Sebab Alahan Makanan, 2 Hari Ramona Zamzam Alami Derita Wajah Bengkak Teruk

Share

Kalau orang lain tiada masalah boleh makan apa saja makanan disukai kerana tiada alahan yang serius.

Tetapi lain pula halnya dengan pelakon Ramona Zamzam apabila dia berkongsi cerita apabila bibir dan matanya membengkak akibat alahan makanan.

Bercerita di laman Instagramnya, Ramona berkata dia sedar perkara itu sejak dua hari lalu apabila terdapat bintik-bintik timbul pada badanaya.

Menurutnya dia menyangkan hanyalah gigitan nyamuk tetapi semakin teruk dan jadi membengkak seperti peta dunia.

Selain itu Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Mohd Zamzam memberitahu pengalaman pertama alergik terhadap makanan ini turut membabitkan perubahan ketara pada bahagian bibir dan matanya.

“Hari ini (Selasa), saya bangun tidur tengok mata saya dah senget sebelah serta bibir pula semakin membengkak, ia seolah-olah kelihatan seperti saya telah buat pembedahan plastik yang gagal pada bahagian itu.

“Peta dunia penuh satu badan, bayangkan kena gigit nyamuk tapi bintik-bintik besar ada di seluruh badan. Tapi kat muka jadi bengkak macam dalam gambar ni, macam kena tumbuk.

Bagaimanapun, difahamkan dia telahpun pergi ke klinik kulit dan telah mendapatkan suntikan, ubat dan dibekalkan dengan ubat losyen untuk sapu daripada doktor pakar kulit.

“Help! Siapa yg biasa ada food allergy reaction please share with me you guys punya experience 

“Actually Ramona dah perasan 2 hari lepas mcm dah ada bintik bintat (more like kena gigit nyamuk). Ada 2-3 biji je & tak gatal sgt so i ignored. Pastu smlm it got worse, dari bentuk gigit nyamuk and then it became like a world map (ada satu yg kecik punya on my neck in the photo).

“Smlm the whole night susah gila nak tido sbb rasa gatal, and i tried my very best utk tak garu! And today i woke up dgn mata senget sebelah, my lips went all full thick that made me look like my lip job went wrong. 

“Peta dunia penuh satu badan, imagine kene gigit nyamuk but big patches everywhere on my body. Tapi kat muka dia jadi bengkak mcm dlm gambar ni, like kena tumbuk.

“Everywhere is so itchy it makes me so angry sbb tak tahan GATAL GILA siapa ada experience mcm ni tolg share dgn Ramona what did u eat? Korang garu ke tak? Kalau tak tahan korg buat apa? What kind of food that i need to avoid? Kalau bukan food what could it be?

“I remember years ago when i was watching ‘Hitch’ movie and bila sampai scene Will Smith punya muka bengkak sbb he ate walnut, i looked something like that this morning 

“My whole life i get to eat what i want, tak pernah ada allergy apa2, can it suddenly happen like now? Anyway Ramona dah pegi skin doctor pagi tadi and i had an injection, ada ubat mkn & lotion utk sapu.

“I’m super new in this so kalau any of you dah biasa go thru this kinda thing please share your experience 

Stressnyaaaaaaa

Kredit Foto: Instagram Ramona Zamzam

Artikel Berkaitan:

Doktor Ini Kongsi Cara Betul Defrost Bahan Mentah Elak Bakteria Membiak, Punca Keracunan Makanan

Diet Cara Sihat Guna ‘Air Fryer’, Tapi Elak 5 Kesalahan Ini Setiap Kali Gunakannya

Published by
Siti Zurina Mat Saman