Hebat, tetap turun kilo walau makan tiga kali sehari. Inilah cara yang betul, bukan sampai seksakan tekak sebab nak kurus semata. Jadi kalau anda berniat nak kurus, jom selongkar rahsia kurus wanita ini.
Menurut perjalanan diet Puan Nashita Md Noor
, dia ubah cara makan selepas diagnosed Hypertension dan diabetes.“Saya ambil servis dietitian dan diajar cara makan yang betul. Saya cuba ikut sehabis baik. Mulanya sedih dan sayu saja belum pandai olah menu.
“Ada ketika saya siap order packed menu untuk beberapa hari terus. Banyaklah belanja. Demi nak sihat kan,” kongsinya tentang diet sihat.
Akhirnya pandai juga cantikkan dan meriahkan hidangan. Makan 3 kali sehari last makan jam 7. Malam snacking biskut tapi ada had.
Banyak saya baca ramai yang berjaya turun berat badan dan sihat cara ini. Makan suku-suku separuh.
Sebelum ini tabiat makan saya amat buruk. Pagi satu mug nescafe. Nasi goreng, bihun goreng nasi lemak. Kalau buat cekodok satu pinggan boleh habis seorang. Malam boleh mengunyah kerepek sampai lewat malam.
Saya amat nasihatkan semua untuk mula jaga makan, exercise, tidur awal dan jangan cipta alasan.
Gambar contoh saiz senduk untuk portion nasi. Dua senduk diratakan.
Haa.. kalau anda betul nak turunkan kilo dengan cara makan tiga kali sehari, boleh ikut tips wanita ini ya. Nanti boleh lah merasa pakai baju lebih kecil raya tahun ini!