Usianya baru mencecah 21 tahun tetapi berat badannya sangat membimbangkan. Malah dia selalu membayangkan orang akan ingat dirinya sedang mengandung.
Sebelum ini cuba untuk menurunkan berat badan tetapi kebanyakan tidak menjadi. Dia juga selalu komplain berharap dirinya boleh kurus, tetapi usaha dan motivasi kurang menyebabkan impian tak kesampaian.
Malah gadis ini juga pernah menangis lihat dirinya sebelum ini. Dan kini apabila sudah mendapat berat ideal, dia sangat bangga dengan dirinya sendiri.
Artikel Lain: Jaga Portion & Rajin Skipping. Rahsia Pasangan Kembar Ini Dapat Berat Ideal Sebelum Raya!
Ini cara dilakukan oleh Nur Rasyiqah yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 24 kg dalam masa 4 bulan, terutama dalam bab menjaga pemakanan dengan menggunakan kaedah diet suku-suku separuh.
Kalau dulu berat gadis ini sekitar 87 kg dan kini hanya 63 kg. Pencapaian yang sangat menakjubkan, namun segalanya adalah dengan semangat juang yang tinggi.
Sarapan, 8 pagi
– Telur rebus 2 biji atau 3 biji
– Telur boleh digantikan dengan roti gandum penuh dengan mentega kacang tanpa gula atau rolled oat dengan susu rendah lemak
Snacking, 10 pagi
– Ambil buah untuk snek, epal atau jambu batu
– Kacang (bakar)
Makan tengah hari, 1 atau 2 petang
– Nasi suku (nasi putih biasa je), awal-awal diet Syiqah memang tak tinggal nasi
– Lauk separuh (rebus, bakar), boleh ambil ikan atau ayam , Syiqah lebih banyak makan ikan dari ayam
Makan malam, 6 petang atau 8 malam
– Makan malam pula, Syiqah memang tak ambil makanan berat, makan telur 2 biji untuk alas perut sampai esok. Kalau taknak telur, boleh gantikan juga dengan protein tanpa karbohidrat. Contohnya ikan dan sayur; atau ayam dan sayur.
Senaman
Rutin harian Syiqah memang wajib bersenam, seminggu 1 hari je Syiqah rehat. Senaman Syiqah selalu rawak je, tapi kalau dekat Youtube tu, Syiqah selalu tengok Chloe Ting.
Tapi mula-mula Syiqah cuma buat:
– Plank
– High knees
– Jumping jack
– Jumping (macam skipping, tapi takde tali haha, ni kelakar, tapi berpeluh okay. Saya cuma malas nak pakai tali)
Artikel Lain: Kurus Sebab Nak Cantik Untuk Suami, Wanita Ini Aktif Buat Workout
Waktu bersenam:
– 15 – 30 minit minimum
– 40 minit – 1 jam maksimum
Pantang larang
Menurut Rasyiqah, dia kurang menggemari konsep cheatday, terutamanya jika khuatir tidak dapat mengawal diri untuk menjaga pemakanan pada hari tersebut.
“Pantang larang masa diet, jangan letakkan cheat day sebagai alasan hilangkan tekanan. Syiqah ada 2 hari je cheat day.
“Sebab ada sesetengah orang berdiet, setiap minggu ada cheat day atau sebulan sekali. Kalau nak kesan yang lebih cepat, jangan ada cheat day lebih baik.
Ini kerana disebabkan cheat kadang-kadang orang tak sedar boleh rosakkan diet seminggu. Seharian kita bebas makan apa je kita nak, jadi pengambilan kalori kita dalam tak sedar mungkin dah berlebihan, jelasnya.
Bagaimanapun, tambahnya lagi, tiada masalah bagi mereka yang yakin mampu untuk mengawal diri agar tidak berlebihan ketika cheat day.
Artikel Berkaitan:
Wanita Ini Kongsi Menu Diet Sihat Lengkap Sebulan, Hasilnya Suami Berjaya Lenyapkan 20 KG