Selalunya kaum wanita yang sangat mengambil berat soal penjagaan badan. Maklumlah siapa saja yang tidak mahu tampil cantik di mata suami.
Tetapi bagi wanita ini Darina Sekeri, dia bukan saja mengambil berat penampilan dirinya, tetapi juga suami tercinta.
Perkongsian yang mana dia telah menyediakan pelbagai menu sihat sebagai bekal untuk suami turunkan berat badan sejak tahun 2019 hinggalah 2020.
Lebih menggembirakan dia berkata dengan menu yang disediakan, suaminya kini berjaya turunkan berat sebanyak 20 kg dan kini boleh memakai baju dari saiz baju XL ke S.
Setelah berjaya membantu suami saya lost 20 kg, dari size XL ke size S, dari seluar size 36 ke size 28, dari 85 kg ke 65kg dan maintain dari tahun 2019-2020.
Ini antara menu bekal suami isteri, saya suka bekal ulam sebab lebih senang nak prepare
Ayam/ikan goreng guna airfryer (tanpa minyak)
Nasi itu nnampak putih saja, saya ada simpan budu sebotol kat ofis. Nak mkn letak budu. Letak sikitt tak ada masalah. Asalkan ada rasa
Ini selera org kampung. Kang kata eat clean orang kata salah pulak sebab makan budu
Air dan minuman manis kena stop. Sekali sekala makan karipap itu ok, sekali sekala minum starbucks pun boleh.
Tapi tiap hari kena minum air kosong, kopi o kosong, limau kosong (semua tanpa gula)
Kena juga bersenam untuk badan fit baru la badan tak menggelebeh bila dah kurus.
Artikel Berkaitan:
Berat Pernah Cecah 100 KG, Nurul Zahid Dedah Buat Kaedah ‘Potong Usus’ Demi Kesihatan
Berat Asal 100 KG & Berjaya Lenyapkan 43 KG. Setahun Tak Makan Manis, Rahsia Kurus Wanita Ini!
Diet Tanpa Berlapar, Fitness Coach Kongsi Senarai Stok Makanan Sihat Patut Ada Di Rumah