Nama Datuk Hajah Sarimah Ahmad tetap menjadi pujaan dan lagenda, walau sudah lama meninggalkan dunia glamour namun kehidupannya tetap menjadi tumpuan peminat.
Bakal menginjak ke umur 81 tahun bulan April nanti, dia kelihatan masih cantik dan sihat macam dulu.
Malah jika dilihat wajah dan fizikal pelakon wanita Malaysia yang terkenal dalam filem hitam putih Melayu era 1960-an dan 1970-an ini, langsung tak nampak usianya sudah mencecah 80-an, seolah-olah macam 50-an.
Agaknya apa rahsia awet muda beliau? Jom kita selongkar beberapa amalannya.
Petua Awet Muda Sarimah Ahmad
Ini antara tips dan rahsia awet muda yang beliau kongsikan ialah :
Ads
1. Bangun Tidur Dan Mandi Sebelum Subuh
Seawal usia 4 tahun lagi beliau telah dididik oleh ibu bapa untuk mandi pada pukul 5 pagi dengan air perigi yang sangat sejuk. Air yang sejuk sangat baik untuk kesihatan, ditambah lagi dengan mandi sebelum Subuh.
Kini seawal jam 3.30 pagi atau selewat-lewatnya 5.00 pagi beliau akan bangun dan terus mandi. Kemudian beliau melakukan solat Tahajjud, solat Taubat dan membaca Al-Quran sebelum solat Subuh.
2. Melakukan Senaman
Beliau sangat berdisiplin dalam melakukan senaman. Setelah bangun dari tidur beliau melakukan senaman regangan selama 30 minit. Dan melakukan kerja-kerja rumah untuk mengeluarkan peluh.
Ads
3. Amalkan Makanan Sunnah
Walaupun telah mempunyai 32 orang cucu dan 5 orang cicit beliau masih kelihatan anggun. Sebelum solat Subuh, beliau minum air zamzam, mengambil satu camca extra vir gin olive oil yang dicampur dengan habbatus sauda, satu camca madu lebah asli (King of Madu) dan minum air suam.
4. Makan Masakan Tanpa Minyak
Beliau lebih gemarkan makanan yang dimasak tanpa minyak seperti ikan bakar yang dimakan dengan sayur masak air sahaja.
5. Makan Buah-buahan dan Ulam-ulaman
Beliau mengambil buah-buahan seperti betik, nanas dan pisang kerana mengandungi banyak serat dan juga jimat dari segi kos. Amalan makan ulam-ulaman juga telah menjadi kebiasaan hasil ajaran ibu beliau.
6. Elak Tidur dalam Bilik Berhawa Dingin
Amalan beliau sejak dari dulu ialah tidak tidur dalam bilik berhawa dingin kerana ia tidak baik untuk kesihatan.
Ads
7. Setiap Perbuatan Mesti Ikhlas
Akhir sekali, tips yang beliau berikan ialah setiap pekerjaan mesti dilakukan dengan ikhlas dan semata-mata kerana Allah.
Khabarnya, Datuk Sarimah sekarang lebih selesa hidup sederhana. Pernah dia berkongsi, penglibatannya dalam dunia lakonan bukan untuk populariti, glamour dan juga duit.
Itulah Sarimah, seniwati yang popular sejak di zaman Studio Jalan Ampas sehinggalah hari ini, meskipun beliau telah lama meletakkan noktah dalam dunia seninya.
Kalau dilihat, tips yang beliau amalkan tidaklah sukar. Malah, cukup bagus untuk kita cedok masuk dalam kehidupan kita. Jom sama-sama amalkan untuk sentiasa awet muda walau berapa pun usia kita sekarang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mungkin masih ramai lagi tak tahu kelebihan pakai masker kunyit yogurt yang cukup bagus membantu cerahkan kulit dan hilangkan masalah kulit kusam.
Paling best, kulit jadi lebih anjal. Memang sesuai sangat disapu jika anda jenis tak rajin nak pakai skincare yang ada banyak langkah.
Jom godek tips cantik daripada Puan Rosnani Ikan ini. Sekurang-kurangnya kulit anda tidak lah terlalu bermasalah dengan jeragat dan jerawat.
Cerahkan Kulit Guna Masker Kunyit Yogurt, Hilang Terus Masalah Kulit Kusam
Bahan :
½ sudu serbuk kunyit
2 sudu yogurt
Ini Caranya :
Campurkan kedua bahan
Sapu rata kat muka
Biarkan 30 minit
Bilas dengan air bersih
Kunyit bersifat anti-radang, anti-septik, anti-bakteria dan anti-penuaan. Sebab tu memang bagus sangat untuk buat mask. Boleh rawat dan pudarkan parut jerawat Iagi.
Kunyit juga mengandungi sebatian yang dikenali sebagai ‘curcumin’ yang membentuk pigmen kuning. Berfungsi sebagai pewarna untuk memberi warna kulit lebih cerah.
Yogurt pulak mengandungi asam laktat dan zinc. Bagus untuk menganjalkan kulit dan menghilangkan tanda awal penuaan.
