Ada orang tak suka baca komen netizen tetapi penyanyi, Iman Troye pula obses membaca komen yang ditulis terhadapnya kerana menyifatkan itu sebagai teguran untuk memperbaiki diri.
Jadi itu pilihan masing-masing, kalau rasa mental kuat boleh teruskan. Namun jika sebaliknya, anda boleh hentikan dan abaikan.
Pesanan Iman Troye
Menurut portal Kosmo!, Iman atau nama sebenarnya Iman Alyssa Sahabuddin, 21, komen netizen lebih jujur selain percaya kawan baik tidak selantang orang luar dalam menegur kesalahan yang dilakukannya.
Ads
“Saya sangat suka baca komen. Itu masalah saya tapi terpulang macam mana orang kendalikannya. Macam saya, saya suka baca komen sebab siapa nak tegur kita depan-depan betul tak? Tak mungkin kawan-kawan akan tegur kita.
“Jadi, saya akan baca untuk saya betulkan apa yang saya silap. Lebih kepada cara netizen berfikir kepada saya. Macam sekarang saya bersyukur ada orang yang beri perhatian pada saya, masih ada orang tegur saya.
“Saya kena ambil perkara itu secara serius demi perbaiki diri. Melainkan kalau tak ada orang tegur saya, itu kita kena risau,” ujarnya menerusi video dalam TikTok.
Ads
Jangan Baca Komen
Pun begitu, pelantun lagu Teman itu menitipkan pesanan kepada rakan seperjuangannya supaya tidak membaca komen sekiranya boleh mengganggu kesihatan mental.
“Kalau bila dah baca dan rasa gelisah dan tak senang hati, kalian tutup telefon dan pergi luangkan masa dengan orang tersayang.
Ads
“Itu paling penting sebab kesihatan mental ini nak guna lama.
“Macam saya, saya rasa okey sebab saya nak ambil komen secara serius. Komen yang saya baca tergelak contohnya ramai menyamakan wajah saya macam Datuk Vida tapi saya tidak berkecil hati,” katanya.
Kalau ikutkan gejala buli siber sangat membimbangkan dalam media sosial. Sehingga ada kes bunuh diri disebabkan tertekan dan sakit hati dikritik orang luar yang langsung tidak bertanggung jawab apabila menulis patah perkataan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada yang yang begitu beria-ia mahu kuruskan badan kerana tidak selesa dengan bentuk fizikal yang ada. Namun ada juga yang pernah kisah dengan bentuk badan sedia ada.
Namun siapa sangka dari kerana mahu hilangkan rasa bosan terus menjadi rutin sehingga berjaya dapat hasil mengkagumkan.
Semuanya bermula pada pertengahan tahun lepas apabila waktu cuti dan tidak ada aktiviti mahu dibuat, wanita ini Intan Suhaila terus saja naik atas treadmill yang dibeli oleh adiknya ketika musim PKP pertama dulu.
Sebelum itu memang tiada hati untuk melakukan aktiviti berkenaan tetapi apabila sekali buat dan berpeluh menjadikan dirinya seronok untuk lakukan berulang kali.
Bermula dari situ, adiknya invite dia untuk join grup diet suku-suku separuh. Dan bermulanya perjalanan diet hingga berjaya menurunkan berat badan.
Sebelum ini beratnya sekitar 84.5 kg tetapi kini hanya 55 kg dengan berjaya melenyapkan hampir 29 kg.
Sebenarnya langsung tak ada plan nk kurus pun. Semuanya bermula pada tarikh 24/06 tahun lepas saya bosan ketika offday tidak ada apa buat, jadi saya naik atas treadmill yang adik saya beli masa pkp 1.0 tu.
Dia bosan tak boleh kuar jogging. Sebelum itu, tiga bulan dah ada treadmill tu saya tak ada hati pun nak naik sebab memang tak plan nak kurus pun.
Buat selama 1 -2 jam rasa seronok sebab berpeluh-peluh. Lepas itu adik cakap dah boleh start kurangkan makan, adik invite saya dalam grup DSSS itu. Adik saya dah 2 tahun diet. Dia pun lost weight banyak.
Adik memang gemuk dari kecik. Saya pulak berat naik lepas bersalin. Seorang anak naik 20 kg, 2 anak 40kg.
Mulanya saya tak yakin saya boleh teruskan diet ini sebab orang cakap nak diet kena stop minuman 3in1. Saya pula dah tahap ketagih 3in1. Stop hari ini mesti nak minum. Saya banyak baca komen kawan-kawan dalam grup DSSS cakap tukar kepada 2in1.
So saya beli Essenso kuning, Cafe 21 & Kopi O No sugar. Alhamdulillah, tekak bolah telan. Slow-slow saya kurangkan air manis, stop dulu fast food, kek & aiskrim. Masa birthday saya bulan 9 pun sayaa tak jamah kek.
Nasi pun saya sukat, lauk sedap pun dah tak boleh tambah nasi lagi. Lauk makan saja apa yang ada. Saya tak rajin nak grill /bakar. Yang paling best saya still boleh makan yong tau fu, tomyam & sop. Saya suka makan makanan yang berkuah dan panas-panas.
Breakfast pula saya makan telur rebus 2 biji tambah timun / salad & sos kewpi. Stop makan kuih-muih, roti canai / nasi lemak. Itu semua tinggi kalori
Lepas dah boleh control makan, saya try buat IF plak. Bila IF saya cut breakfast, pukul 12 ke atas terus lunch. IF sy standart dlm 18-20 jam.
