Bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan, faktor utama bukan saja melakukan workout tetapi juga dengan menjaga pemakanan diambil.
Seseorang perlu melawan godaan nafsu makan jika mahu kurus dengan lebih cepat dan sihat.
Perkongsian tip diet oleh gadis ini menggunakan akaun nama @farrahnatasha98 yang telah berusaha mengurangkan berat badannya dengan menolak pengambilan makanan tidak sihat terutama fast food.
Sejak pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia, pemakaian face mask atau topeng muka sangat diwajibkan sebagai perlindungan bagi mengelak diri dari jangkitan virus.
Sejak itu pelbagai lambakan face mask yang dijual di pasaran dengan tawaran harga berpatutan mengikut bentuk dan jenisnya.
Namun adakah kita mengambil kira faktor keselematan dengan mengenal pasti bahawa face mask yang dibeli adalah memenuhi ciri keselamatan atau tidak.
Perkongsian Dr. Izzar Anwari memberitahu dan memberi pesanan kepada pengguna di luar sana agar berhati-hati dengan penjualan face mask tiruan.
Beliau turut memberitahu face mask yang sesuai dibeli sebagai langkah perlindungan.
Orang awam yang keluar ke tempat awam dinasihatkan untuk memakai double face mask (Surgical mask + fabrik mask) beserta dengan face shield. Double Face Mask memberi perlindungan sehingga 85.4% jika dipakai dengan betul.
Mask N95 merupakan pelitup muka terbaik sebab ia memberi penapisan partikel udara/aerosol sehingga 95%. Digunakan serata dunia sejak dulu lagi. NIOSH approved. Cumanya kalau dipakai betul, anda memang akan berasa lemas dan tak cukup nafas.
Kalau pakai N95 rasa selesa n cukup nafas, sama ada salah cara pakai atau produk tiruan la tu. Sebab tu korang guna double face mask + face shield je cukup dah. Biar petugas kesihatan je guna N95 ni.
Face shield digunakan untuk melindungi mata si pemakai. Ia BUKAN PENGGANTI facemask sebab partikel udara tak ditapis masuk hidung atau mulut. Pakai sekali dengan face mask.
Mask ‘Korean Filter’ KF94 merupakan buatan korea. Penapisan sehingga 94%. KN95 dari China memberi penapisan sehingga 95%. Kedua-dua KF94 N KN95 lebih baik dari double mask tapi tak boleh lawan N95. Kedua-dua ni tiada approval dari NIOSH. KF94 dan KN95 ni banyak versi tiruan.
Apa-pun Pastikan:
– Pakai mask dengan BETUL. Kalau longgar, perlindungan tak optimum
– BELI YANG ORIGINAL. Isu besar untuk face mask terutamanya KF94 dan KN95 ialah banyak yang dijual di pasaran adalah produk tiruan. Pastikan korang beli di farmasi. Kalau beli di shopee harga murah, takut produk palsu dan perlindungan kurang. Hati-hati. Ramai yang ambil kesempatan sekarang ni.
– Kalau pakai N95, KN95, KF94 yang ORIGINAL, tak perlu double mask dah. Pakai satu mask + face shield je.
So, korang pilihla mana yang korang nak. Saya pakai double mask + face shield je kalau keluar ke tempat awam. Yang penting CARA PEMAKAIAN YANG BETUL dan BUKAN PRODUK TIRUAN.
Memiliki tubuh badan langsing dan berat ideal memang jadi idaman setiap wanita. Namun bukan mudah untuk mencapainya tanpa usaha dan disiplin yang tinggi.
Seperti perkongsian gadis ini @zarbellaa di twitter memberitahu diet dilakukannya hingga berjaya menurunkan berat badan sehingga 20 kg hanya dalam masa 4 bulan.
Tanpa mengamalkan diet ekstrem dan masih mengambil nasi tetapi dalam portion sedikit dan dalam masa sama dia elak terus mengambil gula atau sesuatu yang manis. Hasilnya terdapat perubahan dalam bentuk fizikalnya.
Endometriosis merupakan salah satu daripada penyakit sakit puan yang biasa dialami golongan wanita.
Hampir satu daripada tujuh wanita pada peringkat umur di antara 30 dan 45 tahun menghidapinya.
Endometriosis tidak bersifat kanser dalam tubuh wanita, di mana sebahagian lapisan tisu dalam rahim dijumpai di bahagian lain dalam badan seperti bahagian pelvis iaitu pundi, usus serta organ reproduktif. Ia kerap ditemui di bahagian ovari dan otot ligamen posterior yang menyokong uterus.
PUNCA-PUNCA
Punca sebenar yang menyebabkan keadaan ini masih samar dan tidak jelas. Teori yang biasa dikatakan merujuk kepada ‘retrograde menstruation’ atau pembalikan darah haid di mana sebahagian daripada darah haid mengalir secara terbalik ke arah pembukaan peritoneal melalui saluran fallopio. Sel-sel endometrium akan melekatkan dirinya kepada bahagian berlainan pada pelvis.
