Lisdawati Pilih Bersenam Lepas Subuh, Nak Tubuh Sihat Kena Rajin!

Share

Pelakon wanita, Lisdawati Nazaruddin mendedahkan pernah diuji tanpa sebarang tawaran lakonan selama empat tahun.

Dan ujian itu datang selepas dia membuat keputusan menutup aurat sepenuhnya. Namun apa pun yang tiba, isteri kepada Fauzi Nawawi ini tetap memilih untuk istiqomah walau tiada tawaran daripada pihak produksi.

Berumur 45 tahun dengan status ibu kepada empat orang anak, tidak mematahkan semangatnya untuk jaga badan. Apatah lagi dia sekarang fokus keluarga sebagai suri rumah.

Lisdawati Pilih Bersenam Lepas Subuh

Melihat perkembangan semasa Lisda, dia cukup aktif berkongsi video senaman di laman media sosial. Patutlah maintain badan slim, dia rajin bersenam dan amalkan gaya kehidupan sihat.

Cerita Lisdawati, “Sekarang tak ada kerja, hanya suri rumah. Jadi lepas subuh, curi masa pergi jogging lah.

“Saya suka makan, jadi kena senam. Ambil supplements tambahan untuk maintain berat badan.”

Cara Keluarkan Peluh Bagi Ibu Sibuk

Pernah juga Lisdawati berkongsi cara dia keluarkan peluh lepas bersalin dulu di majalah Pama

, salah satu tip untuk sentiasa sihat ialah melakukan senaman ringan dan tugasan harian di rumah tanpa menggunakan kipas dan penyaman udara.

Mungkin ini adalah salah satu cara semula jadi untuk bersauna.

Lisdawati juga sempat selitkan tip sihat untuk wanita bergelar ibu sibuk:

  1. Banyak sayur dalam masakan.

2. Banyak minum air suam.

3. Rajinkan diri senam ringan atau lakukan tugasan harian di rumah (tutup kipas dan aircond) / Sauna.

4. Berhenti makan sebelum jam 9 malam.

Hah, mudah bukan? Anda yang tak ada masa pun boleh buat kalau nak maintain berat badan dan pakai baju saiz kecil. Yang niat nak jaga badan biasanya bukan nak cantik sahaja tetapi lebih kepada nak sihat untuk mudah bergerak dan beribadat.

Selamat mencuba, wanita sibuk!

Kredit gambar dan info: Lisdawati

 

IKLAN