Roti mengandungi karbohidrat yang boleh menggantikan nasi. Ramai wanita berdiet memilih roti untuk memberi rasa kenyang.
Roti yang terbaik adalah roti yang berasaskan gandum. Roti tawar gandum dapat memenuhi keperluan kalori setiap hari dengan kandungan serat yang tinggi dan hanya mengandungi 12.26 gram karbohidat dalam sepotong roti.
Manakala protein dalam gandum yang digelar gluten dapat diukur dengan kadar kekerasan roti. Semakin keras tekstur roti maka semakin banyak protein di dalamnya. Kandungan protein dalam sepotong roti sekitar 5 gram.
Manfaat Roti Tawar Gandum:
1. Membantu program diet kerana kandungan serat tunggi yang baik untuk pencernaan.
2. Menurunkan kolesterol kerana mampu mengikat asid yang dikeluarkan oleh hempedu (bile asid). Asid ini yang menjadi punca kolesterol.
3. Mengandungi serat tinggi.
4. Mengandungi vitamin dan mineral seperti vitamin E, B2 dan niasin.
5. Elok untuk pesakit diabetes kerana kandungan glikemik rendah.
Ini Pula Jenis-Jenis Roti Patut Tahu:
French bread/baguette
Terkenal sebagai roti tongkat kerana bentuknya. Biasa dibuat roti bawang putih atau bruschetta dan sedap dimakan bersama sup.
Pain au levain
Sejenis roti perancis yang berbentuk bulat. Roti padat dan mempunyai kulit keras. Sedap dimakan dengan mentega dan dimakan dengan sup.
Frankenbrot
Berasal dari Jerman dengan bentuk yang panjang seperti baguette tetapi tidak tinggi.
Whole wheat
Diperbuat daripada tepung dengan warna kecoklatan dan tekstur seperti kulit gandum. Pilihan sihat dengan kandungan serat yang tinggi.
White bread
Roti tawar biasa yang dipotong nipis.
Roti gandum
Sama dengan whole wheat tetapi sudah dipotong-potong. Lebih sihat dan diperbuat daripada tepung gandum.
Nak cantik tanpa parut dengan tidak menggunakan sebarang produk, kesannya mungkin agak lambat tapi lebih selamat!
Selain parut bahan semulajadi ini juga boleh digunakan untuk pudarkan parut jerawat pada muka. Kalau bahan dah ada kat rumah boleh je cuba guna.
Cantik Tanpa Parut
Selain parut luka, anda juga boleh menggunakannya untuk memudarkan parut jerawat pada muka.
LEMON
Potong buah lemon kepada dua bahagian. Sapu pada parut sambil itu picit sedikit demi sedikit hingga keluar jusnya.
Lemon berfungsi sebagai peluntur semula jadi, menjadikannya bahan efektif untuk menghilangkan sebarang kesan parut.
Untuk kesan lebih bagus, minum jus lemon tanpa gula dua kali sehari selama 15 hari.
MINYAK ROSEHIP SEED
Titiskan sedikit minyak pada jari dan urut perlahan-lahan pada parut. Lakukan dua kali sehari.
Minyak ini biasanya digunakan dalam industri kosmetik terutamanya krim penghilang parut.
KIUB AIS
Ambil kiub ais dan lakukan pada parut.
Lakukan sekerap mungkin.
photo: canva.com
DAUN ALOE VERA
Potong daunnya dan picit sehingga keluar cairan.
Ambil dan sapukan pada parut.
MADU
Letak sedikit madu pada parut dan urut perlahan-lahan.
Biarkan kering baru dibilas.
SERBUK SANDALWOOD
Campurkan sedikit air mawar (rosewater) atau susu pada serbuk sandalwood dan sapukan pada parut perlahan-lahan.
Biarkan selama sejam dan bilas dengan air sejuk.
KENTANG
Hiris kentang mentah dan sapukan pada parut.
photo: canva.com
MINYAK KELAPA
Sebaik sahaja luka kecil terus sembuh, cepat-cepat sapu minyak kelapa. Parut akan mudah hilang..
MINYAK ZAITUN
Titis sedikit minyak zaitun pada jari dan sapu di parut. Lakukan setiap hari untuk kesan yang segera.
TIMUN
Seperti kentang, hiris timun dan sapukan jusnya pada parut.
photo: canva.com
TOMATO
Hiris tomato dan tekap pada parut. Kalau rajin, nak kisar dan tampal jadikan masker pun boleh!
SODA BIKARBONAT
Ambil lima sudu soda bikarbonat dan campur sedikit air untuk jadikan pes. Sapu pada parut dan lakukan tiga kali seminggu.
*TIDAK SECEPAT BAHAN KIMIA*
photo: canva.com
Bahan semula jadi biasanya mengambil masa yang lama untuk menghilangkan kesan parut namun ia dijamin selamat untuk semua jenis kulit sekali gus tidak merosakkan kulit.
Bukan itu saja, petua menghilangkan parut di atas ini juga menggunakan bahan yang mudah didapati, murah, selamat, dan tiada kesan sampingan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menurut Pakar Kecantikan & Spa Tradisional Safah Herbs, Puan Foziah Mohd Foad atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Gee berkongsi teknik urutan sengkak wajah yang dikatakan mampu menjadikan wajah berbentuk tirus dan runcing, menaikkan pipi sekaligus tampil awet muda.
“Sebenarnya ramai yang bertanya boleh ke muka kita ini disengkak atau ada ke rawatan untuk itu. Sebenarnya muka kita ini sama juga seperti anggota badan.
“Yang mana kita akan rasa penat, lesu, letih. jadi facial sengkak adalah satu satu teknik rawatan paling bagus untuk kembalikan seri wajah untuk kekal awet muda,” katanya yang turut menunjukan teknik rawatan ini yang mengambil masa hampir sejam bermula dengan pembersihan dan penyentalan wajah.
Ini adalah untuk membuang kotoran, sisa mekap serta mendapat minyak pori, bahan yang digunakan adalah cleansing milk serta scrub kacang bijan.
Proses seterusnya dilakukan adalah pengewapan untuk melembutkan urat saraf limfatik dan melembutkan kulit wajah.
Kemudian dilakukan pula proses laser frequency yang bertujuan untuk matikan kuman dan bakteria pada muka.
Puan Foziah juga turut menunjukkan proses berikutnya iaitu proses pembuangan bintik hitam/putih bagi memastikan wajah licin dan memastikan pori tidak tersumbat.
Dan langkah berikutnya adalah jurus sengkak wajah yang bertujuan untuk mengaktifkan saraf di titik limpatik pada wajah agar berseri dan segar.
Turut dilakukan proses jurus pipi membutlat bagi melancarkan aliran darah sekitar wajah terutama pipi. kemudian dilakukan pula jurus pipi bersilang untuk membentuk dan menaikkan tulang pipi.
Selain itu turut dilakukan jurus rahang bersilang bagi memastikan dapat membentuk muka tirus dan runcing.
Manakala jurus pipi berkait pula adalah untuk membentuk tulang pipi yang tinggi dan montok. Sementara jurus sinaran mata pula dilakukan bertujuan untuk mengurangkan lingkaran gelap, bengkak dan sembap mata.
Akhir sekali dilakukan jurus sengkak bertaut untuk mengaktifkan saraf limpatik, sel kulit dan kolagen pada wajah.
Dan proses ini ditutup dengan proses berpupur wajah bagi membantu mengembalikan vitamin kulit, menganjal dan mencerahkan kulit wajah. Tidak dilupakan jurus tepuk getar untuk membangkitkan saraf, menyegar dan menegang otot wajah.