Siti Elizad Kongsi Tip Naikkan Seri Wajah, Nak Jimat Boleh Cuba!

Share

Berseri air wajah penyampai radio serta aktress jelita, Siti Elizad setiap kali dia tersenyum. Nak-nak sejak bertudung, makin manis dan kelihatan ayu dengan pemilihan pakaiannya.

Sesekali nampak ada air wajah Erra Fazira dan kadang seiras Mulan Jameela, begitu lah anugerah yang dimiliki pelakon drama Hati Yang Dikhianati ini.

Suka Memasak

Haa.. walau sibuk dengan kerjaya, tetapi wanita yang berusia 39 tahun ini cukup rajin memasak ya! Banyak tengok resepi yang dia kongsikan kepada peminatnya di media sosial, salah satu Masak Lepak Daging Salai Pucuk Ubi. Biskut pun ada, anda pernah cuba buat tak?

Tip Cantik Siti Elizad, Suka Guna Tomato

Rajin membelai wajahnya, Elizad memang suka belai kulitnya buat rawatan untuk hilangkan kedut supaya kelihatan lebih anjal. Ada duit lebih, anda boleh lah merasa sama.

Namun pernah juga berkongsi tip cantik menerusi mStar, Siti Elizad suka menggunakan buat tomato dengan menjadikan sebagai masker.

“Saya membuat masker menggunakan buah tomato yang dihancurkan dengan sudu, kemudian simpan dalam peti ais agar tak busuk.

“Saya amalkan petua ini tiga hari sekali untuk melicinkan kulit serta menjadikan kulit nampak kemerah-merahan.

“Sebelum ini muka saya selalu nampak pucat walaupun muka telah disapu mekap. Kurang berseri,” kongsinya lagi.

Katanya petua guna buah tomato ini dapat daripada pembantu rumahnya. Nampaknya ada hasil, itu yang amal.

Jadi anda di luar sana yang nak naikkan seri wajah boleh cuba tip cantik daripada Siti Elizad ini, yang penting buat sendiri di rumah sahaja. Jimat tapi berkesan!

Kredit Gambar: Elizad Sharifuddin

IKLAN