Watie Hanifiah Kongsi Tip Dapat Jodoh Idaman, Kena Rajin Sebut Dan Amal

Share

Tak mudah nak dapat jodoh idaman sama seperti yang kita impikan. Namun jika anda salah seorang yang sedang menunggu pasangan muncul, cuba ikut cara Watie Hanifiah ini.

Ya, agak menarik apabila Watie Hanifiah, isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib berkongsi amalan dapat jodoh idaman dalam hidupnya.

Seolah-olah satu kurniaan dariNya,Watie rasa dirinya bertuah apabila amalannya selama ini jadi kenyataan.

Dalam posting tersebut, Watie mendedahkan mereka yang mencari jodoh yang sama seperti apa yang diidamkan, perlulah rajin dan tak berhenti berdoa kepada Allah S.W.T.

“Dari dulu bila berdoa pasal jodoh, mesti doa semoga Allah jodohkan dengan seseorang yang kelakar, pandai main gitar, suara kena sedap dan golfer.

Banyak lagi lah sebenarnya kalau nak ceritakan ciri-ciri yang kita nak tu tapi tak sangka Allah tu Maha Mendengar kan. Sebab banyak yang kita nak tu, banyak juga yang Allah makbulkan. Alhamdulillah.

Watie Hanifiah Bertuah Dapat Shuib

Watie juga mendedahkan yang dirinya sangat bertuah kerana ciri-ciri pasangan idamannya itu ada pada suaminya iaitu Shuib.

Buat anda yang mencari jodoh yang sesuai atau pun memiliki ciri-ciri idaman seperti yang anda mahukan, cuba amalkan apa yang dilakukan oleh Watie.

Jadi selepas ini, bila berdoa pastikan anda sebut ciri-ciri pasangan yang anda mahukan. Tak kiralah sama ada baik, kacak, sopan, soleh hingga kaya raya, berdoalah pada Allah S.W.T tanpa henti.

Selamat beramal!

IKLAN