Strict Jaga Portion Makan, Rahsia Wanita Ini Boleh Sarung Baju Size XS Syawal Kali Ini

Share

Jika sebelum ini berat badannya tidak pernah berlebihan atau dalam termasuk dalam kategori gemuk.

Malah angka di penimbang pula sekadar 47 kg – 48kg sahaja dengan ketinggian 157 cm.

Namun disebabkan hamil anak pertama menyebabkan berat badannya naik mendadak sehingga mencecah 71kg.

Biarpun tidak menghadapi apa-apa masalah atau alahan semasa mengandung, cuma mungkin disebabkan hormon mengandung menyebabkan berat badannya naik mendadak.

Walaupun begitu bagi Norazira Ramli tidak pernah putus asa untuk mendapatkan berat badan asal hingga akhirnya berjaya melenyapkan 25kg dalam masa 5 bulan saja.

Artikel Lain: Lepas 10 Bulan Berjaya Sarung Baju Saiz Kecil. Kongsi Kisah Diet Wanita Ini Tanpa Produk !

Ikuti perkongsiannya bagaimana boleh menghilangkan berat badan dalam masa singkat saja.

Lebih menggembirakan raya tahun lalu dia akhirnya berjaya menyarung baju bersaiz XS seperti zaman anak dara dulu.

Lenyap 25 KG Dalam 5 Bulan, Raya Bergaya Dengan Baju Size XS

Raya 2021 adalah buat pertama kalinya saya sarung baju kurung size L .Masih dalam pantang sebulan bersalin anak no 2. Nak ootd pun tak confident 

Alhamdulillah raya tahun ni dapat semula sarung size XS sama macam masa anak dara, baru lah boleh posing2 semula 

75kg to 48kg. Tapi raya ni tersasar sikit 50kg  Takpe, slow2 sambung DSSS semula untuk dapatkan balik 48kg and maintainkan

Pertama kali nak post dalam group ni 

Hi semua. Disebabkan harini pergi KK ramai nurse tegur kata dah kurus, jadi saya rasa happy nak share journey saya hehe.

Saya bukan lah seorang yg gemuk. Berat masa bujang 47-48kg je sampai kahwin (tinggi 157cm). Start pregnant anak pertama terus naik mendadak sampai 71kg walaupun saya takde apa2 masalah semasa pregnant.

Makan pun biasa je, mungkin hormon mengandung agaknya. Lepas bersalin turun sampai 53kg dalam masa 6 bulan, tapi saya pregnant pula anak kedua. Naik lagi berat sampai 75kg 

Masa pregnant anak kedua ni lah saya jumpa group ni. Terus saya bersemangat amalkan DSSS dari pregnant, dalam pantang, dan sampai la sekarang.

Jadi berat saya turun dari 75kg – 50kg (total lost 25kg) dalam masa 5 bulan lebih. Seluar jeans masa bujang semua dah muat balik hehe

Kalau nak tanya tips, sejujurnya saya tak strict sangat pun dalam diet ni. Sebab saya seorang yang suka makan. Lagi2 fastfood, kek, coklat, aiskrim. Coffee pulak wajib sehari sekurangnya sekali.

Jadi, saya makan je apa yg saya teringin. Tapi bukan la hari-hari. Cuma saya amalkan DSSS ni betul2 jaga portion makan. Bila portion betul, serius takkan lapar.

Dan juga exercise regularly (dan breasfeeding juga 2 orang anak ).

Satu lagi, family saya memang kebanyakannya berbadan besar. Jadi saya dah biasa dengar orang cakap “ala nanti dah kahwin dah beranak gemuk la tu”. Hai makcik bawang, saya dah kurus 

Jadi mommies semua, kalau gemuk sebab mengandung, jangan kata mustahil untuk kurus semula lepas bersalin even kita menyusu anak. Saya boleh, anda pun boleh

Artikel Lain: Genap Setahun Diet, Wanita Kembali Langsing. Rahsianya Stop Makan Lepas 8 Malam & Cut Sugar!

Published by
Siti Zurina Mat Saman