Nampak Lebih Muda & Kurus Lepas Kena COVID. Dr. Azizan Nekad Diet Sebab Alami Nafas Semput! Jika sebelum ini, penampilan fizikal Pakar Pemasaran No 1 Asia dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sedikit berisi.
Tetapi ketika bertemu dalam majlis Pesona Leadership di Shah Alam, kaget melihat perubahan besar yang dialami olehnya.
Saiz badannya kelihatan lebih fit dan secara tidak langsung penampilan Dr. Azizan juga kelihatan lebih muda dan jauh berbeza.
Ketika ditanya apakah asbab pengemudi empayar RichWorks International Sdn Bhd tampil lebih langsing dan berkeyakinan, Dr. Azizan tersenyum sambil membuka rahsianya berjaya menurunkan berat badan yang dulu mencecah 138KG.
“Seperti yang ramai tahu saya pernah hampir mati disebabkan Covid-19. Dan selepas sembuh gula dalam darah naik, saya juga tidak boleh bernafas sempurna untuk beberapa bulan.
“Sebelum ini saya pernah cuba beberapa kali untuk menurunkan berat badan tetapi tidak berjaya. Macam yoyo, kejap naik kejap turun.
“Tetapi kali ini kesedaran yang Allah beri ibarat diberi peluang kedua di mana saya berada di ‘point’ yang muktamad.
“Saya perlu jaga kesihatan. Jadi saya nekad untuk memperbaiki pengambilan kalori dan lain-lain. Dan kalau saya tak cuba sekarang, bila lagi mahu berubah,” katanya yang menggunakan method sama seperti orang lain.
“Apa saja method semua orang boleh kongsi seperti diet suku-suku separuh, kurangkan pengambilan kalori, berjalan 10 ribu langkah sehari dan lain-lain.
“Semuanya ok untuk dilakukan bagi mengurangkan berat badan. Tetapi sebenarnya boleh cuba apa saja cara tetapi matlamat hanya satu. Kenalah fokus, komited, disiplin dan buat sampai habis.
“Sebenarnya saya pun tak habis buat lagi ini. Saya masih ada 20 hingga 30 kilo lagi untuk diturunkan bagi mendapat berat lebih ideal,” ujarnya yang turut melakukan workout seperti senaman muaythai jika dilihat perkongsian di laman instagram.
Melihat ramai yang mengalami masalah berat badan dan masih struggle untuk kurus, Dr. Azizan turut meninggalkan pesanan yang boleh dikongsi.
Menurutnya perkara paling utama sebelum menurunkan berat badan adalah kesedaran.
“Tipnya apa-apa pun kesedaran itu perlu sangat kuat. Ini kerana jika tiada kesedaran, memang tak jadi apa. Kemudian perasaan nekad itu perlu ada.
“Saya fikir jika saya tidak menjaga tubuh badan sekarang, pasti tak akan mudah nanti. Apatah lagi usia kita yang semakin ‘muda’ Apa yang paling saya takutkan adalah masalah kencing manis akan membawa kepada dialisis.
“Lagipun saya juga sudah berusia, jadi apa-apa pun kesedaran itu amat penting. Apabila kita sudah sedar, barulah cari jalan untuk mengatasinya dan berubah,” tambahnya menambah sebelum ini bacaan kencing manisnya mencecah 12, tetapi kini hanya 5/6 saja.
Ads
Menurutnya beliau hanya mengambil nasi sedikit sahaja tetapi melebihkan sayuran dan sumber proteion seperti ayam dan ikan.
“Formula suku-suku separuh ini nasi kenalah segenggam. Saya juga memilih jalan kaki dan itu senaman paling basic dan semua orang patut buat, 30 minit hingga 60 minit sehari.
“Waktu badan masih berat saya hanya mampu jalan saja, tetapi bila dah kurang, barulah saya buat workout lain seperti angkat besi,” ujarnya yang mengambil masa hampir setahun sebelum berjaya mengurangkan berat badan.
Dr. Azizan Nekad Diet Sebab Alami Nafas Semput!
Dr. Azizan turut mengakui post covid yang dialami sangat teruk hingga hampir putus nafas dan terpaksa makan lebih banyak ubat. Bermula Oktober tahun lalu dia nekad berubah dan ketika itu sokongan semua pihak diperlukan bagi memastikan perjalanan dietnya berhasil.
Dan kini penampilannya sangat berbeza berbanding setaun lalu. Dr. Azizan kelihatan lebih langsing dan untuk maintain seperti hari ini agak susah kerana banyak makanan sedap di sekeliling.
Namun yang menjadi ketakutan padanya masalah kesihatan akan datang balik. Beliau melihat ramai mereka yang seusia dengannya meninggal dunia, jadi berharap akan dapat konsisten dalam menjaga kesihatan.
