Mempunyai berat badan melebihi 100 kg memang satu pengalaman yang tidak begitu menyeronokkan. Ada yang menjadi mangsa kecaman dari orang sekeliling.
Namun daripada kata-kata hinaan diterima seseorang itu akan berusaha untuk memastikan mendapat berat badan yang ideal.
Perkongsian Farhana Nazli memberitahu bagaimana dia berjaya menghilangkan 28kg dalam masa hampir setahun.
Artikel Lain: Amal Diet Suku-Suku Separuh & Rajin Puasa Sunat! Lepas Setahun Berjaya Dapat Tubuh Langsing!
Dia yang memulakan diet pada April 2019 ketika beratnya mencecah 104kg. Namun ketika beratnya mencecah 70 kg dia terpaksa berhenti seketika kerana mengandung.
Dan kemudian menyambung semula perjalanan diet selepas 2 bulan melahirkan bayinya.
Buat masa sekarang berat badannya adalah 77 kg dan masih kekal pada angka itu. Menurutnya sebelum itu faktur utama menurunkan berat badan adalah disebabkan masalah period tidak teratur dan kecaman diterima dari orang sekeliling.
Saya start pada 10 Apr 2019.. masa itu berat 104kg macam tu. Selepas itu sampai berat saya turun 79kg. Saya tak stop.. cuma saya stop kejap masa pregnant lepas melahirkan baby umur 2 bulan saya start semula
Dah lama tak share tips diet. Macam mana aku lost 28kg. From 98kg to 70kg. Ok meh nak citer.
Ok first apa kau kena buat untuk start diet?
1. ELAKKAN SEGALA MINUMAN BERGULA.
Minum air masak je. Tak perlu 2 – 3 liter. Cukup sekadar kau haus, then teguklah air masak. Tak kisahlah air dalam peti, air luar peti, air berais. Semuanya lulus sebab air batu atau air peti tak berkalori. Jangan takut dengan mitos-mitos yang mengatakan bahawa minum air sejuk peti atau berais ni membuncitkan perut. Jangan kau teguk air panas mendidih sudahlah
2. AMALKAN DIET INTERMITTENT FASTING (IF)
IF ni macam puasa, tapi bukan macam puasa kita umat islam selalu buat tu. IF ni puasa yang tak boleh makan dan dibenarkan minum sahaja. Itupun minuman tak berkalori. Air kosong!
Kalau ada yang kata, lebih baik kau puasa sunat. Itu terpulang. Pergi main jauh-jauh, jangan memekak islamik bagai kat posting aku
Kau puasa sunat niat nak puasa sunat demi Allah ke demi nak kurus? #sistanyejeh
Ok, berbalik kepada topik asal. IF boleh dibuat ikut keselesaan kau. Ada orang buat 12:12 atau 16:8. Apa tu? 12 jam puasa, 12 jam lagi boleh makan. 16 jam puasa, dan 8 jam boleh makan.
Jam yang boleh makan tu jangan kau mentekedarah tanpa henti dalam masa 8 jam atau 12 jam tu. Biarlah berjadual ok.
Ini contoh jadual masa makan untuk IF 12:12
– Sarapan 8 am
– Snack 10am
– Lunch 1 pm
– Snack 5 pm
– Dinner 7 pm
Selepas pukul 8 pm kau dah tak dibenarkan ambil apa-apa makanan dan minuman berkalori. Cuma air kosong SAHAJA.
Artikel Lain: Lepas 9 Bulan Diet, Berjaya Dapat Berat Ideal. Gadis Kongsi Menu Sihat Seminggu Diamalkan!
3. SARAPAN SEKADAR ALAS PERUT.
Pagi-pagi perut masih kosong. Janganlah kau kejutkan dia dengan makanan berat. Nasi lemak, nasi minyak, nasi nasi nasi. Makanlah sekadarnya sahaja.
2 biji telur separuh masak dan 2 keping roti bakar. Atau; Sandwich telur
4. SNACKING
Beberapa jam selepas sarapan tu comfirm kau laparkan? Makanlah. Tapi, cukup dengan buah-buahan sahaja dan sekadar alas perut juga. Masa inilah nak latih “makan ketika lapar” Macam tu juga dengan snacking petang.
5. AMALKAN SUKU-SUKU SEPARUH (SSS)
Jika kau memilih untuk makan nasi untuk lunch dan dinner amalkan pinggan SSS. Apa tu?
– Suku Pinggan Nasi
– Suku Pinggan Lauk
– Separuh Pinggan Sayur
Jangan gatal tangan repeat pinggan SSS kau tu untuk kedua kali pula. Walauapapun yang terjadi, tolong berhenti makan selepas pinggan SSS kau tu licin. Masa inilah kau nak latih diri kau ‘berhenti sebelum kenyang’.
6. NO KUIH MUIH OR JUNK FOOD
7. SENAMAN
Pilihlah apa-apa senaman yang kau mampu. Ringan-ringan saja. Search di Youtube. Buat 30 minit setiap hari.
Ok. Itu saja tips dari aku. Rasanya dah tak ada yang tertinggal kot
Aku bercerita melalui pengalaman aku dan aku bukanlah seorang coach. Jadi kalau tak setuju dengan cara diet aku, itu terserah kau orang. Yang rasa diet aku tak ok untuk kau, sila main jauh-jauh.
Yang rasa diet ni ok, ambil dan amal. Jangan buat pekasam. Sampai bila nak ternak lemak tu? Pastu salahkan aku bagi tips tak menjadi.
Goodluck gais. Enjoy your diet journey
Farhana Nazli
#tipskurusfarhananazli1
Artikel Lain: Rajin Buat Rutin Penjagaan Wajah Sejak Dulu. Rahsia Awet Muda Pak Nil Walau Usia Cecah 59 Tahun!