Bila dua bahan ni bergabung memang bestlah hasil dia. Amalkan masker ini dua hingga tiga kali seminggu ok.
Tak susah pun nak dapat kulit cantik. Yang penting rajin. Untuk mummy yang super busy dan tak ada masa, amalkan je produk terbaik sedia ada.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rupanya kuku rosak pun berkait dengan masalah kesihatan kita, sama ada bertompok putih, merah atau rapuh, setiap satunya ada maksud tersendiri.
Cuba semak kuku anda dan perhatikan adakah ada berkait seperti yang dinyatakan. Haa… kalau terjebak sama, anda boleh jumpa doktor pakar untuk lakukan pemeriksaan kesihatan.
Kuku Rosak Petanda Ada Penyakit, Cuba Semak!
Ini antara masalah kuku rosak yang berkait dengan masalah kesihatan seperti yang dinyatakan dalam portal Hello Doktor, semak ya.
Kuku rapuh
Kuku yang kering, rapuh atau kerap patah ini menunjukkan tanda masalah kesihatan iaitu penyakit tiroid. Dan kuku retak atau terbelah dengan warna kuning pula, menunjukkan jangkitan kulat.
Kuku beralun
Kuku beralun dengan garis menegak atau beralun pula, menunjukkan masalah kesihatan buah pinggang dan tulang. Manakala permukaan kuku bergelombang atau berlubang pula, boleh menjadi tanda psoriasis atau athritis.
Jalur menegak disertai perubahan warna kuku adalah tanda anemia. Garisan mendatar menunjukkan penyakit seperti buah pinggang.
Berbintik putih
Jika ada bintik-bintik putih di kuku, boleh menjadi tanda bahawa badan kamu kekurangan zink dan kalsium. Tak bahaya, cuma kamu perlu tingkatkan tahap pengambilan nutrisi untuk elak masalah kesihatan lain pada masa akan datang.
Pucat atau kuning
Kuku pucat mencerminkan masalah kesihatan yang melibatkan hati, buah pinggang atau jantung. Keadaan ini juga boleh menjadi tanda anemia, kesesakan jantung atau kekurangan nutrisi.
Kuku kuning pula dikaitkan dengan masalah bronkitis kronik, tiroid, paru-paru, diabetes atau psoriasis.
Ada garisan hitam
Garisan hitam di kuku boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti trauma atau tersepit pintu. Dan keadaan ini juga boleh berlaku disebabkan oleh beberapa masalah kesihatan seperti melanoma atau kanser.
Kalau perasan garisan hitam ini sudah berada di kuku terlalu lama, cepat-cepat dapatkan nasihat dan pemeriksaan okay?
Tiada bentuk bulan sabit
Siapa yang ada bentuk bulan sabit berwarna putih di kukunya, bermakna dirinya adalah sihat. Tapi kalau tiada, ia membawa maksud badan kamu kekurangan zat, kemurungan atau anemia.
Sila jumpa dengan doktor kalau kuku nampak merah dan alami simptom seperti pening, gelisah atau sakit kepala.
Selamat beramal!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila kita memiliki tubuh sedikit berisi pasti tidak akan terlepas dari kata-kata hinaan atau cacian daripada orang sekeliling.
Namun kecaman yang diterima itu kadang-kadang memberi motivasi untuk kita berubah ke arah lebih baik.
Seperti perkongsian Faten Sharif dari Grup Diet Suku-Suku Separuh yang pernah dihina dan dipanggil badak serta ditinggalkan oleh sebab mempunyai badan gemuk dan berisi.
Namun berkat hampir setahun mengamalkan diet, dia akhirnya berjaya menurunkan berat sehingga 38 kg.
Hilang 38 KG Dalam Masa Setahun
Hai assalamualaikum..saya start dari hujung bulan 12 tahun lepas..ke gym ada la sekali dua,selebihnya saya workout/zumba di rumah sahaja.
Pemakanan saya ikut 100% seperti yang group dass ajar..tapi kadang-kadang ade je hari saya lupakan diet, tapi jangan makan macam lupa diri pulak..Sebab dalam keadaan ini saya cuba enjoy dalam diet..
Saya pernah di hina,di panggil badak..pernah di tinggalkan oleh lelaki sebab keadaan badan yang gemuk dan berisi..
Sebelum, berat cecah 95 kg.
Dan paling sakit,saya sering di banding-bandingkan dengan perempuan lain..and alhmdulillah,saya sedar perkara tu..saya tinggalkan dia,dan saya buat perubahan untuk diri saya.
Bukan niat untuk menunjuk kepada dia..saya berniat hanya untuk jadikan kata kata dia sebagai pembakar semangat..Dan selebihnya untuk kesihatan sendiri..
Dari 95kg..gambar terbaru baju hitam 57kg..dengan ketinggian 160cm..
Terbaru, berat 57 kg.
Sekarang misi untuk cari jodoh sahaja..umur dah 27 tahun depan..impian nak pakai dress insyallah kalau kahwin nanti terlaksana la