Dalam program Pesona Leadership ini, RichWorks berkolaborasi dengan selebriti terunggul tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi dalam membentuk asas kepimpinan yang kuat dalam jati diri seorang usahawan.
Seperti kita tahu pengambilan makanan yang sesuai sebenarnya dapat mempengaruhi peraşaan dan emosi serta dapat membantu memperbaiki kesihatan mental.
Kajian mendapati nutrien tertentu yang terdapat dalam makanan dan minuman dapat meningkatkan mood anda, meredakan tekanan dan kegelisahan, bahkan mampu membantu melawan kemurungan.
Jika anda berasa tertekan atau tidak bersemangat, berikut adalah makanan yang anda boleh ambil untuk membantu meningkatkan mood anda.
6 Makanan Bantu Tingkatkan Mood
1. Coklat Gelap
Dalam kajian yang dilakukan di pusat penyelidikan Nestlé di Switzerland, penyelidik mendapati, pengambilan coklat gelap dalam kadar sederhana setiap hari selama dua minggu mengurangkan kadar kortisol dan hormon stres lain pada individu yang mengalami tekanan.
Ini adalah manfaat daripada antioksidan yang terdapat dalam coklat gelap.
2. Teh Hijau
Teh hijau mempunyai sejumlah nutrien yang dapat membantu untuk meningkatkan mood, termasuk L-theanine, sejenis asid amino yang mampu melawan kegelisahan. Ia juga kaya dengan antioksidan seperti catechin, yang dapat meningkatkan fungsi otak.
3. Makanan Yang Kaya Dengan Omega-3
Omega-3 dapat membantu mengawal penyakit jantung, membantu menurunkan berat badan, dan juga mempunyai sifat antioksidan. Ia juga bagus untuk mengurangkan masalah kemurungan, dan memperbaiki keadaan mental dan tingkah laku lain.
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa individu yang kekurangan asid lemak omega-3 lebih cenderung mengalami kemurungan, kegelisahan dan mood rendah.
4. Kacang
Kacang adalah antara makanan yang mempunyai banyak sumber vitamin, mineral, magnesium dan juga mempunyai sifat antioksidan yang penting untuk meningkatkan mood dalam diri.
Tahap magnesium yang rendah dalam badan boleh menyebabkan peningkatan risiko kemurungan.
5. Kopi
Kafein yang terdapat dalam kopi dapat membantu meningkatkan mood dengan mencetuskan pembebasan dopamin dalam otak.
Kafein juga dapat menghalang sebatian semula jadi yang disebut adenosin daripada melekat pada reseptor otak yang mendorong rasa letih, oleh itu ia dapat meningkatkan tahap waspada dan perhatian anda.
6. Makanan Yang Diperam
Makanan yang diperam seperti kimchi, yogurt, dan tempe adalah penting untuk menjaga kesihatan usus kerana kaya dengan bakteria probiotik. Selain itu, makanan ini penting untuk menaikkan mood kerana dapat menghasilkan hormon serotonin dalam diri.
Rahsia Bintik Hitam Hilang Tanpa Rosakkan Kulit. Wajah Kekal Berseri Dalam 2 Minggu! Setiap wanita pastinya akan berdepan dengan masalah bintik hitam terutama apabila pertambahan usia. Malah masalah ini akan jadi lebih serius jika mengabaikan rutin penjagaan wajah.
Melasma atau bintik hitam pada wajah mungkin tidak memberikan kesan kepada kesihatan namun ia seakan ‘membunuh’ jiwa mereka yang mengalaminya.
Ia disebabkan oleh banyak perkara termasuk pendedahan matahari yang berlebihan, faktor ginetik dan sejarah penggunaan kosmetik yang mengandungi bahan terlarang.
Sebaiknya bintik hitam atau lebih dikenali sebagai pigmentasi ini perlu dicegah dan dirawat sebelum semakin besar dan melitupi keseluruhan wajah sekaligus menjadikannya sukar dirawat.
Sering menjadi solusi serta penjagaan terbaik dalam kategori penjagaan wajah, NIVEA, jenama kulit No.1 di dunia menganjurkan acara sambutan “NIVEA Luminous Skin Journey” yang menampilkan seratus selebriti terkenal dan influencer kecantikan yang merupakan pengguna NIVEA LUMINOUS630.
Antara yang hadir memeriahkan acara itu ialah KOLs selebriti kecantikan seperti Yana Samsudin, Emma Maembong, Elfira Loy, Mayho dan Miko yang berkongsi bagaimana Serum Anti Bintik Hitam No.1 Dunia ini membantu mereka mengatasi masalah bintik hitam yang tebal.
NIVEA LUMINOUS630 Anti-Dark Spot Serum adalah ciptaan anti-bintik hitam terobosan yang dirumus khas bagi mengurangkan bintik hitam, garisan halus dan berupaya meningkatkan keserian dalam masa 2 minggu sahaja tanpa merosakkan kulit. Hasilnya serum ini terbukti 10 kali lebih berkesan berbanding menggunakan bahan aktif pencerah lain.
