Lepas Empat Bulan Buat Bariatrik, Hasilnya Penampilan Melly Goeslaw Makin Cantik & Langsing. Tidak dinafikan ramai terkejut dengan penampilan terkini Melly Goeslaw yang kelihatan semakin cantik dan langsing setelah menjalani satu prosedur pembedahan beberapa bulan lalu.
Malah ada beranggapan penampilan terbaru Melly ini seperti dirinya yang dulu. Kebanyakan memuji dia nampak sangat berkeyakinan dalam memacu karier dalam dunia seni.
Bukan mudah untuk menjadi seperti dirinya. Sebelum ini pernah mengalami kenaikan berat badan mendadak dan cuba mengamalkan diet.
Artikel Lain: Diet Biasa Tak Menjadi, Akhirnya Melly Geoslew Pilih Buat Bariatrik. Dah Berusia Mahu Jadi Lebih Sihat!
Bukan tidak berjaya, tetapi penurunanannya hanya sedikit dan lambat. Keadaan ini sedikit sebanyak mengganggu karier dan rutian hariannya.
Justeru penyanyi legendari, Melly mengambil keputusan untuk melakukan prosedur pembedahan bariatrik bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat dan ideal.
Menurut Melly, keputusan untuk melakukan pembedahan tersebut bukanlah suatu keputusan yang mudah buat dirinya.
Namun begitu, Melly menyifatkan langkah tersebut merupakan jalan terbaik buat dirinya mendapatkan tubuh badan yang sihat serta ideal.
Melly juga turut bersyukur kerana segala urusan pembedahan tersebut dipermudahkan oleh Allah. Dia turut menitipkan rasa terima kasih kepada doktor, jururawat serta suami yang turut menjaga dirinya sepanjang berada di hospital.
Penyanyi Jika ini memberitahu Melly memberitahu sebelum ini dia telah mengikuti satu program diet dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 25kg.
Walaupun berjaya menurunkan berat badan, Melly menyatakan bahawa dia masih obesiti dan perlu menurunkan sebanyak 35kg. Sebelum lakukan prosedur beratnya hampir cecah 100 kilogram. Setelah dua bulan ternyata Melly sudah semakin sihat dan gembira dengan hasilnya.
Jika dalam bahasa pasarnya dipanggil potong usus. Dalam satu posting Public Health Malaysia memberitahu, pembedahan ini bukan sebagai pembedahan kosmetik.
Tetapi fungsi utamanya bukan sekadar nampak kurus, tetapi lebih kepada pemulihan kesihatan kerana obesiti dan mempunyai pelbagai penyakit kronik.
Di Malaysia salah seorang yang turut melakukan prosedut ini adalah penyanyi Alyah yang memilih membuat rawatan ini kerana berdepan masalah kesihatan seperti migrain.
Artikel Lain: Berat Turun Mendadak Lepas Buat Bariatrik. Penampilan Terbaru Alyah Makin Cantik & Langsing!