Skipping 2 Ribu Lompatan Sehari, 6 Bulan Layan Bento Healthy. Puas Hati Berat Turun Mendadak!

Share

Skipping 2 ribu lompatan sehari, 6 bulan layan Bento Healthy. Puas hati berat turun mendadak! Apabila menyedari berat badan berlebihan dan sukar untuk melakukan pelbagai aktiviti menyebabkan diri nekad untuk berubah.

Apatah lagi terasa malu apabila ada yang menyangka dirinya mengandung 5 bulan dan turut ditegur suaminya sendiri dengan perubahan fizikal mendadak.

Artikel Lain: Makan Nasi 3 Sudu Je. Rahsia Wanita Maintain Berat Macam Anak Dara Lepas 3 Bulan!

Namun begitu, pada mulanya perjalanan diet tidak semudah disangka kerana banyak kekangan dan halangan.

Skipping 2 Ribu Lompatan Sehari, 6 Bulan Layan Bento Healthy. Puas Hati Berat Turun Mendadak!

Sememangnya tidak mudah untuk kita ubah apa yang sudah kita selesa dan perlu ada tekad serta usaha untuk berubah.

Artikel Lain: 5 Bulan Diet, Wanita Berjaya Transformasi Diri. Dedah Rahsia Kembali Langsing Tanpa Guna Produk!

Bagi Mazs Shaari dia memulakan diet apabila beratnya mencecah 85kg dengan memilih dari segi pemakanan.

Siapa sangka dari beratnya 85kg akhirnya berjaya menurunkan sehingga 57kg dengan hanya mengawal pemakanan.

Mengutamakan menu eat clean/suku-suku separuh memberikan impak yang sangat menakjubkan apabila hilang 5kg hingga 8 kg sebulan tanpa penggunaan suplemen ubat kurus.

Dia menyediakan sendiri menu sihat yang sedap untuk dirinya sepanjang tempoh diet ini.Kebanyakan menu dimasak telah disedikaan bahan-bahan terlebih dahulu dan disimpan dalam chiller untuk 5 hari.

6 Bulan Layan Bento Healthy

Selebihnya dia akan simpan dalam freezer dan mudah untuk disediakan walaupun sibuk. Biasanya dia akan buat 1 bekas untuk 2 orang makan. Senang untuk dimasak hanya dengan memanaskan saja hidangan berkenaan.

Artikel Lain: Enjoy ‘Journey Diet’, Ambik Superfood & Rajin Workout. Rahsia Berjaya Kurus Dalam Tempoh Singkat!

Manakala untuk sayuran pula dia lebih gemar makan yang fresh. Ternyata setelah 6 bulan mengamalkan pemakanan diet begini, dia akhirnya berjaya lenyapkan 28kg.

Puas Hati Berat

Selain itu dia turut berkongsi tip lain seperti minum air kosong secukupnya, makan kena on time, makan ikut kalori, mengambil hanya snacking sihat, perlu tidur secukupnya dan elakkan stress.

Bagi melengkap perjalannya dietnya dia turut lakukan senaman 2 hingga 3 kali seminggu dengan melakukan skipping, tabata dan running.

Ketika awal diet, dia hanya lalukan skipping 20-30 kali sahaja tetapi kini sudah boleh capai hingga 2 ribu sekali. Hasil melakukan usaha ini selama 6 bulan, dia akhirnya berjaya mendapat berat ideal.

Lebih menggembirakan, bukan dirinya saja yang kurus, tetapi suaminya juga melakukan proses menurunkan berat badan dengan melenyapkan sehingga 31kg.

Turun Mendadak!

Penyakit darah tinggi suaminya juga sudah berada ditahap bacaan yang normal sekarang.
Tahniah untuk suaminya yang betul-betul nekad untuk sihat dan bebas dari penyakit.

Sepanjang tempoh diet itu, dia turut menyediakan healthy bento untuk dibawa suaminya ke tempat kerja setiap hari tanpa jemu.

Jadi kombinasi diet pemakanan yang seimbang dan sihat serta senaman dilakukan, tidak mustahil seseorang itu akan cepat mengalami penurunan berat badan.

Artikel Lain: Solat Dah Tak Perlu Guna Kerusi. Wanita Usia 57 Tahun Ini Buktikan Hanya Amal Diet Sihat Boleh Hilang Berat Badan!

Published by
Siti Zurina Mat Saman