Exercise masa awal-awal itu just brisk walk atas treadmill dalam 1jam setiap hari. Dua bulan saya lost 10kg. 4 bulan 20kg. Lepas itu dalam 8kg berat dah slow sikit turun. Tapi saya tak boleh cepat down, saya kena teruskan sampai capai target 55kg.
Coach Sam cakap kalau berat dah plateau try ubah menu yang kita makan setiap hari. So saya start makan balik nasi lemak, kuih muih & kek tapi masih dalam portion lah. Yes, berat turun. Saya jugak buat puasa Isnin, Khamis masa berat dah start plateau itu.
Bulan December hari itu saya try ubah exercise plak. Saya try skipping. Dari langsung tak reti nak skipping sampai dah mahir
Apa-apa pun pada pendapat saya kalau nak diet kita kena rajin gali ilmu, banyakkan membaca post² freeyang coach share tu. Saya memang bermula dengan zero. Sebab selama ini saya selalu berfikir negatif kalau orang suruh diet.
Bagi saya lepas dah kurus mesti berat naik balik. Tapi itu sebenarnyar kalau salah cara diet memang jadi macam itu. Rupa-rupanya diet ini makan saja lah tapi jg portion. Jangan melantak
Sekarang ini saya dah berani lah rasa 1,2 teguk air manis. Tapi tak adalah minum sampai secawan. Sekadar merasa.
Tidak dinafikan ada sesetengah daripada kita terlalu obses untuk menurunkan berat dengan melakukan cara tidak sepatutnya.
Misalnya sanggup berlapar tanpa makan dan minum sepanjang hari, muntah balik apa yang dimakan ataupun bergantung sepenuhnya dengan produk suplemen kerana mengandaikan boleh cepat menurunkan berat badan.
Namun sebenarnya untuk kurus tidak perlu terlalu obses diet sebegitu, cukup sekadar melakukan apa yang termampu dengan kemampuan diri.
Seperti perkongsian wanita ini Hazwah Mohamed yang hanya amalkan kalori defisit dan juga workout. Tetapi menurutnya sebelum itu dia juga turut mengamalkan kaedah intermittent fasting.
Dia hanya memilih senaman aerobik ataupun mengayuh basikal untuk mengeluarkan peluh. Akhirnya berjaya menurunkan berat sehingga 23 kg berbanding berat sebelumnya.
Turun 23 KG, Lepas Pilih Aerobic Untuk Workout
Nak share la jugak.. Baju yang sama, saiz yang berbeza. Berat tahun 2018 itu 87kg rasanya dengan ketinggian 157cm. Berat sekarang lebih kurang 64kg.
Tips… Saya memang amalkan kalori defisit & workout. Workout apa saya buat? Saya suka pegi erobik. Kat rumah Kadang-kadang saya ngayuh untuk keluar peluh.
Belum dapat berat normal pun. Slow je progress, tapi saya hepi2 je. Time nak makan sedap, saya makan je.
Yang penting saya tau saya tak terlebih makan & consistent dengan exercise & workout. Itu je dah buat puas hati.
Setiap kali melihat perkembangan Datin Lisa Surihani, rasa sejuk mata memandang. Bermula dengan tukar penampilan memakai hijab dan terus memilih pakaian longgar dan terkini baiki bacaan al Quran.
Selayaknya dia dijadikan inspirasi buat wanita yang mahu ‘berhijrah’ dalam fesyen dan gaya hidup.
Datin Lisa Surihani Baiki Bacaan Al Quran
Datin Lisa ada berkongsi tentang penglibatannya dalam sebuah program tadarus al-Quran. Kalau ikutkan dia rasa kurang yakin dengan bacaan ketika mengaji namun bagi menangani situasi itu, Lisa atau nama penuhnya Lisa Surihani Mohamed, 37 tahun mengambil pelbagai inisiatif dengan menyertai pelbagai kelas mengaji termasuk usaha melawan masalah pelat huruf R.
“Beberapa kali dipelawa untuk terlibat dalam program tadarus al-Quran tetapi saya selalu menolak dengan baik sebab terfikir cara bacaan agak merangkak, segan dan banyak lagi alasan diberi.
“Sementara itu, saya pasang niat supaya hubungan dengan al-Quran diperbaiki lagi. Saya cuba sertai kumpulan tadarus bersama qariah kejiranan kawasan perumahan, mengaji online dan mendaftar kelas tajwid serta tadabbur.
“Subhanallah memang sukar ditambah pula dengan pelat sebutan huruf R. Syukur saya dikelilingi keluarga dan sahabat rapat yang banyak memberi dorongan,” tulisnya dalam Instagram.
Usah Fikr Negatif Cakap Orang
Pelakon itu turut berpendapat tidak mengapa bacaan kurang sempurna namun sekurang-kurangnya mempunyai usaha untuk menjadikan al-Quran sebagai sahabat baik.
“Tahun ini saya berdoa agar dipasangkan niat dengan betul. Anggap ini satu kelas mengaji yang dipantau oleh qari dan qariah.
“Sekiranya penglibatan saya ini dapat membuka pintu hati mereka yang lalui kesukaran seperti saya untuk jadikan al-Quran kawan baik mereka, bukakanlah pintu ruang dan peluang itu untuk mereka dan permudah usaha mereka,” jelasnya.
Ujarnya lagi, setiap individu juga tidak perlu terlampau memikikan pandangan negatif orang ramai sekiranya bacaan al-Quran masih kurang mahir.
Bahkan, meskipun seseorang itu sudah fasih membaca al-Quran, kita tetap perlu belajar atau berguru kerana masih banyak intipati tersirat yang boleh diteroka.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!