TANDA-TANDA ENDOMETRIOSIS
1. Haid yang banyak dan tidak teratur
2. Senggugut (sakit semasa haid)
3. Sakit semasa hubungan seks
4. Sakit di bahagian pelvis dan bawah abdomen (pertengahan haid)
5. Boleh mendatangkan kesan kepada keupayaan wanita untuk hamil
Bagaimanapun ada wanita yang menghidap endometriosis tidak mengalami sebarang simptom. Penting untuk diingatkan bahawa tahap kesakitan yang dialami tidak berkait dengan pertumbuhan endometriosis.
Terdapat wanita yang tidak merasa sakit walaupun ketumbuhan endometriosisnya banyak tetapi ada juga wanita yang mana ketumbuhannya sedikit merasa kesakitan yang teruk.
Sewaktu haid, ketumbuhan endometriosis juga akan gugur seperti mana lapisan uterus gugur sebagai tindakbalas terhadap hormon dalam kitaran haid.
Bagaimanapun, tidak seperti lapisan uterus, ketumbuhan ini tidak akan keluar dari tubuh badan. Jika wanita itu hamil atau mengalami menopause, ketumbuhan ini akan mengecil dan kesakitan akan berkurangan.
UJIAN PEMERIKSAAN
1. Pengimejan
Penggunaan mesin ultrasound, CT-scan dan Magnetic Resonance Imaging(MRI) hanya berguna pada kes yang telah teruk. Ini kerana mereka hanya mampu melihat perlekatan diantara organ bahagian pelvik disebabkan endometriosis tersebut. Ia tidak mampu memeriksa mengesahkan kehadiran endometriosis yang kecil.
2. Pembedahan
Bedah dan lihat merupakan satu cara untuk benar-benar mengesahkan kehadiran penyakit endometriosis. Tetapi pembedahan hanya akan dilakukan jika risau akan kewujudan penyakit lain seperti kandungan di luar rahim, appendicitis dan beberapa penyakit lain.
Sebagai contoh pembedahan dijalankan untuk rawat penyakit appendicitis, tetapi terjumpa endometriosis. Ketika pembedahan, organ ataupun tempat yang terlibat dengan endometriosis akan kelihatan seperti serbuk yang berwarna biru kehitaman.
RAWATAN
Rawatan perubatan atau pembedahan bergantung kepada jenis masalah yang dihadapi. Tujuan rawatan diberikan adalah untuk :
1. Mengurangkan kesakitan dan simptom lain
2. Menghalang ketumbuhan daripada membesar atau berulang di masa depan
3. Mengekalkan kesuburan bagi wanita yang tidak berupaya untuk hamil
4. Menjamin fungsi reproduktif untuk kehamilan seterusnya
Rawatan bagi endometriosis adalah bertujuan untuk mengurangkan tahap estrogen dan progesterone wanita yang meransang ketumbuhan endometriosis. Ubat yang biasa digunakan adalah pil kontraseptif oral, hormon progesterone dengan dos tinggi dan hormon tiruan lelaki seperti danazol.
Pilihan rawatan perubatan yang terbaru adalah analog GnRH (Hormon pembebasan Gonadotropin). Ia merupakan suntikan yang diambil setiap bulan atau tiga bulan bagi mengawal penghasilan estrogen dengan menggalakkan ‘menopause-induced’. Tempoh masa yang diberikan boleh berlanjutan sehingga 6 bulan.
Rawatan pembedahan boleh dilakukan samada secara laparoskopi atau pembedahan biasa. Pembedahan ini boleh bersifat rekonstruktif (pembuangan endometriosis dan pemulihan organ yang dijangkiti) di mana kesuburan perlu dikekalkan.
Ia juga boleh menjadi ablasi (pembuangan rahim dan kadangkala ovari) untuk mengurangkan kesakitan yang teruk pada wanita selepas kaedah-kaedah rawatan yang dinyatakan sebelum ini teah menemui kegagalan.
Penyakit endometriosis memberikan kesan yang berlainan kepada setiap individu. Sebaik-baiknya pemilihan rawatan bagi endometriosis haruslah mengikut keperluan dan kepentingan wanita berkenaan.
KOMPLIKASI
Kesan sampingan daripada rawatan dengan suntikan GnRH ini termasuklah rasa panas dan tidak selesa (‘hot flushes’), kurang keinginan nafsu syahwat (libido) dan kekeringan vagina. Terapi rawatan mungkin menyebabkan sedikit kerapuhan tulang tetapi keadaan ini akan berkurangan atau sembuh selepas habis rawatan.
Namun harus diingatkan dan dijelaskan bahawa penyakit ini boleh berulang selepas rawatan diberikan. Oleh itu terapi yang berterusan perlu bagi wanita yang mengikuti rawatan ini serta tidak merancang untuk hamil.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.