Wajah Kekal Berseri Dalam 2 Minggu
Selain barisan selebriti yang berkongsi pengalaman merawat bintik hitam, sesi perkongsian pakar oleh Dr Shazril dan Dr Nicholas turut memberikan pandangan dari sudut saintifik.
Demonstrasi solekan secara langsung memberikan bukti visual bahawa menutup bintik hitam dengan solekan bukanlah penyelesaian dan menekankan kepentingan merawat punca masalah kulit dari dalam.
NIVEA LUMINOUS630 Anti Dark-Spot Serum dan rangkaian penuhnya boleh didapati di semua cawangan Watsons dan secara dalam talian di kedai rasmi NIVEA Official. Untuk maklumat lanjut tentang produk NIVEA dan kemas kini terbaru, sila ikuti www.facebook.com/mynivea atau layari https://www.nivea.com.my/
Untuk menjaga kecantikan wajah, memang sangat digalakkan memakai pelembap agar kulit sentiasa kekal lembap untuk elak masalah kekeringan atau masalah lain.
Namun terdapat banyak produk pelembap di pasaran dan menyebabkan kita agak keliru untuk memilih produk mana yang lebih baik.
Perkongsian Pakar Kulit, Dr Syazween ini memberitahu bagaimana untuk mengenal jenis-jenis pelembap yang ada.
Boleh dijadikan panduan untuk mengetahui mana sesuai dengan jenis kulit anda. Sama ada untuk wajah atau bahagian anggota badan lain.
Doktor kulit dan pelembab sememangnya berpisah tiada. We love it very much!
Anyway, ramai pesakit agak bingung pelembab jenis apa yang mereka suka?
Its ok, mari kira belajar sama-sama!
1)Secara asasnya, pelembab ada dalam 3 bentuk ; losyen, krim dan ointment. Kandungan air dan minyak membezakan satu dari yang lain.
2)Losyen mempunyai kandungan air yang paling tinggi. Sebab itu dia yang paling nipis, paling senang sapu (spread easily) dan paling kurang melekit. Losyen ni bagus kalau pakai dekat kawasan yang banyak rambut seperti kepala..
Kalau pakai dekat badan ok juga. Cumanya, losyen ni cepat kering berbanding dgn krim atau ointment. So, kena gigih & kerap sapu dekat kulit kering.
3)Kalau losyen paling banyak air, ointment pula spektrum yang lagi satu. Paling banyak minyak (paraffin). Dia paling tebal dan sangatlah melembabkan. Kalau kulit yang teramat kering, doktor kulit memang suka sangat!
Tetapi tak semua orang suka. Satu sebab bila dia tebal sangat, dia boleh sumbatkan liang2 rambut. Ini boleh menyebabkan keradangan atau nanah macam jerawat. Kita panggil folliculitis.
Pic dari internet
Satu lagi, ointment ni melekit. Sebab tu, kita advise pakai dkt kawasan badan/tangan/kaki. Haha kalau nak pakai dekat muka boleh, alamatnya berkilat meghelip la muka. Cuma jangan pakai dan jalan2 di tengah kepekatan malam, satgi jiran ingat orang minyak plak haha.
4)Krim pula dekat tengah-tengah. Ada air sikit, minyak pun ada sikit. Pekat sikit berbanding dengan losyen, tetapi tidak sepekat ointment. Tahan lama sikit atas kulit berbanding losyen tetapi tidak selama ointment.
5)Dua benda kena tahu tentang pelembab yang ada air macam losyen atau krim adalah :
i)Mungkin pedih bila kena pada kulit yang merekah. So hati-hati bila pakai dekat kulit anak yang sedang luka, memang boleh meraung sakit. Ointment would be a much better choice in this case.
ii)Mereka mengandungi preservative (bahan pengawet) untuk mengurangkan pembiakan kuman. Kena bear in mind, boleh menyebabkan allergic kepada kulit orang yang sensitive (allergic contact dermatitis). ). Tandanya, bila pakai, kulit jadi lagi merah dan gatal, bukannya lagi better.
6)Lastly, no pelembab is a good pelembab for everyone. Setiap kulit kita ni unik. Hatta kembar seiras sekalipun tidak akan ada kulit yang 100% sama. Mula-mula cari pelembab memang leceh. But its ok, you will get there.
7)Honestly, we doctors don’t mind what pelembab you are using. As long as it’s a pelembab you are COMFORTABLY and REGULARLY using. Beli mahal2, tapi simpan dalam almari tak berguna jugak kan?
Dr Syazween XX Pakar Kulit
For more info, follow us on FB : Syazli, Syameen and Syazween Aesthetics, Plastic Surgery and Dermatology