebel banyak-banyak tak tahu lah ada nak ikut ke tak. Jom siapa nak teman Nazz joging pagi ni? hihihi
Cukup bahagia sampai badan berisi, itulah yang berlaku kepada pelakon lelaki, Shaheizy Sam. Namun baru-baru ini badannya kelihatan semakin kurus selepas diet.
Ramai yang teruja dan mahu tahu cara yang suami kepada Syatilla Melivin ini amalkan dalam pemakanannya.
Kalau ikuti media sosial miliknya, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.
“Dahsyat Betul, Tak Sampai Sebulan Dah Nampak Hasilnya Tu” – Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @anis.pana yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 368 ribu, tanda suka sebanyak 9,049 dan sebanyak 648 perkongsian.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Syatilla Melvin yang menjawab pertanyaan pengikutnya mengenai makanan yang diambil Shaheizy Sam ketika dalam fasa diet.
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Shaheizy Sam mempunyai mental yang sangat kuat dan disiplin yang tinggi apabila di dalam aspek diet.
Menurut Shaheizy Sam sendiri, ada tiga perkara yang anda kena jaga:
1. Pemakanan
2. Pemakanan
3. Pemakanan
Bukan sebab berapa jam korang kat gym, bukan berapa banyak duit korang ada atau ubat apa korang kena beli. Tidak.
Tetapi paling kena ubah adalah mindset dan disiplin. Kalau masih ada alasan mindset korang belum betul.
Jadi kalau anda nak kurus cepat, boleh lah cuba cara Shaheizy Sam ini!
Sering kali kita dengar rungutan, "Kenapa orang perempuan ni nampak penat sangat, padahal buat kerja yang sama dengan lelaki?" Jawapannya bukan pada tahap kerajinan,...