Melihat dirinya yang yang sentiasa ceria menghiburkan orang ramai dengan bakat lakonan mantap, tetapi tidak menduga rupanya ada sejarah hitam tersendiri.
Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick rupanya mengakui ada mengalami masalah Bipolar Disorder hingga pernah membuat cubaan membunuh diri ketika berusia belasan tahun.
Menghantar posting di laman Instagram minggu lalu, dia memberitahu keadaannya kini bergantung pada ubat anti kemurungan sejak seminggu lalu.
“Secara klinikal, saya disahkan menghidap bipolar disorder. Kini, saya perlu masa menghindari media sosial untuk fokus kepada diri sendiri. Sejak seminggu lalu (dan mungkin berterusan), saya perlu mengambil ubat anti kemurungan.
“Pada awalnya, saya fikir minda saya bekerja seperti biasa sama seperti orang lain. Saya memang ingat semua orang ada lebih daripada tiga atau empat suara dalam kepala mereka.
“Saya memang ingat ia bunyi suara-suara biasa yang bercakap di antara satu sama lain seperti perbincangan dalam kumpulan sehinggalah saya mula mengambil ubat-ubatan dan mengenal pasti sendiri,” katanya.
Janna berkata, dia tidak pasti jika penyakit itu ada hubung kait dengan genetik keluarga atau berkaitan dengan kisah-kisah lampaunya.
“Ketika berusia lapan tahun, saya pernah rasa mahu mati. Kehidupan kanak-kanak saya tidak seperti rakan yang lain. Sepak terajang memang makanan dan itu yang selalu saya ingat,” katanya lagi.
Menurut Janna, ketika berusia 14 tahun, dia cuba membunuh diri dengan menelan pil dan pelbagai jenis ubat.
Malah ketika berusia 15 tahun dan dalam persiapan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), dia pernah mengelar pergelangan tangannya di depan adik perempuannya.
“Saya datang dari keluarga tidak sempurna. Dulu, duduk sekolah asrama pun jauh,” katanya.
Menurut pelakon drama Melastik Ke Hatimu dan pengacara Melodi ini, setiap minggu dia hanya memendam perasaan melihat ibu bapa dan keluarga rakan-rakannya datang melawat anak masing-masing di asrama itu dengan membawa bekalan makanan.
Namun, dia hanya mampu mengintai di sebalik tingkap.
Sebaik muat naik status berkenaan, ramai rakan selebriti dan warganet yang memberi kata-kata semangat dan dorongan pada Janna Nick.
Biarpun pernah mencetus kontroversi sebelum ini, namun ramai simpati dengan masalah Bipolar Disorder yang dialaminya itu.
elizadsharifuddin Laillahaillaantasubhanakainnikuntuminazzalimin. Surround yourself with people who make you happy dear beautiful Janna . Jgn byk fikir . Allah sentiasa ada
budakijat Ada masa adik amalkan ayat 45 surah Ghafir yer. Fahamkan dalam dalam maksud dia. Jadikan zikir harian. InsyaAllah abg yakin Allah akan mudahkan semua utk adik. Abg akan doakan adik sentiasa.
ardellaryana Inshaallah All is well janna Out of suffering have emerged the strongest soul, the most massive characters are seared with scars . Semoga Sentiasa dalam Redha Allah
elvinamohamad Be strong janna, keep fighting! May Allah ease everything for you
catrionabrianross Janna, mental health is very important. Im glad you found help and please surround yourself w people & friends you trust. I pray & wish you heal. Sending you positivity
dayahbakar Dear Janna, you are one brave lady and I pray that Allah will make it easy for you , to be stronger . You are a fighter, remember that . Love you
Kredit Foto: Instagram Janna Nick
Artikel Berkaitan:
Hilang Deria Rasa & Bau, Sweet Qismina Disahkan Positif Covid-19. Kini Di Pusat Kuarantin!
5 Tahun Terlantar & Hilang Ingatan, Wanita Gembira Suami Kini Kembali Sihat
Hilang Deria Rasa & Bau, Sweet Qismina Disahkan Positif Covid-19. Kini Di Pusat Kuarantin!